Walaupun jarang berlaku, sindrom kejutan toksik bukanlah dongeng semata-mata. Banyak kes dilaporkan di mana penyakit toksik ini telah meragut nyawa tanpa mengira umur.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Walaupun jarang berlaku, sindrom kejutan toksik bukanlah dongeng semata-mata. Banyak kes dilaporkan di mana penyakit toksik ini telah meragut nyawa tanpa mengira umur.
Percayakah anda, penggunaan tampon ketika haid mampu membawa anda selangkah ke alam maut disebabkan sindrom ini?
Jangan risau, artikel ini akan membantu anda untuk mengenali punca dan tanda sindrom kejutan toksik.
Sindrom kejutan toksik ialah suatu komplikasi yang boleh meragut nyawa disebabkan oleh toksin kuman di dalam darah anda.
Kajian daripada Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 0.8-3.4 setiap 100,000 rakyat di negara tersebut didiagnosis dengan penyakit toksik ini.
Kebiasaannya, toksin yang dihasilkan oleh kuman Staphylococcus aureus ialah punca utama kepada sindrom ini. Namun, kuman daripada kumpulan A Streptococcus juga mampu menghasilkan toksin yang mengancam nyawa.
Walau bagaimanapun, kumpulan umur yang lebih berisiko mendapat penyakit toksik ini ialah warga tua dan kanak-kanak disebabkan oleh tahap imun badan yang lemah.
Penyakit toksik ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Kira-kira separuh daripada kes yang dilaporkan berkaitan dengan Staph aureus berlaku dalam kalangan wanita masih haid.
Manakala selebihnya mempengaruhi kanak-kanak, lelaki dan wanita dewasa.
Toksin kuman Streptococcus pula boleh mempengaruhi setiap lapisan umur.
Faktor risiko yang sering dikaitkan dengan penyakit ini ialah :
Penyakit toksik ini sering dikaitkan dengan penggunaan tampon ketika haid. Jika tampon dibiarkan dalam faraj terlalu lama, jangkitan kuman boleh terjadi dan menyebabkan sindrom kejutan toksik.
Walaupun begitu, sindrom ini jarang berlaku dalam kalangan wanita kini disebabkan oleh kurang penggunaan produk tersebut.
Tanda-tanda dan simptom berbeza mengikut jenis kuman yang terlibat. Namun, harus diingatkan bahawa setiap tubuh bertindak secara berlainan terhadap penyakit toksik ini.
Simptom berpunca daripada Staph aureus ialah :
Simptom penyakit toksik yang disebabkan oleh kuman Streptococcus termasuklah :
Jika anda mempunyai tanda-tanda dan simptom seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.
Penyakit toksik ini akan didiagnosis dengan penggabungan tanda-tanda dan simptom anda, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal.
Selain itu, doktor akan memastikan keadaan anda bukan disebabkan oleh penyakit lain sebelum mendiagnosis anda dengan sindrom ini.
Ujian diagnostik yang selalunya dijalankan ialah :
Mengetahui tanda-tanda dan simptom penyakit ini penting kerana ia boleh menyebabkan komplikasi pada tubuh dengan cepat. Antara komplikasi sindrom ini termasuklah:
Sindrom kejutan toksik boleh dicegah dengan mengamalkan langkah-langkah seperti berikut :
Sindrom kejutan toksik telah banyak menyebabkan kematian tanpa mengira umur.
Jika anda pernah mengalami jangkitan kuman dalam tekak, didiagnosis sindrom kejutan toksik, ataupun baru sembuh daripada jangkitan kuman disebabkan oleh Staphylococcus dan Streptococcus, elakkan penggunaan tampon dan gunalah tuala wanita yang biasa sahaja.
Seandainya anda mempunyai luka di badan dan mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sila dapatkan rawatan segera.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen