backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Terlebih Guna! Ubat Steroid Topikal Untuk Masalah Kulit Ada Kesan Sampingan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 29/09/2021

    Jangan Terlebih Guna! Ubat Steroid Topikal Untuk Masalah Kulit Ada Kesan Sampingan

    Steroid topikal senang untuk dijumpai di mana-mana farmasi di negara kita. Kadangkala, pembelian krim steroid tidak memerlukan preskripsi daripada doktor. Oleh itu, ramai yang membeli ubat tersebut dan merawat diri sendiri di rumah.

    Hati-hati ya, kesan ubat ini lebih teruk daripada apa yang anda sangkakan. Walaupun penggunaannya secara topikal sahaja, namun ia mampu menjejaskan tubuh jika digunakan secara berpanjangan.

    Apakah steroid topikal sebenarnya?

    Kortikosteroid ialah sejenis hormon semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal dalam tubuh kita.

    Steroid topikal merupakan ubat kortikosteroid sintetik yang digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ruam, dermatitis, gatal-gatal, ekzema dan psoriasis.

    Walaupun ia membantu melegakan keradangan kulit, tetapi steroid topikal juga boleh merendahkan sistem imun badan anda.

    Ubat ini mempunyai pelbagai dos kekuatan, bergantung kepada kawasan tubuh badan yang akan disapu dengan ubat tersebut dan keadaan kulit yang hendak dirawat.

    Ia boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti krim, gel, losyen, salap, pita, pembalut dan larutan.

    Kesan sampingan steroid topikal

    Secara amnya, ubat ini selalu digunakan kurang daripada dua minggu. Penggunaan dalam jangka masa yang panjang tidak digalakkan kerana kesan sampingannya.

    Namun, berundinglah dengan doktor anda mengenai masalah kulit dan rawatan yang anda perlukan jika penggunaannya akan melangkaui dua minggu.

    Kesan sampingan penggunaan steroid topikal boleh dibahagikan mengikut kesan tempatan dan kesan kepada sistem tubuh anda.

    Kesan tempatan (kulit)

    1. Perubahan atrofi kulit

    Atrofi kulit ialah keadaan di mana kulit anda mengalami perubahan struktur kulit dan berbeza daripada keadaan kulit yang normal.

    Penggunaan steroid topikal yang berpanjangan boleh menyebabkan perubahan atrofi kulit seperti:

    steroid topikal

    2. Jangkitan kuman pada kulit

    Oleh sebab ubat ini berpotensi untuk melemahkan imun badan anda, jangkitan kuman lebih mudah untuk berlaku pada kulit anda.

    Penggunaan yang berpanjangan boleh memudaratkan atau menyebarkan jangkitan kulit yang anda alami.

    Contoh jangkitan kuman yang boleh berlaku ialah:

    steroid

    • Jangkitan kuman pada folikel
    • Jangkitan kuman sekunder (daripada sumber lain)
    • Tinea incognito: Jangkitan fungus di mana penampilan klinikal telah diubah oleh sesetengah rawatan seperti penggunaan krim steroid. Ia boleh menyebabkan jangkitan merebak secara perlahan-lahan

    3. Perubahan optik

    Steroid juga boleh digunakan sebagai ubat titisan mata. Namun, penggunaan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko mendapat glaukoma, katarak dan hipertensi okular.

    4. Kesan sampingan kulit yang lain

    Kesan sampingan tempatan lain termasuklah:

    Kesan sampingan steroid topikal terhadap sistem badan

    1. Sistem endokrin

    Sistem endokrin tubuh kita bertanggungjawab untuk menghasilkan beberapa hormon untuk fungsi tubuh seperti kortisol.

    Krim steroid yang berkonsentrasi tinggi dan digunakan dalam tempoh yang lebih lama berupaya untuk mengganggu sistem badan kita.

    Bayi dan kanak-kanak lebih berisiko untuk mendapat kesan terhadap sistem badan kerana mereka mempunyai nisbah luas permukaan dan isipadu badan yang lebih tinggi.

    Jika ia mengganggu sistem endokrin, beberapa penyakit yang boleh membawa maut akan berlaku seperti:

    steroid topikal

  • Krisis Addison berkaitan dengan corticosteroid
  • Kelambatan pertumbuhan
  • 2. Sistem metabolik

    Tahukah anda, penggunaan topikal steroid berdos tinggi dalam masa panjang boleh menyebabkan anda mendapat diabetes?

    Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan lonjakan kadar gula dalam darah dengan membuat organ hati rintang terhadap insulin.

    Selain itu, ia juga boleh mengundang masalah tulang seperti mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan struktur tulang.

    3. Sistem ginjal dan elektrolit

    Sistem ginjal juga boleh terlibat dan mengakibatkan tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam darah dan bengkak air yang boleh dilihat pada tangan dan kaki anda.

    Konklusi

    Jika anda mempunyai masalah kulit yang memerlukan steroid topikal, sila berunding dengan doktor anda untuk rawatan lebih lanjut.

    Janganlah cuba untuk merawat diri sendiri kerana kesan sampingannya memudaratkan dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan