backup og meta

Kulit Gatal Mungkin Tanda Penyakit Organ Hati? Ia Kondisi Bernama Pruritus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/07/2021

    Kulit Gatal Mungkin Tanda Penyakit Organ Hati? Ia Kondisi Bernama Pruritus!

    Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda dan penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit termasuk penyakit hati manusia.

    Apa kaitan di antara kedua-dua organ ini?

    Sistem hepatobiliari terdiri daripada sistem hempedu dan hati.

    Pruritus atau kulit gatal adalah simptom paling biasa dan kadang-kadang yang paling menyakitkan bagi pesakit hepatobiliari.

    Ia boleh menjadi sementara dan hanya kegatalan ringan atau berterusan dan teruk.

    Kaitan kegatalan dengan penyakit hati tidak diketahui dengan tepat, melainkan dikatakan disebabkan masalah dengan aliran hempedu terhalang.

    Pruritis dalam penyakit hati manusia dipercayai disebabkan oleh kolestasis, peningkatan hempedu dalam aliran darah akibat laluannya terhalang.

    penyakit hati manusia

    Hempedu dihasilkan dalam sel hati, bergerak keluar daripada rangkaian saluran hempedu melalui pankreas dan dikosongkan ke dalam usus kecil anda.

    Ia membantu penyingkiran bahan buangan oleh hati dan membantu usus anda menyerap lemak.

    Hati meneutralkan toksin dan menapis garam hempedu.

    Jika fungsinya terjejas, pengumpulan garam hempedu, asid hempedu, dan bilirubin berlaku.

    Pemendapan bahan-bahan ini pada kulit dipercayai menyebabkan kerengsaan dan gatal-gatal.

    Penyelidikan lanjut masih berterusan untuk memahami bahan kimia yang tepat yang menyebabkan gatal-gatal yang mungkin boleh membantu pilihan rawatan pada masa akan datang.

    Ciri-ciri gatal disebabkan penyakit hati

    Rasa gatal menyeluruh pada satu badan disebabkan penyakit hati boleh muncul sebelum tanda-tanda atau simptom kolestasis yang lain berlaku.

    Terdapat beberapa ciri unik kegatalan disebabkan penyakit hati manusia.

    Ia kebiasaannya paling teruk pada anggota badan, terutamanya pada telapak tangan dan tapak kaki.

    Ia juga biasanya lebih teruk pada waktu petang dan malam, sekali gus menjejaskan tidur.

    penyakit hati manusia

    Ia biasanya bertambah teruk sewaktu haid, terapi penggantian hormon, awal kehamilan, bersentuhan dengan bulu dan haba seperti mandian panas.

    Ia tidak dapat dilegakan dengan menggaru dan biasanya tidak  menyebabkan tanda yang jelas pada kulit melainkan disebabkan tanda-tanda menggaru itu sendiri.

    Kadangkala luka seperti keruping atau bintil mungkin berkembang pada kulit dan disalah anggap sebagai masalah kulit sendiri.

    Menangani kulit gatal akibat penyakit hati

    Gatal disebabkan penyakit hati hanya dapat diredakan dengan menangani masalah halangan aliran hempedu.

    Sekiranya tidak dapat merawat punca masalah, beberapa ubat-ubatan seperti Cholestyramine dan Rifampicin dapat membantu meredakan gatal-gatal.

    Cholestyramine berfungsi dengan menarik garam hempedu dalam usus anda dan menyingkirkannya, menghalangnya daripada diserap kembali kepada aliran darah.

    Rifampicin, sejenis antibiotik, menyebabkan peningkatan metabolisme hempedu dan bahan kimia lain dalam hati.

    penyakit hati manusia

    Pruritus disebabkan penyakit hati manusia agak sukar dirawat.

    Ia menjejaskan kualiti hidup pesakit kerana sering mengganggu tidur, aktiviti harian mereka, dan hubungan peribadi.

    Ia juga boleh menyebabkan kemurungan dan juga niat bunuh diri dalam kes-kes yang teruk.

    Dalam keadaan yang jarang berlaku, kegatalan yang tidak terkawal pada pesakit penyakit hati kronik boleh menjadi sebab keperluan pemindahan hati walaupun belum berlaku kegagalan hati.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan