backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bukan Sekadar Cegah Kehamilan, Ini 4 Kegunaan Kondom Setiap Pasangan Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 15/12/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Bukan Sekadar Cegah Kehamilan, Ini 4 Kegunaan Kondom Setiap Pasangan Perlu Tahu!

    Kondom merupakan satu kaedah kontraseptif popular digunakan oleh ramai pasangan yang ingin merancang keluarga. Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat banyak kegunaan kondom selain daripada menjadi alat pencegah kehamilan semata-mata?

    Apakah fungsi kondom sebenarnya kepada anda dan pasangan? Jangan terkejut kerana ia juga boleh memberikan nikmat dan menambah perisa dalam hubungan intim anda. Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa kegunaan kondom selain untuk berhubungan?

    Dalam masyarakat kita, penggunaan kondom semasa melakukan hubungan intim hanya dilihat sebagai alat pencegah kehamilan semata-mata.

    Tanggapan ini adalah salah kerana dengan pelbagai kewujudan variasi kondom di pasaran, ia juga berfungsi untuk meningkatkan kehangatan asmara di ranjang.   

    spotlight

    Berikut merupakan 4 kegunaan kondom yang boleh dimanfaatkan oleh setiap pasangan: 

    #1. Kegunaan kondom dalam mencegah kehamilan

    Ya tepat sekali! Ini fungsi kondom yang paling popular. Tujuan utama kondom digunakan ketika hubungan seksual adalah untuk mencegah kehamilan.

    Kondom merupakan salah satu alat pencegah kehamilan yang terbaik1 selain daripada kaedah kontraseptif lain seperti pengambilan pil perancang, peranti intrauterin (IUD), suntikan dan juga pil kecemasan.

    #2. Melindungi anda daripada jangkitan kelamin

    Walaupun tujuan utama kondom adalah untuk mencegah kehamilan, namun alat perlindungan ini juga mampu memberikan manfaat lain kepada pengguna, seperti membantu mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit kelamin (STD).2

    Untuk makluman anda, kondom adalah satu-satunya kaedah kontraseptif yang dianggarkan 98 peratus berkesan untuk mengelakkan anda dan pasangan daripada mendapat jangkitan seksual (STI).3

    Apabila digunakan dengan cara yang betul, ia akan melindungi anda dan pasangan daripada penyakit seperti klamidia, gonorrhea, trikomoniasis, HIV dan hepatitis B.2

    Justeru itu, penting untuk anda memilih saiz kondom yang bersesuaian supaya anda berasa lebih selesa dan dapat mengurangkan risiko daripada mengalami STI.1

    fungsi kondom

    #3. Meningkatkan keseronokan hubungan seksual

    Kondom bukan sahaja khusus untuk tujuan merancang keluarga, malah ia juga boleh dijadikan alat untuk meningkatkan kualiti seks anda dan pasangan.

    Ramai pasangan belajar untuk menikmati seks dengan menggunakan kondom sebagai sebahagian daripada aktiviti foreplay mereka.4

    Kegunaan kondom berperisa sewaktu foreplay membantu meningkatkan rasa berahi dengan aromanya yang menyenangkan, sekali gus menjadikan pengalaman di ranjang kalian lebih menyeronokkan.5

    Antara pilihan menarik yang ada di pasaran adalah kondom berperisa coklat dan strawberi keluaran Durex.

    Di samping itu, ramai lelaki dan wanita mengatakan bahawa mereka dapat meningkatkan rangsangan seksual apabila menggunakan kondom.5

    Ini kerana mereka boleh memberi tumpuan kepada keseronokan seksual mereka tanpa perlu bimbang tentang terjadinya kehamilan yang tidak diingini mahupun jangkitan kelamin.5

    #4. Kegunaan kondom sebagai penghangat keintiman tanpa keraguan

    Penggunaan kondom juga sebenarnya dapat memberi keyakinan kepada pasangan untuk melakukan hubungan intim tanpa keraguan.

    Apabila pasangan tidak perlu merasa risau tentang kemungkinan hamil, hubungan intim boleh berlangsung dengan selesa dan terjamin tanpa ragu.

    Ini boleh membantu kedua-dua pasangan mendapat nikmat hubungan seksual dengan baik dan memberi kepuasan yang lebih di ranjang. 

    Mitos keburukan kondom, anda jangan percaya!

    Masih ramai masyarakat kita yang mempunyai stigma negatif terhadap alat perlindungan seks ini. Ada yang berpendapat kondom adalah untuk mereka yang melakukan seks bebas sahaja. 

    Tidak kurang juga yang merasakan hubungan seks dengan kondom adalah tidak asli dan tidak boleh memberikan nikmat hubungan intim sepenuhnya. Ini tidak benar!

    kegunaan kondom

    Berikut merupakan beberapa mitos tentang kondom yang tidak patut anda percaya:

    #1. Kondom boleh menyekat aliran darah

    Penggunaan kondom sebenarnya tidak akan menyekat aliran darah anda. Ini kerana kondom terdiri daripada pelbagai jenis saiz yang berbeza dan selesa untuk anda gunakan.6

    #2. Pakai dua kondom memberikan perlindungan berganda

    Jangan sesekali menggunakan dua kondom pada masa yang sama! Apabila anda menggunakan dua kondom secara serentak, kemungkinan besar kondom anda akan mudah pecah.7

    Mitos kegunaan kondom #3. Membuatkan rasa tidak selesa

    Sekiranya anda berasa sakit ketika bersetubuh menggunakan kondom, perhatikan bahan dan jumlah pelincir yang ada pada kondom tersebut. Kemungkinan besar juga anda mengalami alahan kondom (alahan lateks).8

    Jika anda mengalami alahan lateks, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat mengenai jenis kondom yang sesuai untuk anda gunakan. 

    Untuk pengetahuan anda, terdapat kondom tanpa lateks (latex-free condom) di pasaran. Contohnya, Durex ada mengeluarkan kondom yang dipanggil Real Feel untuk anda yang mengalami alahan ini.

    Kegunaan kondom sebenarnya juga sesuai digabungkan bersama pelincir bagi menghangatkan lagi suasana romantis anda bersama pasangan. Namun, tiada masalah juga jika anda mahu gunakannya tanpa pelincir.

    Pelincir berfungsi sebagai alat bantuan untuk melancarkan hubungan kelamin anda terutamanya bagi golongan wanita yang mempunyai vagina kering atau tidak cukup lembap secara semula jadi apabila terangsang.9

    Gel pelincir Durex Play H20 Lube merupakan antara produk yang boleh anda gunakan untuk membantu dalam hubungan intim anda dan pasangan. 

    Jenis kondom dan fungsi

    Terdapat pelbagai jenis kondom dijual di pasaran, ia berbeza dari segi tekstur, warna dan ketebalan kondom. 

    jenis kondom

    Durex ada mengeluarkan variasi kondom dengan 3 varian menarik untuk pilihan anda. 

    • Thin and ultra-thin– Teksturnya yang nipis membuatkan anda merasakan seakan tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan intim
    • Kondom bertekstur dan berduri – Bentuk seakan buah durian dan mempunyai sedikit benjolan, atau ketulan pada permukaan kondom. Walaupun mempunyai tekstur yang bergerigi, ia tetap selamat digunakan kerana tidak tajam
    • Kondom berperisa – Mengandungi pelbagai perisa dan bau yang unik

    Jika inginkan kondom nipis dengan sensitiviti tinggi, Durex Invisible Extra Sensitive adalah pilihan yang tepat!

    Kegunaan kondom ini memiliki tekstur yang sangat nipis sekali gus mengekalkan sensitiviti semasa penetrasi berlangsung. 

    Walaupun menggunakan kondom, anda dan pasangan masih boleh merasai keintiman dan sensasi yang maksimum semasa beraksi. 

    Selain itu, meskipun nipis, penggunaan jenis kondom ini juga masih boleh melindungi anda dan pasangan daripada kehamilan luar jangka dan mencegah kalian daripada mendapat jangkitan kelamin. 

    Jadi, jangan risau! Ia tetap selesa dan selamat untuk digunakan serta memberi anda keyakinan dalam hubungan.

    Klik di sini untuk mendapatkan kondom Durex.

    Kesimpulannya, penggunaan kondom semasa hubungan seksual bukan sahaja boleh mencegah kehamilan, bahkan juga meningkatkan kehangatan hubungan di ranjang buat anda dan pasangan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan