Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri.

Tanpanya, maka akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara.

Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?

Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!

Apa punca faraj kurang air ketika berasmara?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.

Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya.

Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi memudahkan proses senggama.

faraj

Namun, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersama suami disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:

#1. Perubahan hormon buat faraj kering

Kelembapan miss V wanita adalah sangat bergantung kepada tahap estrogen dalam tubuh badan dan jika ia menurun secara mendadak maka kondisi faraj kering boleh terjadi.

Menopaus bukan satu-satunya perkara yang akan mengurangkan kadar estrogen malah terdapat perkara lain seperti penyusuan susu badan serta pengambilan pil perancang.

#2. Pengambilan ubatan & rawatan tertentu

Ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat fibroid, endometriosis, asma, kanser atau penyakit mental boleh jadi punca isteri kurang air ketika bersama suami.

Bukan itu sahaja, rawatan tertentu seperti pembedahan pembuangan ovari serta ‘douche’ alat sulit wanita juga boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah ini.

#3. Durasi foreplay yang tidak cukup

Foreplay atau ringan-ringan adalah adegan asmara sebelum proses penetrasi dijalankan.

Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat.

Proses ini sangat perlu dilakukan sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi memastikan isteri banyak air ketika bersama suami.

faraj

#4. Baru mula atau habis haid

Kitaran menstrual wanita akan menentukan peningkatan dan penurunan hormon estrogen.

Sewaktu anda baru mula atau habis datang bulan, inilah ketika kadar hormon estrogen menurun lantas mengakibatkan masalah faraj kering.

Dalam pada itu, penggunaan tampon semasa haid juga akan mendatangkan impak sama kerana ia dicipta khas untuk menyerap kelembapan.

#5. Anda stres buat faraj kering

Buat anda yang belum tahu, rangsangan seksual bukan sahaja bergantung kepada tindak balas fizikal semata-mata malah mental juga.

Stres boleh mengakibatkan kondisi yang dinamakan ‘mental block’ sekali gus menyukarkan rangsangan serta pengeluaran cecair dari faraj.

Oleh itu, cuba elak stres demi seks di kamar tidur yang lebih sihat dan sejahtera.

Apa boleh lakukan supaya isteri banyak air ketika bersama suami?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca faraj kering ketika melakukan hubungan seks.

Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk isteri banyak air ketika bersama suami?

Jawapannya adalah penting untuk kalian teliti semua punca di atas dan lakukan sebaliknya!

seks

Selain itu, para wanita juga mungkin boleh cuba amalkan 8 jenis makanan berikut untuk kesihatan miss V serta kehidupan seks yang lebih baik:

  • Buah kranberi – tinggi dengan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C yang boleh melawan bakteria daripada menyerang dinding pundi kencing.
  • Buah avokado¬†– tinggi dengan lemak yang sihat, potasium dan vitamin B-6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi faraj.
  • Buah epal – phytoestrogen phloridzin yang terkandung di dalamnya membantu merangsang fungsi seksual, rangsangan, orgasma serta lubrikasi faraj.
  • Kacang soya¬†– phtoestrogens yang terdapat di dalamnya hampir menyerupai estrogen dalam tubuh badan yang boleh membantu menyelesaikan masalah kurang estrogen serta faraj kering.
  • Ubi kentang – tinggi dengan beta karotena dan vitamin A yang mampu membantu melindungi dan menguatkan dinding rahim serta bagus untuk mereka yang ada polycystic ovary syndrome (PCOS).
  • Lemak sayuran – kaya dengan lemak asid Omega-3 yang boleh melancarkan pengaliran darah sekali gus menyemarakkan lagi kemahuan dan kemampuan seksual serta menyelesaikan masalah faraj kering.
  • Tumbuhan hijau – kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium yang sangat bagus untuk semua otot dalam tubuh badan termasuklah otot faraj sekali gus membuat isteri lebih banyak air ketika bersama suami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Anak Dara Jangan Sesekali Meruang Sebelum Kahwin! Ini Cara Terbaik Untuk Si Gadis Jaga Miss V

Anda masih berstatus anak dara? Masih tertanya-tanya cara yang paling sesuai tentang penjagaan vagina anda? Baca artikel kami untuk faraj yang lebih sihat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan