Jadi, encik suami boleh menggunakan kelebihan anda bermain lidah dan bibir dengan mengucup, mencium, menjilat atau menggigit kawasan leher & tengkuk isteri ketika berasmaradana.
Sekali-sekala, tidak salah untuk meninggalkan gigitan cinta pada kawasan ini bukan? Ini sudah tentu akan membuatkan mereka lebih teringat dan terbayang diri anda tatkala berada jauh.
#3. Punggung juga semestinya zon erotik
Mengapa perlu terkejut? Kawasan ini juga sudah tentu merupakan salah satu dari zon erotik yang utama pada tubuh badan seorang manusia tidak kira lelaki atau wanita.
Ini didasari oleh sebab ia berada sangat dekat dengan alat kemaluan kita. Oleh itu, jangan sesekali abaikan punggung pasangan ketika kalian sedang merancang untuk melakukan hubungan seks.
Cara untuk merangsangnya juga adalah mudah sahaja. Cuma sentuh, raba, picit, ramas dan sekali-sekala tepuklah ia bagai mendodoikan bayi yang mahu tidur. Ia sudah tentu akan membuat pasangan terangsang lantas menghangatkan lagi aktiviti malam jumaat kalian!

#4. Kawasan belakang lutut
Selain bahagian yang telah disebutkan, ketahuilah kawasan belakang lutut juga adalah zon erotik yang harus diberi perhatian khusus.
Ini kerana kawasan lembut ini sangat penuh dengan saraf yang juga tidak biasa disentuh seperti dalaman pinggang. Sentuhan di zon erotik ini sudah pasti akan membangkitkan nafsu pasangan anda.
Jadi, sentuhlah ia ketika pasangan berdiri di hadapan kalian. Mulakan dengan sentuhan hujung jari, kemudian berikan lebih tekanan dengan menggunakan tapak tangan.
Jangan terkejut jika mereka mula bertindak di luar kawalan selepas disentuh di kawasan ini ya?
#5. Bahagian tapak kaki
Menurut sebuah kajian, terdapat beberapa individu yang akan terangsang secara seksual apabila tapak kaki mereka disentuh atau dijilat. Namun, mereka ini bukanlah dari kalangan foot fetishists.
Ini kerana golongan foot fetishists akan tertarik kepada kaki seorang, bukan jika kaki mereka sendiri disentuh.
Walau apapun sebabnya, sudah jelas kawasan tapak kaki juga merupakan antara zon erotik yang perlu kalian rangsang tatkala berasmara dengan pasangan. Jadi, gunakanlah tip ini okay!
Sebenarnya terdapat banyak lagi zon erotik yang lain. Selain itu, golongan wanita dan lelaki juga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada individu.
Oleh itu, berkomunikasilah dengan pasangan mengenai kemahuan dan keinginan seksual masing-masing.