
Perbezaan yang paling utama berkaitan dengan tingkah laku membabitkan orang lain, seperti batuk ke dalam lipatan siku.
Namun begitu, perbezaan tingkah laku ini lebih jarang dilihat dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin, tinggal bersama ataupun individu yang terkesan daripada wabak pandemik ini.
Lebih mengejutkan, ini bukan satu-satunya penyelidikan yang menyokong kecenderungan para wanita mengikuti polisi COVID-19.
Dalam sebuah tinjauan yang membabitkan 800 individu, majoriti wanita mengatakan mereka lebih banyak duduk di rumah, mematuhi penjarakan sosial dan paling penting, lebih kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
Selain itu, sebuah kajian di timur laut Amerika Syarikat menunjukkan 55% wanita memakai pelitup muka dengan betul berbanding lelaki, sebanyak 38% sahaja.
Akan tetapi, bagi negara yang mewajibkan pemakaian pelitup muka seperti Malaysia, jurang jantina dalam jumlah kes adalah lebih kecil.
Lelaki lebih banyak menyumbang kepada angka kematian wabak corona
Sejauh manakah kebenaran kenyataan di atas?
Adakah kerana perbezaan tingkah laku sahaja boleh meningkatkan risiko buat lelaki, ataupun terdapat faktor lain juga? Teruskan membaca, terutama buat yang lelaki ya!
Sebuah kajian membuktikan virus corona ini bukan sahaja boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk bagi lelaki, malah meningkatkan risiko kematian.
Mengambil contoh negara Amerika Syarikat, penyakit ini telah meragut hampir 17,000 nyawa lelaki, lebih berbanding wanita sehingga pertengahan bulan Oktober.
Baca juga:
Jurang perbezaan ini masih tidak terjawab, namun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca di sebaliknya.
Dr Richard Seidman, Ketua Pegawai Perubatan di L.A. Care Health Plan, California berkata,
“Lelaki dan wanita sebenarnya mendapat COVID-19 pada kadar yang sama, tetapi lelaki biasanya lebih lewat untuk mendapatkan rawatan kesihatan berbanding wanita.”
Bukan itu sahaja, terdapat juga perbezaan utama dalam cara sistem imun lelaki (berbanding wanita) bertindak balas terhadap virus corona.
“Lelaki mempunyai lebih banyak reseptor yang sensitif terhadap virus tersebut berbanding wanita.
Berkait dengan perkara itu, mereka mungkin mempunyai jumlah virus yang lebih tinggi. Sistem imun lelaki tidaklah seefektif wanita, jadi jangkitan lebih cenderung untuk bertahan lebih lama,” sambung beliau lagi.
Inti pati yang boleh anda ambil
Jumlah kes positif serta kematian saban hari terus meningkat, dan ia menjadi bukti kukuh bahawa wabak pandemik ini tidak mudah untuk berakhir begitu sahaja.
Angka ini belum lagi termasuk kesan wabak ini terhadap kesihatan mental setiap individu yang terjejas.
Kenyataannya, virus corona ini akan terus bersama dengan kita untuk tempoh yang lama pada masa akan datang. Kita haruslah bersabar, mengikuti polisi yang telah ditetapkan dan terus bertahan.
Walaupun vaksin bagi memerangi wabak ini hampir siap sepenuhnya, Dr Seidman ingin mengingatkan kita bahawa para saintis memerlukan masa untuk membuktikan vaksin tersebut selamat dan berkesan.

Sementara itu, cara yang paling berkesan bagi menangani coronavirus Malaysia adalah mematuhi arahan dan polisi kerajaan, termasuklah:
Ingatlah, semakin patuh kita kepada prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, semakin baiklah kawalan wabak coronavirus Malaysia.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus