backup og meta

Pesakit COPD Mudah Terkena Pneumonia, Komplikasi Paling Bahaya Hingga Bawa Maut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 24/08/2023

    Pesakit COPD Mudah Terkena Pneumonia, Komplikasi Paling Bahaya Hingga Bawa Maut!

    Penyakit COPD ialah salah satu punca utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia. Hal ini kerana pesakit selalunya akan datang untuk menerima rawatan komplikasi seperti radang paru-paru tanpa mengetahui masalah kesihatan yang sebenar.

    Kondisi tersebut merupakan salah satu komplikasi COPD yang bahaya jika tidak dirawat segera. 

    Untuk mengetahui kaitan antara dua penyakit ini dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah itu penyakit COPD?

    Maksud COPD adalah penyakit paru-paru obstruktif kronik, ia merupakan satu gugusan penyakit paru-paru yang menyebabkan kesukaran pernafasan.

    penyakit COPD

    Biasanya, dua jenis COPD yang selalu didiagnosis ialah:

    • Bronkitis kronik
    • Emfisema

    Kadangkala, terdapat segelintir individu yang akan menghidap gabungan antara kedua-dua kondisi ini.

    Berdasarkan kajian, jumlah COPD tahap sederhana dan teruk di Malaysia ialah sebanyak 448,000 kes. Namun, jumlah ini masih dianggap rendah kerana kekurangan diagnosis dalam kalangan rakyat kita.

    COPD dan radang paru-paru

    Individu yang menghidap COPD lebih cenderung untuk mendapat radang paru-paru atau pneumonia.

    Ia merupakan komplikasi yang sangat berbahaya untuk penderita COPD kerana ia boleh meningkatkan risiko kegagalan pernafasan.

    Ketika mengalami kesukaran untuk bernafas, sebilangan individu selalunya tidak pasti sama ada gejala mereka disebabkan oleh radang paru-paru atau COPD yang semakin teruk.

    Ini boleh menjurus kepada penangguhan rawatan dan meletakkan diri mereka dalam situasi yang lebih berbahaya.

    Baca juga:

    Kenali perbezaan simptom penyakit COPD dan radang paru-paru

    Ada kalanya, COPD boleh menjadi lebih teruk dan akut, dikenali sebagai eksaserbasi COPD. 

    Ketika tempoh ini, gejalanya boleh dikelirukan dengan radang paru-paru kerana kedua-dua gejala hampir serupa.

    Antara gejala yang serupa ialah kesukaran untuk bernafas dan sesak dada. Oleh itu, persamaan gejala ini boleh mengakibatkan kekurangan diagnosis keradangan paru-paru dalam kalangan individu yang menghidap COPD.

    Penghidap COPD harus berhati-hati dengan gejala yang lebih bersifat radang paru-paru, seperti:

    Individu yang mengalami kedua-dua kondisi ini sering menghadapi masalah untuk bercakap kerana kekurangan oksigen.

    Mereka juga mungkin mempunyai kahak yang lebih tebal dan warna yang lebih gelap. Kahak normal selalunya berwarna putih ataupun jernih.

    penyakit COPD

    Kahak untuk penderita COPD dan radang paru-paru boleh bertukar warna menjadi hijau, kuning atau dalam sesetengah kes bercampur dengan darah.

    Selain itu, ubat preskripsi yang biasanya membantu melegakan gejala COPD tidak akan berkesan untuk keradangan paru-paru.

    Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor?

    Anda seharusnya mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala radang paru-paru seperti yang disenaraikan di atas.

    Selain itu, berundinglah dengan doktor jika penyakit COPD anda berada di luar kawalan dan menjadi lebih teruk. Pekalah kepada sesetengah gejala seperti:

    Komplikasi radang paru-paru dan penyakit COPD

    Mengalami radang paru-paru dan COPD dalam masa yang sama boleh mengakibatkan komplikasi yang serius serta merosakkan paru-paru dan organ utama yang lain untuk jangka masa panjang dan kekal.

    Keradangan yang dialami dalam keadaan ini mengehadkan aliran udara anda dan boleh merosakkan paru-paru.

    Ini boleh menjurus kepada masalah kegagalan pernafasan akut, suatu keadaan yang boleh membawa maut.

    Kondisi ini boleh menyebabkan kekurangan oksigen atau hypoxia untuk penghidap COPD. Ini boleh menjejaskan organ lain seperti:

    Komplikasi yang muncul dalam kalangan penghidap COPD juga berkait dengan tahap keterukan penyakit tersebut.

    Namun, rawatan awal boleh membantu untuk mengurangkan risiko ini.

    Rawatan radang paru-paru untuk pesakit COPD

    penyakit COPD

    Dalam kebanyakan kes, individu terlibat haruslah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pemeriksaan termasuklah:

    • Pengujian sampel kahak
    • Pengambilan sampel darah
    • Pengimejan seperti sinar-X dada dan imbasan CT

    Rawatan untuk kondisi ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit. Antara rawatan yang selalunya diberikan ialah:

    Mencegah lebih baik daripada merawat..

    Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan individu menghidap penyakit COPD untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan komplikasi.

    Antara langkah-langkah dicadangkan:

    1. Mencuci tangan dengan lebih kerap.
    2. Dapatkan imunisasi tambahan seperti influenza, pneumonia, dan tetanus, difteria dan pertusis (DTaP).
    3. Ambil ubat preskripsi seperti ditetapkan oleh doktor
    4. Berusaha berhenti merokok jika masih merokok.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 24/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan