backup og meta

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat Tanpa Perlu Ambil Ubat @ Jaga Makan!

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat Tanpa Perlu Ambil Ubat @ Jaga Makan!

Tekak rasa pedih sampai ingin bercakap dan mengeluarkan suara pun kurang berdaya! Jangan biar ia lama-lama, kami ada petua hilangkan sakit tekak dengan cepat yang anda boleh cuba amalkan.

Menariknya, ada juga cara hilangkan sakit tekak kering tanpa memerlukan anda untuk ambil ubat atau jaga makan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Telinga, Hidung dan Tekak, anda juga boleh klik di sini.

Apa punca dan kesan masalah sakit tekak?

Kondisi yang sangat merungsingkan ini boleh berlaku kepada semua individu. Kebiasaannya, ia adalah akibat daripada jangkitan mikroorganisma sama ada virus atau bakteria.

Selain itu juga, ia mungkin terjadi angkara pelbagai lagi faktor risiko lain termasuk reaksi alergi, udara yang tercemar atau disebabkan oleh penyakit refluks asid perut.

Lebih membimbangkan, keadaan kesihatan ini turut merupakan simptom penyakit berbahaya yang lain termasuklah wabak COVID-19 yang masih tidak boleh diabaikan.

“Walaupun wabak virus COVID-19 kini bukan lagi satu situasi kecemasan, namun ia masih tetap ancaman besar kepada golongan masyarakat yang belum boleh dipandang dengan sebelah mata,” jelas Dr Marc Lipsitch, Profesor Epidemiologi dan Pengarah Center for Communicable Disease Dynamics di Harvard T.H. Chan School of Public Health.

petua hilangkan sakit tekak dengan cepat
Faktor risiko sakit tekak.

Sudah terang lagi bersuluh, masalah ini tentu sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan melampau pada tekak sekali gus membuat anda sukar untuk melakukan rutin harian.

Jangan kata hendak bercakap, menelan air liur juga akan menjadi satu perkara yang susah dan sakit untuk dilakukan!

Petua hilangkan sakit tekak dengan cepat

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, ada banyak petua hilangkan sakit tekak dengan cepat. Kadangkala, membiarkan sahaja untuk ia pulih sendiri akan makan masa.

Jika anda pergi berjumpa dengan doktor, mereka sudah tentu akan sarankan ubat sakit tekak paling berkesan seperti di bawah ini:

  • Ubatan antibiotik
  • Ubatan antiviral
  • Ubatan antiradang
  • Cecair semburan dengan agen penyejuk
  • Lozeng sakit tekak

Lazimnya, lozeng merupakan pilihan rawatan yang paling mudah, murah dan efektif. Disebabkan itu, ada lambakan pil atau gula-gula seperti ini di pasaran klinik, farmasi atau pasar raya.

Di samping itu, wujud juga pelbagai cara tradisional atau petua orang lama yang popular. Pernah dengar nasihat untuk makan aiskrim vanila setiap kali rasa tidak selesa pada tekak? Ya, ini antara tip popular.

petua hilangkan sakit tekak dengan cepat
Ubat sakit tekak untuk melegakan tekak yang sakit.

Selain itu juga, ada banyak lagi bahan dari dapur yang dipercayai boleh jadi cara hilangkan sakit tekak kering seperti:

  • Air suam
  • Air garam
  • Akar manis
  • Bawang putih
  • Cuka epal
  • Madu
  • Pudina
  • Serbuk penaik

Pun begitu, bahan-bahan dapur di atas ini cuma boleh dijadikan cara hilangkan sakit tekak dengan cepat alternatif yang mungkin berkesan atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.

Sakit tekak bila menelan akibat udara yang terlalu kering?

Kadangkala, anda mungkin hanya fokus untuk ambil ubat atau jaga makan sebagai petua hilangkan sakit tekak dengan cepat. Sebaliknya, faktor udara di sekeliling anda telah diabaikan.

Tahukah anda bahawa udara yang terlalu kering juga adalah antara punca utama masalah ketidakselesaan pada tekak?

Jika tidak percaya, anda boleh cuba untuk tidur di dalam kamar tanpa kipas angin, pendingin atau penyaman udara. Ia sudah pasti akan membuat tekak anda sangat kering lalu sakit.

Ini adalah sama dengan situasi di mana anda kurang minum air kosong atau sebarang cecair lain sepanjang hari. Akibat daripada itu, tekak anda akan menjadi sakit gara-gara ia kering.

Tidak perlu ambil ubat atau jaga makan?

Dalam usaha untuk mencegah kekeringan yang melampau pada tekak, petua hilangkan sakit tekak dengan cepat juga wajar menitikberatkan tentang perihal kelembapan udara.

petua hilangkan sakit tekak dengan cepat
Air humidifier yang dipasang di ruang tamu rumah.

Ketahuilah bahawa memasang kipas angin, pendingin atau penyaman udara itu mungkin boleh membantu. Namun, ia tidak akan membawa kesan serupa dengan air humidifier.

Untuk pengetahuan anda semua, penggunaan air humidifier di dalam rumah terutama kamar tidur itu sangat bagus!

Selain meningkatkan lagi kelembapan bagi mengelakkan masalah tekak kering, ia juga boleh melembutkan tisu-tisu tekak dan hidung yang membengkak akibat masalah sama.

Bukan sahaja ia boleh menjadi salah satu petua hilangkan sakit tekak dengan cepat, malahan ia turut akan membantu tidur anda menjadi lebih lena tanpa perlu risau masalah pada tekak.

Pun begitu, masih ada risiko penggunaan air humidifier tidak terselenggara di mana ia boleh meningkatkan jumlah mikroorganisme yang terperangkap gara-gara udara kotor .

Konklusinya, alat ini mungkin boleh membantu namun anda perlu menerima maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sore Throat (Pharyngitis), https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/8274-sore-throat-pharyngitis, Accessed June 13 2023.
  2. Managing a Sore Throat – Symptoms & Treatment, https://carle.org/conditions/pediatric-conditions/sore-throat, Accessed June 13 2023.
  3. 6 Sore Throat Remedies That Actually Work, https://health.clevelandclinic.org/sore-throat-remedies-that-actually-work/, Accessed June 13 2023.
  4. Humidifiers: Ease skin, breathing symptoms, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold/in-depth/humidifiers/art-20048021, Accessed June 13 2023.
  5. Humidifiers for Respiratory Infections: Are They Helpful or Harmful?, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2018/01/humidifiers-for-respiratory-infections-are-they-helpful-or-harmful, Accessed June 13 2023.

Versi Terbaru

15/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilang Sakit Tekak Hanya Dari Rumah, Beberapa Kali Cuba Sudah Sembuh!

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan