Tahukah anda, individu yang ada masalah asid refluks mungkin akan mengalami simptom GERD lain selain pedih ulu hati. Namun persoalannya di sini, adakah GERD boleh sembuh?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group
Tahukah anda, individu yang ada masalah asid refluks mungkin akan mengalami simptom GERD lain selain pedih ulu hati. Namun persoalannya di sini, adakah GERD boleh sembuh?
Lebih banyak info tentang sistem penghadaman di sini.
Penyakit gastroesophageal refluks (GERD) atau lebih mudah dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus ā tiub yang menghubungkan mulut dan perut.
Masalah asid refluks ini boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan esofagus anda.Ā
Tanda dan simptom GERD yang biasa dialami termasuklah:
Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:
Jadi adakah terdapat kemungkinan untuk GERD boleh dirawat?
Untuk menjawab persoalan itu, sememangnya GERD boleh sembuh.
Terdapat 4 pendekatan untuk merawat dan melegakan simptom GERD. Ia termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu dan juga prosedur pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami asid refluks akan bertindak balas dengan baik terhadap kombinasi perubahan gaya hidup dan rejimen ubat.Ā
Namun, ada juga kes di mana penghidap GERD tidak mendapat kelegaan daripada rawatan tersebut dan perlu menjalani pembedahan.Ā
Pembedahan biasanya menjadi pilihan alternatif bagi individu yang tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat seumur hidup.
Perubahan diet dan amalan gaya hidup adalah langkah pertama untuk merawat simptom GERD.Ā
Ini kerana terdapat makanan tertentu yang menjadikan gejala asid refluks lebih teruk.Ā
Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah:
Sekiranya perubahan gaya hidup dan diet tidak berfungsi melegakan simptom GERD, doktor anda mungkin memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu.
Ubat yang boleh dibeli di farmasi atau over-the-counter (OTC) ini adalah yang terbaik untuk gejala refluks yang sekejap-sekejap dan agak jarang berlaku.
Jika diambil dengan kerap, antasid dapat memburukkan masalah. Ini kerana ia akan meninggalkan perut dengan cepat, dan kesannya perut akan meningkatkan pengeluaran asid.
Penyekat histamin 2 (H2) adalah ubat yang membantu menurunkan rembesan asid.Ā
Penyekat H2 dikatakan dapat menyembuhkan hakisan esofagus pada sekitar 50% individu yang mengalami masalah asid refluks.
Proton pump inhibitor (PPIs) adalah ubat yang menyekat tiga laluan utama untuk pengeluaran asid.
PPI menekan pengeluaran asid dengan lebih berkesan daripada penyekat H2.Ā
PPI menyembuhkan esofagitis erosif pada kebanyakan penghidapnya, bahkan untuk mereka yang mengalami kerosakan esofagus teruk.
Merupakan ubat yang dapat meningkatkan aktiviti otot licin pada saluran gastrousus (GI).
Ubat ini dikatakan kurang berkesan jika dibandingkan dengan PPI.
Doktor mungkin akan menetapkannya bersama ubat penekan asid.Ā
GERD boleh sembuh dengan rawatan transoral incisionless fundoplication (TIF).
Menjalani prosedur ini bermakna masa rawatan adalah lebih pendek, kesakitan yang dapat dikurangkan dan proses pemulihan pantas berbanding dengan pembedahan laparoskopi.
Prosedur ini melibatkan penggunaan peranti TIF khas untuk membuat jalan masuk untuk alat pengimejan fleksibel seperti tiub yang disebut endoskopi.
Sekiranya simptom GERD tidak berkurangan dengan perubahan gaya hidup atau terapi ubat, anda mungkin perlu menjalani prosedur pembedahan.
Ada sesetengah penghidap asid refluks lebih menyukai pendekatan pembedahan sebagai alternatif berbanding pengambilan ubat-ubatan seumur hidup.
GERD boleh sembuh dengan pembedahan dilakukan untuk memperkuatkan penghalang antirefluks.
Walaupun masalah asid refluks boleh menjejaskan aktiviti harian anda, namun ia tidaklah sehingga mengancam nyawa.
Pun begitu, sekiranya anda mengetahui pencetus dan mendapatkan rawatan yang tepat serta bersesuaian, pastinya kehidupan akan menjadi lebih baik.Ā
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen