backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kerap Alami Perut Berangin & Kembung? Elak 10 Jenis Makanan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    Kerap Alami Perut Berangin & Kembung? Elak 10 Jenis Makanan Ini!

    Individu dengan masalah perut berangin disebabkan oleh sindrom rengsa usus (IBS) perlu menitikberatkan aspek penjagaan makanan atau ia boleh mencetuskan gejala tidak selesa.

    Tetapi adakah anda tahu jenis-jenis makanan yang menjadi punca perut masuk angin rasa nak muntah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Kerap alami masalah perut berangin

    Umumnya, makanan tertentu akan mencetuskan gejala IBS berbeza bagi setiap individu. Jadi untuk menyediakan senarai penuh berkaitan penjagaan makanan itu mungkin agak sukar.

    Namun, kebanyakan individu akan menyedari bahawa dengan mengelakkan beberapa pencetus masalah perut berangin paling biasa seperti produk tenusu, alkohol dan makanan bergoreng, berkesan untuk:

    Penjagaan pemakanan elak masalah perut berangin 

    Berikut adalah makanan yang boleh menyebabkan perut masuk angin rasa nak muntah. Pastinya menghindari makanan berikut boleh memberikan kelegaan:

    1. Susu, antara punca perut masuk angin rasa nak muntah

    Susu dan makanan lain yang mengandungi laktosa, seperti keju dan aiskrim, boleh menyebabkan perut kembung dan berangin pada individu dengan masalah intoleransi laktosa.

    Dianggarkan 70% individu dewasa di seluruh dunia tidak menghasilkan laktosa dalam jumlah yang banyak. Ia merupakan enzim usus yang membantu memecahkan gula dalam susu.

    Apabila tiada penyerapan laktosa pada usus kecil, laktosa yang tidak dicerna akan masuk ke usus besar di mana bakteria menapai (ferment) dan mengakibatkan gas.

    masalah penghadaman
    Makanan yang dapat membantu masalah penghadaman.

    Walaupun produk tenusu adalah penyebab utama ketidakselesaan bagi sesetengah penghidap IBS, tetapi yogurt dipercayai memberikan kebaikan.

    2. Kafein 

    Kafein yang diambil boleh meningkatkan masalah cirit-birit, salah satu simptom perut masuk angin.

    Sumber kafein yang tinggi adalah termasuk kopi, teh, minuman kola, coklat dan pil sakit kepala. 

    3. Minuman berkarbonat punca masalah perut berangin 

    Anda disaran mengelakkan pengambilan minuman berkarbonat. 

    Ini kerana gelembung dalam minuman ini boleh menghasilkan kesan bersoda (fizzy effect) yang  sama pada saluran pencernaan.

    Pilihan minuman yang terbaik adalah air kosong dan susu bebas laktosa untuk menghilangkan dahaga anda.

    Mungkin anda terfikir untuk menambah jus dalam senarai tersebut, bukan? 

    Pun begitu anda harus ingat, minuman berasaskan buah sering mengandungi fruktosa yang tinggi.

    Kenapa kalau tinggi kandungan fruktosa? 

    Di bawah ada penjelasannya….

    4. Makanan tinggi fruktosa

    Dalam aspek penjagaan makanan, kita sering dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan, betul tak?

    Tetapi makanan sihat seperti epal, pir serta buah-buahan kering adalah tinggi kandungan fruktosa gula.

    Apabila makanan tersebut dimakan, ia boleh mencetuskan beberapa kesan sampingan yang sama dengan laktosa tidak dicerna.

    Bukan semua buah tidak boleh dimakan oleh penghidap IBS, anda boleh memilih buah yang kurang kandungan fruktosa seperti beri, sitrus dan pisang.

    5. Makanan bergoreng

    penyebab perut masuk angin
    Makanan menyebabkan masalah gastrik.

    Kentang goreng serta beberapa makanan bergoreng lain adalah hidangan kegemaran ramai, betul tak?

    Namun, pengambilan makanan sebegini dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan lagi simptom perut masuk angin.

    Kandungan lemak tinggi mungkin boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan bagi penghidap IBS, sekali gus mewujudkan ketidakselesaan perut.

    6. Makanan diproses

    Makanan yang diproses cenderung mengandungi banyak:

    • Garam
    • Gula 
    • Lemak 

    Contoh makanan yang diproses termasuk:

    • Kerepek kentang
    • Makanan sejuk beku
    • Daging yang diproses
    • Makanan bergoreng

    Pengambilan secara berlebihan bukan sahaja menjejaskan tahap kesihatan bagi individu dengan sindrom rengsa usus, bahkan kepada sesiapa juga.

    Bahan tambahan dan pengawet yang tinggi dalam makanan tersebut berisiko mencetuskan IBS.

    7. Gula-gula getah bebas gula

    Tanpa gula tidak bermaksud ia baik untuk kesihatan anda, terutamanya apabila melibatkan masalah perut berangin.

    Banyak gula-gula getah atau chewing gum yang dihasilkan dengan pemanis tiruan seperti sorbitol dan xylitol – dipercayai menjadi punca cirit-birit.

    Di samping itu, mengunyah gula-gula getah menyebabkan lebih banyak udara ditelan, yang akhirnya mengakibatkan masalah perut berangin.

    Selain gula-gula getah, makanan lain di bawah kategori bebas gula yang perlu dielakkan adalah kebanyakan minuman diet serta sugarless candy.

    8. Kekacang punca perut kembung dan keras

    Dalam penjagaan makanan untuk mengelakkan gejala perut kembung dan berangin, individu yang menghidap IBS perlu menghindari pengambilan kekacang.

    Jenis makanan ini walaupun merupakan sumber protein dan serat yang hebat tetapi ia berpotensi menimbulkan ketidakselesaan pencernaan.

    9. Sayuran 

    Brokoli, kubis bunga, kubis brussel dan kubis sukar dicerna oleh tubuh. Sebab itulah ia boleh mencetuskan simptom bagi penghidap IBS.

    Sayuran ini mengandungi raffinose, jenis karbohidrat lain di mana tubuh manusia tidak dapat bertoleransi dengan baik.

    Apabila usus mencerna makanan ini, ia menyebabkan gas. Ada kalanya sembelit, walaupun kepada individu yang tidak mengalami IBS.

    10.  Bawang 

    cara makan bawang putih
    Keburukan bawang untuk perut berangin.

    Bawang adalah agen perasa hebat dalam masakan. Tetapi ia tidak sukar untuk dicerna usus dan boleh mengakibatkan perut berangin. 

    Angin dalam perut bersama kekejangan yang menyakitkan boleh terhasil daripada bawang mentah. 

    Bukan itu sahaja, adakalanya bawang yang sudah dimasak juga boleh menjadi punca perut kembung dan keras.

    Cegah masalah perut berangin

    Kesimpulan

    Penting untuk memahami bahawa sistem pencernaan dan pencetus perut berangin adalah berbeza bagi setiap individu. Buatlah buku catatan harian untuk membantu anda mengetahui makanan yang harus dimakan dan dielakkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 5 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan