What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Sering Sakit Dada Tapi Tidak Tahu Sebabnya? Awas, Mungkin Ada Masalah Pada Hempedu!

    Sering Sakit Dada Tapi Tidak Tahu Sebabnya? Awas, Mungkin Ada Masalah Pada Hempedu!

    Kadangkala, kita semua mungkin pernah berasa sakit dada secara tiba-tiba sahaja tanpa tahu apa sebab ia terjadi.

    Ia sering kali dikaitkan dengan organ penting dalam tubuh badan manusia seperti jantung dan paru-paru, namun pundi hempedu selalu sahaja dilupakan dan diabaikan.

    Persoalannya, benarkah masalah pada pundi hempedu boleh mengakibatkan sakit dada?

    Jadi mari kita semua sama-sama ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Apa itu pundi hempedu?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan organ yang kurang popular ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, pundi hempedu (gallbladder) adalah sejenis organ yang berbentuk seperti buah pir dengan kepanjangan sekitar 4 inci.

    Ramai yang tertanya dan terfikir di manakah sebenarnya keberadaan organ ini. Ia terletak di bawah organ hati pada bahagian kanan atas perut.

    Ia menyimpan hempedu (bile) – sebatian yang dihasilkan oleh hati untuk mencerna lemak serta membantu tubuh badan menyerap vitamin dan nutrien larut dalam lemak.

    Jika pundi hempedu sihat, proses ini akan berlaku tanpa rasa sakit atau tidak selesa.

    Pun begitu, jika berlaku sebarang masalah pada pundi hempedu, ia akan menjejaskan fungsi atau mewujudkan masalah sakit hempedu dan ketidakselesaan.

    hempedu

    Apa masalah pundi hempedu?

    Segala jenis masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi organ ini akan dianggap sebagai penyakit pundi hempedu dan ia termasuklah:

    #1. Keradangan pundi hempedu

    Lebih dikenali sebagai kolesistitis (cholecystitis), ia akan menjadi masalah kesihatan akut (jangka masa pendek) atau kronik (jangka masa panjang).

    Keradangan kronik adalah hasil daripada beberapa serangan kolesistitis akut dan akan merosakkan organ ini sehingga tidak mampu berfungsi dengan baik.

    #2. Batu hempedu

    Gallstones adalah batuan kecil dan keras yang terbentuk di pundi hempedu dan ia boleh berkembang tanpa dikesan selama bertahun-tahun lamanya.

    Batuan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti keradangan, kesakitan dan jangkitan selain juga boleh mengakibatkan kolesistitis akut.

    #3. Nanah hempedu

    Segelintir pesakit batu hempedu mungkin mengalami nanah pada organ tersebut dan keadaan sakit hempedu ini dikenali sebagai empyema.

    Nanah atau abses yang terhasil daripada gabungan sel darah putih, bakteria dan tisu mati boleh menyebabkan sakit perut yang sangat teruk.

    sakit bawah perut

    #4. Jangkitan pada saluran

    Jangkitan saluran organ ini akan berlaku apabila salurannya tersumbat.

    Umumnya, rawatan yang tersedia berkesan jika jangkitan dijumpai lebih awal dan jika tidak, ia boleh merebak serta mungkin membawa maut.

    #5. Pundi hempedu berlubang

    Jika dibiarkan terlalu lama sebelum rawatan, batu yang wujud di dalam organ ini boleh mengakibatkan pundi berlubang sekali gus mengancam nyawa.

    Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, jangkitan perut berbahaya boleh berkembang dan merebak dengan begitu teruk.

    #6. Polip

    Ia merupakan pertumbuhan tisu abnormal yang kebiasaannya bersifat jinak atau bukan kanser. Dalam kebanyakan kes, polip bersaiz kecil dan ia tidak mendatangkan bahaya.

    Namun, polip bersaiz besar mungkin perlu dikeluarkan secara pembedahan sebelum ia berkembang menjadi barah atau menyebabkan masalah kesihatan lain.

    #7. Kanser

    Sakit hempedu melibatkan kanser ini adalah sangat jarang berlaku.

    Namun jika lambat dikesan dan dirawat, ia boleh merebak ke organ yang lain dengan sangat cepat.

    kejang perut tanpa haid

    Masalah organ ini boleh buat sakit dada?

    Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu apa itu pundi hempedu dan masalah pundi hempedu yang boleh terjadi.

    Kini kita berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu adakah masalah organ ini boleh buat sakit dada.

    Jawapannya adalah ya! Bagaimana?

    Untuk pengetahuan anda, masalah batu hempedu akan mengakibatkan rasa sakit dan senak pada bahagian dada terutamanya di sebelah kanan bawah dada atau sebelah kanan atas abdomen.

    Ini kebiasaannya akan berlaku selepas penderita batu hempedu makan dan minum terutamanya sajian yang mengandungi kandungan lemak yang sangat tinggi.

    Bagi mengelakkannya daripada berlaku dan berulang, sila jauhi segala sajian makanan atau minuman yang mengandungi lemak tinggi.

    Selain itu, sila rawat segala masalah pundi hempedu anda terlebih dahulu ya?

    sakit perut

    Rawat masalah berkaitan sebelum terlambat

    Perkara paling utama yang kalian perlu tahu adalah sama ada diri anda mempunyai sebarang masalah mengenai organ ini ataupun tidak.

    Berikut adalah antara simptom berkaitan penyakit melibatkan organ kecil ini:

    • Sakit pada bahagian dada
    • Sakit pada bahagian perut
    • Mual-mual
    • Muntah-muntah
    • Demam menggigil
    • Perubahan pergerakan usus
    • Perubahan dalam air kencing
    • Penyakit demam kuning

    Individu dengan sebarang gejala penyakit ini disarankan untuk mendapatkan rawatan susulan.

    Jika ada kebimbangan atau keraguan tentang masalah kesihatan yang dialami, lakukan pemeriksaan dengan doktor bertauliah dan elakkan daripada sekadar menggunakan perkhidmatan Dr. Google okay!

    health-tool-icon

    Kalkulator BMR

    Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

    Lelaki

    Wanita


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. https://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=cholecystitis
    2. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gallbladder-disease
    3. https://www.medstargeorgetown.org/our-services/gastroenterology/conditions/pancreatic-diseases/gallbladder-disease-and-gallstones/
    4. https://eapsa.org/parents/learn-about-a-condition/f-o/gallbladder-diseases/
    5. https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/gallbladder-and-gallstones/
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 01/11/2020
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: