backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

    Ramai lelaki yang ‘tewas awal’ dalam hubungan intim dengan pasangan mereka. Masalah ini mungkin tidak akan kembali timbul jika anda tahu mengamalkan beberapa petua tahan lama.

    Akibatnya, ia sudah tentu akan membuatkan sang suami hilang keyakinan akan kemampuan seksual mereka. Dalam masa yang sama, si isteri juga tidak mendapat kepuasan yang diingini.

    Mungkin petua tahan lama orang kita yang menggunakan ramuan tradisional seperti 3 minyak utama – gambir, lintah atau belacak agak sukar dilakukan, jadi anda memerlukan kaedah yang baru dan lebih mudah.

    Pernahkah anda terfikir bahawa penggunaan alat seperti kondom akan membantu usaha anda untuk memanjangkan durasi asmara di ranjang?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    spotlight

    Berapa lama durasi hubungan seks yang ideal?

    Majoriti pasangan menginginkan hubungan seksual mereka bertahan dalam durasi yang lebih lama kerana percaya ia mampu membuktikan kehebatan masing-masing di kamar tidur.1

    Dalam masyarakat kita, kemampuan seksual yang lemah akan dianggap sebagai kegagalan hidup yang besar. Akibat persepsi sebegini, ramai pasangan mula hilang minat terhadap seks.2

    Kaum lelaki cenderung untuk mengutamakan ejakulasi dan klimaks diri sendiri, justeru sering mengabaikan keperluan orgasma terhadap pasangan wanita mereka.2    

    Hal ini kerana ramai wanita sukar untuk mencapai kemuncak seksual pada masa yang singkat. Oleh itu, aktiviti seksual dalam durasi yang secukupnya mampu memberikan kepuasan kepada kedua-dua pasangan. 

    Menurut kajian terbitan Journal of Sexual Medicine, pakar terapi seksual menghuraikan 4 tempoh durasi seksual:3

    • 1 ke 2 minit – tempoh yang terlalu pendek
    • 3 ke 7 minit – tempoh yang mencukupi
    • 7 ke 13 minit – tempoh yang memuaskan
    • 13 ke 30 minit – tempoh yang terlalu panjang

    Dalam erti kata mudah, anda dan pasangan harus menyasarkan untuk hubungan seksual bertahan di tahap yang ideal agar dapat memuaskan syahwat, sekali gus menyemarakkan kemesraan kalian di ranjang.

    petua tahan lama

    Bagi mencapai tujuan itu, kalian berdua perlu mengambil tahu tentang petua tahan lama yang popular dan sering diperkatakan masyarakat termasuk melalui internet. 

    Petua tahan lama di ranjang yang popular!

    Sebenarnya, terdapat banyak petua tersembunyi yang anda boleh cuba bagi memanjangkan durasi asmara termasuk:

    Petua tahan lama #1. Luangkan masa untuk foreplay & afterplay 

    Amalan ‘ringan-ringan’ sebelum dan selepas aksi penetrasi zakar ke dalam faraj sangat penting untuk memanaskan badan.4 Seumpama bersenam untuk bersukan, ia akan membuat tubuh kita lebih bersedia.

    Dalam pada itu, aksi foreplay dan afterplay ini juga termasuk di dalam aktiviti hubungan intim yang memberikan impak kepada kedua-dua pasangan. 

    Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah melakukan urutan kepada pasangan sebelum memulakan hubungan intim. Durex mempunyai pelincir 2 dalam 1 yang boleh digunakan untuk urutan dan juga melancarkan hubungan kelamin.

    Jadi, ubahlah persepsi bahawa seks hanya melibatkan penetrasi alat kelamin yang mungkin cuma memuaskan sebelah pihak sahaja.

    #2. Berhenti seketika dan ulang semula

    Tiada siapa yang kata bahawa hubungan seksual itu perlu dilakukan secara berterusan dan berlanjutan sekali harung. Kalian masih boleh berehat sebentar semasa berhubungan intim!

    Di saat anda rasa air mani di ambang pancutan, berhenti seketika untuk beberapa detik. Kemudian, ulang kembali adegan panas tersebut yang pastinya akan menjadi lebih lama jika teknik ini dipraktikkan dengan betul.5

    Ini bukan sahaja akan membuatkan cik abang lambat pancut, malah membolehkan si isteri untuk menikmati seks dengan lebih lama. Kesudahannya, kedua-dua anda dan pasangan bakal lebih puas dan gembira.5

    petua tahan lama

    Petua tahan lama #3. Gantikan posisi senggama

    Siapa sahaja yang tidak bosan dengan posisi missionary atau doggy style jika dilakukan setiap kali bersama, bukan? Ini kerana posisi sebegini lebih merangsang lelaki untuk mudah mendapat klimaks, berbanding wanita. 

    Dengan melakukan posisi seks serupa secara berulang kali, ia akan mencipta satu rutin seksual yang sama dan mendatar, sekali gus boleh membuatkan kalian bosan setiap kali bersetubuh.6

    Ubahlah posisi asmara anda mengikut kreativiti masing-masing. Menariknya, ada posisi yang diyakini akan membuat kalian tahan lebih lama seperti sitting, standing, spooning, cowgirl dan lain-lain.6

    #4. Gunakan kondom tebal antara petua tahan lama berkesan

    Petua tahan lama yang paling popular dalam kalangan masyarakat kita, ramai pasangan menggunakan kondom yang bertekstur tebal serta berlapis-lapis untuk memanjangkan durasi hubungan intim mereka.

    Berbanding menggunakan banyak lapisan kondom yang melecehkan, anda boleh memilih untuk menggunakan kondom Durex Extra Safe yang tebal.

    Menariknya, ia bukan sahaja membuat si suami tahan lama, malah si isteri juga akan menikmati stimulasi seksual lebih hebat dan benar-benar memuaskan.7

    Kredit untuk mereka, cara ini mungkin akan berkesan. Ini kerana, penggunaan kondom tebal boleh mengurangkan stimulasi seksual pada alat kelamin masing-masing, sekali gus menyebabkan hubungan berlangsung lebih lama.7

    Petua tahan lama guna kondom berkesan? 

    Ketahuilah bahawa kondom itu bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan merancang keluarga. Malahan, ia turut mempunyai fungsi lain bagi menghangatkan lagi keintiman di kamar tidur.7

    Ini merupakan kaedah 2 dalam 1 yang pastinya dicari-cari oleh ramai pasangan suami isteri. Ia bukan sahaja mampu mengelakkan kehamilan di luar jangkaan bahkan menyemarakkan lagi kehidupan di ranjang kalian.7 

    Ini kerana kondom terutama jenis yang bertekstur tebal, bergerigi, berduri atau berperisa mampu memberikan rangsangan luar biasa, bukan sahaja kepada suami malah untuk si isteri. 

    Pun begitu, petua keras tahan lama ini mungkin tidak akan berkesan jika salah cara ketika mengamalkannya!

    Bayangkan situasi di mana kondom tersebut tercabut atau terkoyak ketika aksi asmara berlangsung. Ia sudah pasti akan membunuh mood kalian lantas mengganggu fikiran dan hubungan intim itu sendiri.8

    petua tahan lama

    Antara jenis kondom untuk tahan lama yang boleh dipertimbangkan

    Dalam mengamalkan petua nombor 4 di atas, anda perlu lebih bijak memilih jenis kondom yang boleh membantu usaha anda.8 Ada banyak jenis alat kontraseptif ini di pasaran, tetapi yang mana satu boleh membuatkan anda tahan lama?

    Pertama, anda perlu mempertimbangkan jenis kondom dengan tekstur yang tebal dan kuat. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi menggunakan lebih daripada satu unit kondom ketika mahu bersenggama.

    Anda mungkin boleh mendapatkan manfaat itu dengan kondom jenama Durex! Selain diperbuat daripada material yang bergred premium, ia turut hadir dengan variasi sesuai cita rasa kalian masing-masing.

    Daripada tekstur paling nipis ke paling tebal, berperisa atau jenis yang bergerigi dan berduri, terdapat banyak pilihan kondom yang Durex tawarkan.

    Malahan, kondom adalah jauh lebih berkesan jika digunakan bersama cecair pelincir.8 Ia akan membantu melicinkan serta melancarkan penetrasi, lantas memudahkan anda dan pasangan mencapai puncak syahwat masing-masing.

    Pelincir Durex Intense Orgasmic Stimulating Gel memberikan anda banyak manfaat dalam aktiviti hubungan intim dengan cara ini:

    • Mengandungi stimulan diformulasikan khas untuk sensasi hangat dan dingin
    • Meningkatkan lagi tahap sensitiviti di kawasan alat kelamin masing-masing
    • Memudahkan anda untuk membasuh alat kelamin kerana ia diperbuat daripada bahan asas larut air
    • Ia sesuai dan selamat digunakan bersama dengan kondom Durex

    Sebagai pasangan suami isteri yang mendambakan hubungan intim lebih ghairah, sihat dan bahagia, mungkin produk inilah yang anda cari selama ini untuk melengkapkan petua tahan lama.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Durex boleh membantu hubungan intim kalian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan