Pendarahan hidung adalah perkara biasa bagi wanita mengandung. Punca hidung berdarah ketika hamil biasanya disebabkan oleh perubahan hormon.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pendarahan hidung adalah perkara biasa bagi wanita mengandung. Punca hidung berdarah ketika hamil biasanya disebabkan oleh perubahan hormon.
Walaupun nampak menakutkan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan selagi si ibu tidak kehilangan banyak darah. Bahkan keadaan ini boleh dirawat di rumah.
Semasa pendarahan, darah boleh mengalir keluar daripada satu atau kedua-dua lubang hidung. Ia boleh menjadi pendarahan berat atau ringan dan bertahan beberapa saat hingga lebih daripada 10 minit.
Jangan terkejut, kerana pendarahan hidung juga boleh berlaku semasa sedang tidur. Anda mungkin berasa cecair mengalir pada bahagian belakang tekak sebelum darah keluar daripada hidung jika berbaring.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa wanita mengandung lebih mudah mengalami pendarahan hidung? Ini kerana saluran darah pada hidung berkembang akibat tekanan aliran darah baharu yang bergerak ke seluruh badan.
Umumnya, bekalan darah meningkat sebanyak 50% semasa hamil. Manakala salur darah pada bahagian hidung pula sangat halus dan mudah pecah.
Bayangkan belon lateks diisi dengan air. Sehingga satu tempoh, belon tersebut tidak boleh berkembang lagi dan akhirnya akan pecah.
Itulah yang berlaku pada saluran darah pada hidung semasa berbadan dua. Perubahan hormon semasa kehamilan boleh mengakibatkan hidung tersumbat dan menyumbang kepada pendarahan hidung.
Istilah perubahan hidung berdarah sebelah kiri atau kanan dipanggil sebagai epistaksis. Ia boleh dirawat dan jarang menyebabkan komplikasi kehamilan.
Perubahan dalam badan boleh menjadi faktor penyumbang kepada pendarahan hidung, seperti:
Semasa mengandung, jumlah darah dalam badan meningkat secara mendadak. Peningkatan jumlah darah ini menyebabkan saluran darah halus dalam lapisan hidung lebih mudah pecah disebabkan tekanan.
Perubahan hormon boleh menyebabkan pelbagai simptom berlaku. Hidung anda mungkin lebih cenderung tersumbat.
Hormon sama yang menebalkan lapisan rahim boleh memberikan kesan kepada membran mukus pada hidung, sekali gus menjadi faktor hidung berdarah saat hamil trimester 3.
Kehamilan juga boleh menyebabkan anda terdedah kepada dehidrasi kerana tubuh memerlukan lebih banyak air.
Jika dehidrasi berlaku, membran mukus dalam hidung menjadi kering dan pecah, sekali gus berlakulah pendarahan.
Salur darah hidung menjadi mudah teriritasi dan meradang jika anda mengalami alahan bermusim atau selesema, kesannya ia lebih senang untuk pecah.
Keadaan yang dipanggil rhinitis kehamilan (bengkak membran mukus dalam hidung) menyebabkan hidung tersumbat, terutamanya pada trimester pertama. Ia juga boleh mengakibatkan pendarahan hidung.
Berikut beberapa langkah untuk menghentikan hidung berdarah ketika hamil:
Elakkan menghembus hidung, membongkokkan badan dan melakukan aktiviti berat sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam selepas pendarahan berlaku.
Lakukan pemeriksaan doktor jika mengalami gejala di bawah:
Hidung berdarah sebelah kiri dan kanan ketika mengandung adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Namun terdapat cara tradisional merawat hidung berdarah yang boleh anda amalkan:
Jika anda berisiko untuk mengalami hidung berdarah ketika hamil, lakukan perkara berikut:
Secara amnya, hidung berdarah ketika hamil bukanlah kecemasan. Walau bagaimanapun, anda harus melakukan pemeriksaan dengan segera jika simptom di bawah berlaku:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen