Antara gejala bagi penghidap penyakit hati kronik adalah masalah kulit gatal gatal. Adakah terdapat cara menghilangkan gatal di badan yang boleh dicuba?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Antara gejala bagi penghidap penyakit hati kronik adalah masalah kulit gatal gatal. Adakah terdapat cara menghilangkan gatal di badan yang boleh dicuba?
Mengalami rasa gatal yang sedikit dan kemudian menghilang, bukanlah satu kebimbangan.
Namun, sekiranya anda mengalami kulit gatal gatal sehingga mengganggu tidur dan membawa kepada pelbagai masalah lain, ia mungkin petanda isu kesihatan serius melibatkan sistem penghadaman.
Kegatalan atau pruritus – cara sebutanya proo-RIE-tus – adalah salah satu simptom penyakit hati kronik. Namun tidak semua individu yang menghidap keadaan ini akan mengalaminya.
Keadaan gatal pada badan ini mungkin hanya dirasai setempat, seperti di bawah lengan atau mungkin anda akan berasa gatal pada seluruh tubuh.
Walau di mana bahagian rasa gatal itu berlaku, pastinya ia akan menimbulkan keinginan yang membuak-buak untuk menggarunya.
Jadi apakah cara menghilangkan gatal di badan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui petua atau cara menghilangkan gatal di badan, ayuh kita fahami faktor penyebab wujudnya masalah kegatalan ini.
Umumnya, kulit merupakan organ terbesar bagi tubuh manusia dan memainkan peranan sebagai jendela bagi tahap kesihatan keseluruhan.
Oleh itu, penyakit dalaman mungkin akan menunjukkan simptomnya melalui perubahan pada kulit.
Pruritus berkaitan penyakit hati dipercayai berpunca oleh kolestasis, iaitu peningkatan hempedu dalam aliran darah akibat laluannya terhalang.
Hempedu dihasilkan dalam sel hati, bergerak keluar daripada rangkaian saluran hempedu melalui pankreas dan dikosongkan ke dalam usus kecil anda.
Ia membantu penyingkiran bahan buangan oleh hati dan membantu usus anda menyerap lemak.
Kaitan kegatalan pada kulit dengan penyakit hati tidak diketahui dengan tepat, namun ia dipercayai disebabkan oleh gabungan beberapa faktor.
Berikut adalah antara kemungkinannya:
Sekiranya anda mempunyai penyakit hati, kadar garam hempedu mungkin lebih tinggi terkumpul di bawah kulit yang menyebabkan kulit gatal-gatal.
Namun terdapat juga kes di mana individu dengan paras garam hempedu normal turut mengalami masalah kegatalan ini.
Baca juga:
Sesetengah individu dengan pruritus mengalami peningkatan kadar histamin.
Namun penggunaan antihistamin biasanya tidak mendatangkan keberkesanan untuk merawat keadaan ini.
Kandungan serotonin boleh mengubah masalah gatal ini.
Atas sebab ini, penggunaan selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) dapat membantu menguruskan masalah kulit gatal gatal bagi sesetengah individu.
Individu yang mengalami gatal berkaitan penyakit hati mungkin turut berdepan kenaikan ALP.
LPA mempengaruhi banyak fungsi sel.
Individu dengan masalah kulit gatal-gatal dan penyakit hati mungkin mempunyai tahap LPA yang lebih tinggi.
Kulit gatal gatal yang disebabkan oleh penyakit hati mungkin tidak akan sembuh dengan sendirinya, tetapi boleh diubati.
Kerana penyebabnya tidak difahami sepenuhnya, sukar untuk mengatakan rawatan mana yang sesuai untuk anda. Tetapi tiada salahnya untuk mencuba.
Penting untuk mengelakkan menggaru kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Pastikan kuku anda sentiasa pendek, jadi ia boleh mengurangkan risiko kulit terluka sekali gus meningkatkan risiko jangkitan.
Anda juga boleh mencuba langkah berikut sebagai cara menghilangkan gatal di badan, seperti:
Sekiranya mengalami masalah kegatalan ringan, anda boleh mencuba krim berasaskan air dengan 1% kandungan mentol.
Antara krim topikal yang boleh dibeli di farmasi adalah seperti kortikosteroid dan perencat kalsinuerin – untuk mengatasi rasa gatal.
Ikut arahan penggunaan pada label dan maklumkan kepada doktor jika anda memilih menggunakan sebarang ubat sapu.
Doktor anda boleh mengesyorkan rawatan oral, seperti Kolestiramin. Ubat oral ini membantu menghilangkan garam hempedu dari peredaran darah
Antihistamin tidak terbukti berkesan dalam merawat kegatalan yang disebabkan oleh penyakit hati.
Walau bagaimanapun, ia boleh membantu anda untuk tidur lebih mudah walaupun dalam keadaan kulit gatal.
Turut dikenali sebagai rawatan fototerapi.
Rawatan ini mendedahkan kulit kepada jenis cahaya tertentu untuk mempromosikan penyembuhan. Ia memerlukan beberapa sesi sebelum proses penyembuhan berlaku.
Tanda-tanda amaran bahawa kegatalan adalah gejala penyakit hati mungkin termasuk:
Sekiranya cara menghilangkan gatal di badan tidak berkesan dan ia menjejaskan kualiti hidup anda, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan diri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen