backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

    Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

    Kenapa rasa pedih dalam perut? Kenapa pedih ulu hati ketika hamil? Simptom utama asid refluks (GERD) adalah pedih ulu hati dan ia mendatangkan ketidakselesaan. Tapi ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat boleh dicuba. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkan di sini.

    Masalah asid refluks

    Kenapa rasa pedih dalam perut? Kenapa pedih ulu hati ketika hamil?

    Penyakit refluks gastroesofageal atau asid refluks adalah keadaan yang boleh dicegah sepenuhnya.

    Ia berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut – sekali gus menyebabkan terjadinya pedih ulu hati.

    Mungkin ada yang berasakan keadaan tersebut tidak berbahaya. Betul! 

    Tetapi jika dibiarkan, lama kelamaan, asid dalam perut ini boleh merosakkan lapisan esofagus dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit, seperti kanser esofagus.

    Ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat, sama ada melalui rawatan di rumah mahupun dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

    Cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

    Berikut terdapat 6 petua boleh dicuba untuk mengatasi masalah pedih ulu hati yang dialami:

    Rawatan di rumah

    Anda boleh mencuba rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala asid refluks.

    Cara menghilangkan pedih ulu hati #Amalan kehidupan harian

    Kebanyakan pakar akan mengesyorkan pesakit dengan pedih ulu hati untuk melakukan perubahan gaya hidup bagi mencegah simptom asid refluks dan mengelakkan sebarang komplikasi. 

    Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disease (NIDDK), ini termasuklah:

    cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat
    Diet untuk pesakit GERD.
    • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan lemak, seperti makanan segera dan makanan yang diproses
    • Menghindari pengambilan makanan dan minuman yang boleh mendatangkan kerengsaan. Contohnya, bawang mentah, minuman berkafein dan berkarbonat
    • Mengelakkan tabiat makan secara berlebihan
    • Berhenti merokok
    • Mengekalkan berat badan seimbang dan sederhana
    • Memakai pakaian yang longgar, terutamanya pada bahagian perut
    • Mengelakkan pengambilan sebarang hidangan makanan berat, terutamanya 2 hingga 3 jam sebelum tidur
    #Pisang 

    Siapa yang tidak pernah makan pisang?

    Pisang dikatakan mengandungi antasid semula jadi – yang membantu meneutralkan asid di dalam perut. 

    Jadi cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat adalah dengan memakan pisang setiap hari. 

    Jika tiada pisang, epal boleh dianggap sebagai pengganti yang terbaik!

    Rawatan perubatan: Cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

    Selain rawatan di rumah, sudah tentu terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat gejala asid refluks ini.

    #Antasid

    Antasid berfungsi meneutralkan asid di dalam perut, sekali gus ia dapat melegakan refluks asid.

    Ubat yang boleh dibeli di farmasi (over-the-counter, OTC) mengandungi garam kalsium, magnesium atau aluminium.

    Kebiasaannya, pengambilan antasid disarankan selepas makan.

    #Histamine-2 receptor antagonists

    Ubat antagonis reseptor histamin-2 ini berfungsi mengikat reseptor histamin-2 pada perut, sekali gus menyekat pembebasan asid dalam perut.

    Biasanya, pengambilan ubat dikatakan boleh memberikan kelegaan gejala dengan segera. 

    Ia juga boleh diambil dalam tempoh 30 hingga 60 minit sebelum pengambilan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan asid refluks.

    cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat
    Ubat GERD.

    Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan 4 jenis antagonis reseptor histamin-2:

    • Cimetidine
    • Famotidine
    • Ranitidine
    • Nizatidine 

    Sesetengah ubat jenis ini tersedia tanpa memerlukan preskripsi. 

    Pun begitu, dinasihatkan untuk anda melakukan perbincangan dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

    Ini kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan dan mengganggu ubat lain yang diambil.

    Cara menghilangkan pedih ulu hati semasa hamil

    Bagaimana pula jika ada ibu mengandung yang berdepan masalah asid refluks? Adakah boleh dirawat menggunakan ubat seperti individu lain? Kenapa pedih ulu hati ketika hamil?

    Bagi ibu hamil, masalah pedih ulu hati berlaku kerana peningkatan tahap progesteron, anjakan sfinkter esofagus bawah dan tekanan yang dihasilkan daripada janin sedang membesar. 

    Biasanya doktor akan mengesyorkan perubahan diet sama ada dengan pengambilan ubatan atau tanpa ubat.

    Makan makanan dalam hidangan kecil dan lebih kerap, elak makan lewat malam atau snek ringan serta menghindari pencetus asid refluks mungkin dapat membantu.

    cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat
    Elakkan minuman penyebab GERD.

    Selain itu, cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat melalui pengambilan ubatan semasa kehamilan adalah sama dengan individu yang tidak hamil.

    Antasid, antagonis reseptor histamin-2 dan perencat pam proton adalah selamat dan berkesan untuk wanita hamil.

    Berkesan ke cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat?

    Masalah asid refluks yang menjadi punca kepada gejala pedih ulu hati adalah gangguan pencernaan biasa. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan