Apabila tekak berasa tidak selesa sehingga menyebabkan batuk-batuk, pastinya kita cuba mencari produk ubat batuk terbaik. Namun, ada kalanya agak sukar untuk memilih ubat batuk kerana terdapat pelbagai jenama dan juga jenis. Ini tujuh jenis ubat batuk dewasa terbaik yang ada di pasaran untuk melegakan batuk anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Ini 7 ubat batuk terbaik di pasaran
Batuk boleh mengganggu aktiviti harian, menyebabkan tekak terasa gatal, pedih dan sukar berehat dengan selesa. Sebab itu ramai mencari ubat batuk terbaik yang dapat membantu melegakan simptom dengan cepat, sama ada dalam bentuk sirap, lozenges atau semburan tekak.
Kini terdapat pelbagai pilihan di pasaran yang sesuai untuk keperluan berbeza.
Ada yang mengandungi madu, herba atau ekstrak semula jadi untuk membantu memberikan rasa lega ketika batuk dan tekak tidak selesa.
#1. HURIX’S Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus juga merupakan ubat batuk tradisional yang berasaskan gamat dan juga madu.
Ubat batuk Hurix ini bukan sahaja digunakan untuk melegakan batuk, tetapi juga mengurangkan kahak, menghilangkan sakit tekak serta badan yang tidak selesa.
Untuk pengetahuan anda, ramuan gamat yang terdapat dalam ubat batuk ini mengandungi nutrien dan nilai perubatan yang menyokong kesihatan tubuh manusia.
#2. HURIX’S Cough Peppermint Plus, ubat batuk terbaik untuk gatal tekak
Hurix’s Cough Peppermint Plus merupakan persediaan tradisional yang agak popular dan berkesan dalam melegakan batuk yang anda alami.
Selain itu, ubat batuk hurix ini juga boleh membantu mengurangkan sakit tekak akibat batuk, mengeluarkan kahak, meredakan demam dan juga menghilangkan bau mulut.
Hurix’s Cough Peppermint Plus diformulasi khas dengan daun pudina, madu, akar likuoris dan akar pokok bunga belon (Platycodon grandiflorum) sebagai ramuan utamanya, yang mana ia memberikan kelegaan terhadap simptom-simptom batuk anda.
#3. BETADINE Sore Throat Spray
Ubat sakit tekak jenis semburan mudah dan selamat digunakan serta berkesan membantu melegakan pelbagai gejala seperti sakit ketika menelan, rasa kering dan gatal di tekak, suara serak, kemerahan, bengkak, serta sensasi seolah-olah ada objek asing di dalam tekak yang anda rasai.
Cara nak gunakannya mudah saja, dengan satu semburan sudah mencukupi untuk membantu melegakan ketidakselesaan di tekak. Jika perlu, semburan boleh diulang setiap 3 hingga 4 jam mengikut keperluan.
#4. Woods’ Peppermint Cough Syrup, antara ubat batuk terbaik farmasi
Woods’ satu jenama yang dipercayai dan pembekal terkemuka untuk keluarkan kahak dan melegakan batuk yang dialami. Berita baiknya, ubat ini tidak akan menyebabkan anda rasa mengantuk! Barulah mudah untuk anda teruskan kerja-kerja seharian anda tanpa rasa khuatir.
Ubat ini selamat digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga ke 12 tahun dan golongan dewasa.
#5. DifflamAB Hextra Sore Throat Lozenges
Difflam amat terkenal sebagai jenama pengeluar lozeng yang sangat berkesan.
DifflamAB Hextra Sore Throat Lozenges merupakan antara lozeng yang sangat berkesan melegakan batuk berserta sakit tekak anda.
Lozeng ini mengandungi benzydamine yang bertindak:
- Mengurangkan kesakitan
- Pembengkakan pada tekak
Selain itu, ia juga berperanan sebagai antiseptik yang membantu membunuh kuman penyebab jangkitan pada tekak.
Selain mempunyai kandungan benzydamine, ia turut mengandungi ramuan pelega batuk.
Ubat batuk terbaik dewasa #6. Breacol Adult Syrup
Ubat batuk Breacol merupakan jenis ubat batuk kahak dewasa yang bertindak mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak yang agak tebal.
Selain itu, ia membantu memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan gangguan dalam tekak anda.
Ubat ini hanya sesuai untuk peringkat umur 12 tahun hingga ke atas sahaja dan tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Ubat batuk terbaik farmasi #7. Prospan F Ubat Batuk
Prospan F membantu melegakan batuk berkahak yang sering berlaku bersama sakit tekak. Ia menggunakan ekstrak daun ivy dan sesuai untuk kegunaan harian mengikut arahan penggunaan.
Selain membantu mengurangkan ketidakselesaan tekak, ubat ini juga membantu anda bernafas dengan lebih selesa ketika batuk.
Kesimpulan
Memilih ubat batuk terbaik yang sesuai dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan dan memudahkan aktiviti harian. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, anda boleh memilih produk yang paling sesuai mengikut keperluan dan keselesaan diri.