backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hati-Hati Jika Alami 7 Perkara Ini, Anda Mungkin Terkena Jangkitan Pernafasan Paru-Paru!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/03/2024

    Hati-Hati Jika Alami 7 Perkara Ini, Anda Mungkin Terkena Jangkitan Pernafasan Paru-Paru!

    Kita sering mendengar mengenai serangan jantung yang boleh membawa maut secara tiba-tiba. Namun, tahukah anda bahawa jangkitan paru-paru juga boleh membawa maut jika ia terus diabaikan. Ini tanda-tanda utama jika anda sedang alami jangkitan pernafasan paru-paru.

    Sila ambil perhatian!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

    Simptom nampak biasa, tapi ia mungkin tanda jangkitan paru-paru

    Pernahkah anda mengalami batuk-batuk yang lambat sembuh sehingga berminggu-minggu? Atau pernahkah anda mengalami sakit kepala dan berasa sedikit letih?

    Simptom-simptom seperti ini mungkin berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit lain.

    Namun, tidak mustahil jika ia turut menunjukkan berlakunya jangkitan pernafasan pada paru-paru anda.

    Kebiasaannya, simptom bagi jangkitan paru-paru akan sembuh dengan sendiri namun ia boleh mengancam nyawa jika terus dibiarkan tanpa rawatan. 

    Jenis-jenis jangkitan paru-paru

    jangkitan paru-paru
    Jaga-jaga jika anda terasa sakit di dada.

    Jangkitan pernafasan peparu boleh berlaku pada sistem pernafasan atas, sistem pernafasan bawah atau kedua-duanya sekali.

    Untuk pengetahuan anda, sistem pernafasan atas bermula daripada bahagian sinus atau hidung sehinggalah ke bahagian pita suara.

    Manakala bagi sistem pernafasan bawah, ia bermula daripada bahagian pita suara sehinggalah ke bahagian paru-paru.

    Antara jenis-jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku pada sistem pernafasan atas adalah seperti selesema, laringitis dan juga radang pada tonsil.

    Bagi sistem pernafasan bawah, jangkitan yang boleh berlaku termasuklah pneumonia atau radang paru-paru dan juga bronkitis.

    Punca-punca jangkitan pernafasan

    Punca paling utama yang sering menyebabkan jangkitan pernafasan adalah disebabkan oleh jangkitan daripada individu lain yang telah pun dijangkiti.

    Selain itu, seseorang itu juga boleh mendapat jangkitan peparu disebabkan tabiat merokok, gas berbahaya daripada bahan kimia, sistem imun yang lemah, asid refluks, faktor umur, habuk atau debu dan agen pencemar udara.

    Jangkitan paru-paru biasa boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk atau jangkitan akut seperti radang paru-paru.

    Tanda-tanda amaran bagi jangkitan paru-paru

    jangkitan paru-paru
    Kerap minum minuman beralkohol juga boleh sebabkan masalah paru-paru.

    Jangkitan paru-paru boleh menjejaskan setiap individu dengan cara yang berbeza.

    Ada yang mengalami simptom jangkitan kuman paru paru yang ringan, ada juga yang mendapat simptom yang lebih teruk.

    Namun, secara umumnya, tanda-tanda atau simptom amaran bagi jangkitan kuman paru paru adalah seperti berikut:

    Bagi mereka yang mendapat jangkitan pernafasan, simptom yang dialami mungkin kelihatan seperti simptom selesema sahaja.

    Namun, simptom-simptom ini boleh menjadi lebih parah sehingga menyebabkan komplikasi yang teruk.

    Antara komplikasi yang perlu anda perhatikan ialah:

    #1. Rasa sakit atau sesak pada dada

    Jika dada anda berasa sesak, sakit atau tidak selesa, ia mungkin tanda jangkitan pernafasan akut. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit bronkitis, flu atau radang paru-paru.

    Sekiranya anda mengalami batuk-batuk yang disertai dengan sakit dada, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin radang paru-paru.

    #2. Sukar untuk bernafas

    Jangkitan pernafasan juga boleh menjejaskan pernafasan anda. Ia boleh menyebabkan pernafasan anda menjadi sedikit laju, sesak atau sukar untuk bernafas.

    Jika ini berlaku, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh paras karbon dioksida yang tinggi dalam darah anda.

    #3. Alami demam panas

    Salah satu tanda atau komplikasi akibat jangkitan pernafasan ialah demam panas.

    jangkitan paru-paru
    Antara penawar demam denggi.

    Demam panas dengan suhu melebihi 39 darjah Celcius amatlah berbahaya dan boleh menyebabkan sawan dan kekeliruan. 

    #4. Batuk yang teruk dan lama

    Sekiranya anda terus mengalami batuk melebihi dua minggu, teruslah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

    Jika batuk anda berlaku selama 8 minggu atau lebih, ia dianggap sebagai batuk yang kronik. Ia tanda yang menunjukkan bahawa paru-paru anda sedang bermasalah.

    #5. Nafas yang berbunyi

    Jika nafas anda mengeluarkan bunyi berdehit, ia menunjukkan bahawa paru-paru anda sedang tersekat sehingga menyebabkan ia menjadi sedikit sempit. 

    #6. Keluar kahak yang lama

    Mukus atau lebih dikenali dengan panggilan kahak merupakan cecair yang dihasilkan oleh saluran pernafasan sebagai pertahanan terhadap jangkitan atau perengsa.

    Jika kahak anda keluar melebihi satu bulan, ia mungkin petanda bahawa paru-paru anda sedang mengalami jangkitan. 

    #7. Batuk berdarah

    Pernahkah anda batuk dan mengeluarkan darah selepas itu? Jika anda batuk berdarah, atau terdapat tompokan darah pada air liur atau kahak anda, ia mungkin berpunca daripada paru-paru atau sistem pernafasan atas tubuh anda.

    Ia menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pernafasan anda. 

    Diagnosis jangkitan pernafasan

    Sekiranya anda ada mengalami salah satu daripada tanda-tanda amaran di atas, segeralah ke hospital dan lakukan diagnosis bersama doktor.
    Doktor akan memeriksa paru-paru anda untuk mengesan sebarang bunyi yang tidak normal.
    Selain itu, doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan X-ray untuk melihat sebarang cecair atau keradangan yang mungkin wujud pada paru-paru anda.

    Untuk menentukan punca jangkitan, anda juga mungkin perlu menjalani ujian swab melalui hidung, tekak atau mulut. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan