Seperti kalian sedia maklum, dengan diet ini, anda dibenarkan untuk nikmati kepelbagaian makanan yang akan memudahkan anda untuk kekal patuh dalam jangka masa panjang.
Pun begitu, pada awalnya, anda mungkin perlu mengorbankan beberapa makanan kegemaran.
Contohnya, jika anda sering makan pizza dan terpaksa berhenti dek kerana kandungan tinggi lemak, yang bertentangan dengan konsep diet ini, anda pasti berasa kecewa bukan?
#3 Tenaga dan kesihatan menyeluruh
Setelah anda membiasakan tekak dan diri dengan pola makan baharu yang diikuti dalam diet ini, wujudnya kemungkinan untuk berasa lebih sihat dan segar.
Namun pada awalnya, anda mungkin berasa agak murung dan kecewa, perkara ini cukup normal.
Menyingkirkan makanan yang menjadi amalan secara mengejut berupaya mencetuskan craving (mengidam).
Lebih-lebih lagi, jika anda menghabiskan banyak masa dan tenaga memikirkan makanan yang tidak dapat anda nikmati. Pasti sedih, kan?
Tetapi, sentiasa ingatkan diri bahawa faedahnya akan melebihi kekurangannya dan lama-kelamaan, craving anda bakal mereda.
Justeru, tumpukan perhatian terhadap makanan yang boleh dinikmati, bukannya makanan yang perlu dielakkan, okey?
#4 Kos
Secara keseluruhannya, diet asid refluks tidak memakan kos yang banyak, namun sesetengah makanan yang disyorkan boleh menjadi agak mahal.
Sebagai contoh, diet ini menekankan potongan daging tanpa lemak, dan ia selalunya lebih mahal berbanding potongan yang berlemak.
Di samping itu, anda juga perlu membeli banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, yang mungkin akan kelihatan mahal jika anda sudah biasa membeli makanan diproses dengan harga rendah; bijirin bergula atau kerepek.
Kesimpulannya, walaupun diet ini secara amnya selamat untuk kesemua populasi, sebaiknya rujuk doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Dengan kepakaran dimiliki, mereka akan dapat memberikan nasihat terbaik sama ada diet ini sesuai atau sebaliknya buat anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen