Bacaan diastolik rendah bermakna anda mengalami hipotensi. Tetapi bagaimana untuk menentukannya dan mengetahui simptomnya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Bacaan diastolik rendah bermakna anda mengalami hipotensi. Tetapi bagaimana untuk menentukannya dan mengetahui simptomnya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Hipotensi yang juga dipanggil tekanan darah rendah terjadi apabila tekanan darah jatuh mendadak bawah daripada 90/60 mmHg. Hipotensi membuatkan isipadu darah berkurangan disebabkan lemahnya kecutan jantung.
Oleh itu, anda dikira mempunyai tekanan darah rendah sekiranya bacaan tekanan darah anda di bawah 90/60, iaitu;
Hipotensi adalah simptom kepada banyak keadaan perubatan dan memberi banyak kesan kepada kesihatan seseorang terutamanya orang yang sudah berumur.
Selain itu, senaman secara berkala, berdiri terlalu lama ataupun bangun daripada duduk boleh mengurangkan tekanan darah. Ia dipanggil hipotensi postural atau hipotensi ortostatik.
Simptom—simptom hipotensi berlaku apabila bekalan darah ke otak berkurangan. Simptom yang lazim berlaku termasuklah:
Tekanan darah rendah yang kronik tanpa apa-apa simptom selalunya tidak serius.
Keadaannya seperti sesetengah orang yang bersenam secara berkala , mereka mempunyai tekanan darah yang rendah, tetap, tekanan darah yang jatuh secara mendadak boleh menyebabkan kekurangan bekalann darah ke organ-organ penting, terutamanya otak.
Baca juga:
Kekurangan darah boleh menyebabkan kekurangan nutrien kepada banyak organ.
Pesakit yang ada hipotensi selalunya mengalami beberapa simptom yang teruk seperti sinkop, kejutan peredaran darah dan kegagalan nadi.
Banyak sebab yang boleh mengakibatkan hipotensi, antaranya ialah:
Tetapi orang yang sihat juga boleh mengalami kondisi ini juga . Orang yang berumur dan wanita mengandung contohnya , lebih lazim mempunyai hipotensi.
Sesetengah kes, tekanan darah boleh turun secara mendadak. Dalam kes-kes sebegini, ia boleh berpunca dari:
Risiko bagi darah tinggi dan rendah lazimnya meningkat seiring dengan umur.
Aliran darah ke otot-otot jantung dan otak juga akan berkurangan apabila semakin tua, selalunya disebabkan pembinaan plak pada dinding pembuluh darah. Jangkaan kira-kira 10%-20% golongan masyarakat yang berumur lebih 65 tahun mengalami hipotensi.
Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko hipotensi, seperti diuretik, nitrat dan vasdilator.
Risiko-risiko lain termasuklah:
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas hipotensi (tekanan darah rendah)?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi hipotensi, tetapi sebelum anda memulakannya, mintalah pandangan daripada doktor dan jururawat.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai bacaan diastolik rendah, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen