backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selain Ubat, Susu Juga Boleh Rawat Penyakit Tibi! Cuba Guna 7 Bahan Natural Ini Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah Ā· Disemak pada 07/12/2023

    Selain Ubat, Susu Juga Boleh Rawat Penyakit Tibi! Cuba Guna 7 Bahan Natural Ini Di Rumah

    Tuberkulosis atau penyakit TB (tibi) adalah penyakit berjangkit yang berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang.

    Antara penyakit tertua di dunia, ramai yang menggelarkan tibi sebagai batuk kering disebabkan penghidapnya akan batuk berpanjangan antara 2 minggu atau lebih.

    Ikuti penjelasan berkenaan penyakit TB dan pilihan rawatannya dengan lebih lanjut, jom baca!

    Penyakit TB (tuberkulosis)

    Penyakit tuberkulosis terjadi akibat jangkitan bakteria yang serius dan sangat berbahaya kerana ia boleh berjangkit dan merebak daripada paru-paru ke organ lain.

    Ia juga berupaya mempengaruhi pelbagai organ dalaman, terutama sekali sistem pernafasan dan senang merebak melalui titisan air pernafasan semasa batuk atau bersin.

    Penyakit berjangkit ini boleh merebak melalui udara, lebih-lebih lagi ketika seseorang batuk, bersin, pertukaran cairan tubuh, berkongsi makanan atau dengan cara lain yang boleh menyebarkannya.

    Tambah lagi, batuk kering ini mempunyai berbagai-bagai gejala terutama sekali batuk dan demam panas menggigil.

    Untuk makluman pembaca, penyakit TB telah dikenal pasti sejak awal abad ke-18, tetapi masih menjadi ancaman terburuk bagi dunia walaupun vaksin dan rawatan yang berkesan telah wujud.

    Antara punca kes tibi masih tinggi adalah kerana pertambahan kes HIV/AIDS dan rintangan antibiotik.

    Menurut data 2017, 10 juta individu telah dijangkiti tibi dan menyebabkan 1.6 juta kematian, termasuk 0.3 juta dalam kalangan penghidap HIV yang bersamaan 3 kematian setiap satu jam!

    Lebih menakutkan, jika ada pesakit yang sepatutnya perlu mengambil beberapa jenis ubat selama beberapa bulan untuk membasmi jangkitan dan mencegah perkembangan rintangan antibiotik itu tidak dirawat dengan segera.

    Implikasinya boleh sampai ke peringkat mencabut nyawa!

    Rawatan batuk kering adalah proses yang sangat panjang dan sukar. Inilah sebabnya mengapa kalian perlu mengekalkan gaya hidup sihat dan mematuhi rawatan serta pengambilan antibiotik anda.

    Selain mendapatkan rawatan perubatan, kalian juga boleh mencuba rawatan semula jadi yang hanya boleh dilakukan di rumah bagi membantu mempercepat proses penyembuhan. Teruskan pembacaan!

    Penyakit TB, ini rawatan di rumah yang boleh dicuba

    #1 Bawang putih

    penyakit TB

    Allicin adalah sebatian terkandung di dalam bawang putih yang melindungi tubuh daripada dijangkiti tuberkulosis.

    Selain itu, asid sulfurik dalam sebatian ini turut menjadikan bawang putih sebagai rawatan di rumah yang berkesan untuk batuk kering.

    Anda boleh memasukkan sedikit bawang putih ke dalam air atau menambahkan bawang putih segar ke dalam pemakanan harian untuk memperoleh faedahnya.

    Bawang putih juga terkenal dengan sifat anti tumor, antihyperlipidemic (bantu menurunkan tahap lipid yang tidak normal) dan sifat anti mikroba.

    #2 Daun pudina

    Pudina memberi kesegaran dan perisa kepada minuman anda, namun ternyata fungsinya tidak hanya terhad di situ.

    Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan daripada lendiran dan menjadikan saluran pernafasan lebih lancar!

    Antioksidan dan kompaun immunity-boosting di dalam daun pudina ternyata berupaya melindungi tubuh daripada jangkitan ini.

    Ingin cuba? Mudah saja! Anda boleh terus mengunyah daun pudina atau merendamnya di dalam air suam untuk diminum setiap hari.

    Pudina mengandungi mentol yang mempunyai sifat antiradang, malah kaya dengan antioksidan dan meningkatkan sistem imun.

    #3 Teh hijau

    penyakit TB

    Teh hijau sememangnya sudah kita sedia maklum kaya dengan antioksidan dan mengandungi polifenol.

    Polifenol boleh meningkatkan sistem imun dan membantu melawan bakteria lantas menghilangkannya.

    Menurut penemuan saintis antarabangsa yang diketuai oleh Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU Singapura), antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau dikatakan menjadi kunci untuk mengatasi tuberkulosis pada suatu hari.

    Melalui kajian makmal, pasukan yang diketuai oleh Profesor Gerhard GrĆ¼ber menemui bagaimana sebatian yang terkenal, dikenali sebagai epigallocatechin gallate (EGCG), dapat mengekang pertumbuhan strain bakteria penyebab tibi.

    #4 Susu bagus untuk rawat penyakit TB

    Antara sumber rawatan lain, susu! Ia adalah rawatan yang mudah, menjimatkan dan sangat berguna untuk tibi.

    Hal ini disebabkan oleh sumber kalsium yang kaya, menjadikannya elemen penting dalam rawatan batuk kering.

    Malah, sebilangan individu disyorkan untuk menjalani diet yang hanya berasaskan susu.

    Ia berupaya melindungi tubuh daripada jangkitan dan menenangkan sistem pernafasan bahkan menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan.

    #5 Lada hitam

    Kebiasaannya, lada hitam banyak digunakan sebagai rawatan wheezing (bunyi bersiul bernada tinggi yang dibuat semasa menarik nafas) dan bersin. Tapi, ia juga bagus digunakan dalam merawat batuk kering.

    Lada hitam mengandungi sebatian anti radang yang bertindak membersihkan paru-paru, menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan, secara tidak langsung merawat TB.

    Kaedahnya, kalian boleh menggoreng lada hitam dengan mentega, hancurkannya dan memakannya setiap hari untuk mendapatkan manfaat maksimum.

    #6 Oren

    penyakit TB

    Semasa mencari rawatan rumah yang tepat untuk penyakit TB, buah oren pastinya tidak akan ketinggalan!

    Tuberkulosis merosakkan paru-paru dan boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius.

    Selain enak dimakan, vitamin C yang terkandung di dalam oren mampu menguatkan sistem imun dan secara efektifnya mengubati tibi!

    Anda boleh mengekstrak jus oren segar dan meminumnya beberapa kali pada waktu siang dengan campuran sedikit garam serta madu.

    Khasiatnya akan menguatkan paru-paru anda dengan berkesan dan mempercepat proses pemulihan.

    #7 Pisang

    Pisang dikatakan telah lama menjadi bualan sebagai rawatan semula jadi batuk kering.

    Vitamin dan sebatian organik di dalam buah ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk melegakan simptom tuberkulosis.

    Buah ini dikatakan dapat membantu mengurangkan demam, keradangan, batuk dan pengeluaran lendir.

    Oleh sebab penyakit TB melemahkan sistem imun badan pesakit, potassium yang terkandung di dalam pisang dapat membantu anda untuk kekal bertenaga.

    Apa yang kami nyatakan di atas hanyalah semata-mata saranan bagi mencegah dan membantu merawat masalah tibi.

    Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah anda mendapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengetahui kondisi kesihatan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah Ā· Disemak pada 07/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan