Fungsi cecair atau asid dalam perut adalah membantu mencerna makanan yang dimakan. Namun jika berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan. Jom ketahui cara menghilangkan cairan dalam perut yang berlebihan ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Fungsi cecair atau asid dalam perut adalah membantu mencerna makanan yang dimakan. Namun jika berlebihan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan. Jom ketahui cara menghilangkan cairan dalam perut yang berlebihan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Sebelum kita mengetahui cara menghilangkan cairan dalam perut atau asid perut yang berlebihan ini, jom fahami bagaimana keadaan itu boleh terjadi.
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, asid perut ini memainkan peranan penting dalam proses pencernaan makanan.
Komponen utamanya adalah asid hidrolik.
Dalam keadaan semula jadi, lapisan perut akan mengeluarkan asid ini dan rembesan ini dikawal oleh hormon serta sistem saraf anda.
Namun ada kalanya, asid dalam perut boleh terhasil dalam kuantiti yang banyak. Situasi itu pastinya akan mencetuskan beberapa simptom yang tidak menyenangkan.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan jumlah asid di dalam perut tinggi.
Selalunya keadaan ini mengakibatkan pengeluaran hormon gastrin berlebihan. Ia adalah hormon yang menghantar isyarat pada perut untuk menghasilkan lebih banyak asid perut.
Beberapa sebab paling biasa termasuklah:
Penyekat H2 adalah sejenis ubat untuk menurunkan asid dalam perut.
Apabila seseorang menghentikan pengambilannya, peningkatan cairan dalam perut boleh terjadi.
Merupakan keadaan yang jarang berlaku. Keadaan ini di mana terdapat tumor yang disebut sebagai gastrinoma terbentuk pada pankreas dan saluran usus kecil anda.
H.pylori adalah sejenis bakteria yang boleh berkumpul pada perut dan menyebabkan ulser.
Sesetengah individu dengan jangkitan ini juga ada kebarangkalian untuk mempunyai cairan dalam perut yang tinggi.
Apabila saluran yang menuju ke usus kecil daripada perut mengalami penyumbatan, ia boleh menyebabkan peningkatan asid.
Dalam beberapa kes jarang berlaku, individu yang mengalami kegagalan buah pinggang atau menjalani dialisis mungkin menghasilkan tahap gastrin tinggi.
Ada kalanya punca cairan dalam perut yang berlebihan ini tidak dapat dikenal pasti, ia dikenali sebagai idiopatik.
Jadi apakah terdapat cara menghilangkan cairan dalam perut yang banyak ini?
Terdapat beberapa tanda menunjukkan anda mungkin mempunyai asid dalam perut yang tinggi, termasuklah:
Gejalanya hampir sama dengan keadaan berkaitan masalah penghadaman lain.
Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda tidak pasti keadaan yang mendasari punca kepada ketidakselesaan perut atau sebarang gejala yang dialami.
Mempunyai kadar asid perut yang tinggi meningkatkan risiko untuk mengalami masalah kesihatan berkaitan abdomen.
Antaranya seperti:
Sudah bersedia untuk ketahui cara menghilangkan cairan dalam perut? Jom teruskan membaca!
Baca juga:
Masalah asid perut tinggi sering dirawat dengan perencat pam protein (PPI). Ia merupakan ubat-ubatan yang berfungsi untuk menurunkan pengeluaran asid dalam perut.
PPI dipercayai mempunyai keberkesanan lebih tinggi daripada penyekat H2. Selalunya diambil secara oral, tetapi untuk kes yang teruk ia boleh diberikan melalui IV.
Cara menghilangkan cairan dalam perut yang disebabkan oleh jangkitan H.pylori, anda akan diberikan antibiotik bersama PPI.
Antibiotik berfungsi untuk membunuh bakteria, sementara PPI akan membantu menurunkan penghasilan asid.
Kaedah pembedahan mungkin disyorkan seperti kes melibatkan pembuangan gastrinoma pada individu dengan sindrom Zollinger-Ellison.
Individu yang mengalami ulser teruk mungkin perlu menjalani pembedahan membuang bahagian perut (gastrektomi) atau saraf vagus (vagotomi).
Jika pedih ulu hati menjadi salah satu gejala yang dialami, anda boleh melakukan perubahan diet pemakanan untuk membantu mengurangkan simptom. Antaranya:
Asid dalam perut membantu memecah dan mencerna makanan yang dimakan. Namun kadangkala ia boleh terhasil dalam jumlah yang lebih tinggi daripada biasa.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan wujudnya gejala seperti sakit perut, mual, perut kembung dan pedih ulu hati.
Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan asid perut tinggi, contohnya seperti jangkitan H.pylori, sindrom Zollinger-Ellison dan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti ulser dan GERD.
Sekiranya tidak pasti cara menghilangkan cairan dalam perut yang bersesuaian dengan anda, dapatkan rundingan daripada doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen