
Anda mempunyai risiko penurunan libido yang lebih tinggi, sekiranya;
- Anda mempunyai kemurungan, ia mengubah semua bahagian kehidupan seseorang. Orang yang mengalami kemurungan menjadi kurang minat dalam aktiviti yang pernah mereka nikmati, termasuk seks.
- Penyakit tertentu, seperti kanser, boleh mengurangkan jumlah pengeluaran sperma anda kerana tubuh anda lebih menumpukan untuk menjalani kehidupan seharian
- Golongan lelaki yang mempunyai pengalaman apnea tidur obstruktif akan mengalami kadar testosteron yang lebih rendah. Ini boleh menyebabkan penurunan aktiviti seksual dan libido.
- Kadar testosteron yang dikaitkan dengan libido, berada pada tahap tertinggi apabila lelaki berada di usia lewat remaja / belia. Golongan elaki biasanya melihat perbezaan terhadap libido mereka sekitar umur 60 hingga 65 tahun.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kondisi ini didiagnosis?
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami kondisi ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian akan disyorkan oleh doktor anda seperti ujian darah, atau ujian air mani, dll.
Bagaimana pesakit kondisi ini dirawat?
Bergantung kepada punca, antara rawatan yang mungkin termasuk:
- Pilihan gaya hidup yang sihat
- Memperbaiki gaya pemakanan anda, senaman yang kerap dan tidur yang cukup, mengurangkan alkohol, dan mengurangkan tekanan
- Tukar ubat baru, sekiranya ubatan yang sekarang menjejaskan libido anda
- Terapi penggantian testosteron
- Kaunseling
Doktor anda boleh mengesyorkan terapi jika masalah yang dialami berpunca dari masalah psikologi.
Dalam kebanyakan kes, walaupun kadar libido rendah namun masih menunjukkan keinginan untuk melakukan hubungan rapat dengan pasangan anda, namun ia tidak seksual, tetapi masih intim.
Berbincang isu-isu ini dengan ahli terapi dapat membantu, sama ada secara bersendirian atau dengan pasangan anda.
Sekiranya masalah kemurungan adalah puncanya, pengambilan antidepresan boleh membantu namun sesetengah ubatan sebenarnya menurunkan pemacu seks anda.
Jenama yang anda mungkin lihat dalam iklan TV dan majalah, seperti Cialis, Levitra, dan Viagra sebenarya tidak meningkatkan libido.

Ia hanya membantu anda mendapatkan dan mengekalkan ereksi.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Penurunan Kadar Libido?
Anda boleh mengurangkan risiko anda dengan mengikuti cara-cara berikut:
- Tidak banyak bukti yang dapat menyokong keberkesanan sebarang makanan, tetapi tidak ada salah untuk eksperimentasi. Buah ara, pisang, dan avokado, sebagai contoh, dianggap makanan yang boleh meningkatkan libido, yang dikenali sebagai ubat kuat. Makanan ini juga menyediakan vitamin dan mineral penting yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin dan mempromosikan kehidupan seks yang sihat.
- Cara yang anda rasa tentang tubuh anda akan memberi kesan kepada perasaan anda tentang seks. Diet yang tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan anda mengalami keyakinan diri yang lemah. Perkara-perkara ini boleh menghalang anda daripada melakukan dan menikmati seks.
- Walaupun tahap kesihatan ada sangan baik, namun masalah tekanan boleh memberi kesan terhadap pemacu seks anda. Golongan wanita lebih mudah terdedah kepada kesan-kesan tekanan. Golongan lelaki sebaliknya menggunakan seks untuk melegakan tekanan. Kadangkala, perbezaan dalam pendekatan seks boleh menyebabkan konflik. Anda boleh melakukan aktiviti sukan, berlatih tai chi atau mengambil kelas yoga untuk melegakakan tekanan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen