backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Pemakaian Wanita Hamil Patut ELAK - Ada Juga Tip Berpakaian Selesa Semasa Mengandung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2020

Ini 7 Pemakaian Wanita Hamil Patut ELAK - Ada Juga Tip Berpakaian Selesa Semasa Mengandung

Anda seorang ibu hamil yang ringkas terutamanya dari cara pemakaian.

Namun adakalanya ia mungkin tidak sesuai dengan keadaan anda.

Jom selongkar isu fesyen ibu mengandung.

Fesyen ibu mengandung 

Kehamilan adalah 1 fasa yang menyeronokkan.

Namun dalam masa yang sama anda akan berdepan dengan perubahan dari aspek bentuk badan, khususnya apabila kandungan semakin membesar.

Anda mungkin bukan seorang yang cerewet dalam cara pemakaian.

Tetapi anda masih perlu mengikuti perkembangan fesyen ibu mengandung bersesuaian dengan diri anda.

Ini bagi mengelakkan daripada memakai sesuatu yang tidak bersesuaian dengan keadaan semasa anda.

Sudah tentu ia boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi anda dan juga kandungan.

fesyen-ibu-mengandung-yang-perlu-elakkan

7 cara pemakaian yang harus dielakkan ibu hamil

Seiring dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh, anda perlu cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan fesyen ibu mengandung. 

Berikut senarai cara pemakaian yang patut dielakkan sepanjang kehamilan anda, antaranya:

  1. Seluar ketat
  2. Elakkan daripada memakai seluar yang ketat kerana ia tidak akan membuatkan anda tampak kurus, memandangkan anda kini sedang berbadan dua.

    Lebih memburukkan keadaan seluar ketat juga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa serta memberikan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

    1. Pakaian singkat

    Memakai pakaian yang terlalu singkat juga adalah antara fesyen yang perlu dielakkan.

    Ini kerana ia tidak akan membuatkan anda kelihatan menawan. Sebaiknya, cuba untuk tampil sopan ketika hamil.

    1. Terbelah di depan
    2. Memakai blaus atau sebarang baju yang mempunyai belahan hadapan mungkin akan membuatkan anda tampak menarik ketika belum hamil.

      Namun cara pemakaian ini ketika mengandung pastinya bukan pilihan yang baik.

      1. Pakaian longgar

      Sesetengah wanita hamil lebih gemar memilih fesyen ibu mengandung yang longgar dan besar.

      Biasanya kerana mereka mahu menyembunyikan baby bump.

      Namun, kadangkala pemilihan baju yang terlalu besar sangat tidak bersesuaian, malahan ia mungkin menyebabkan anda kelihatan seperti khemah bergerak. 

      Pakaian yang longgar juga mungkin boleh membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri.

      Jadi apa kata anda memakai pakaian yang cantik dan dapat menaikkan semangat anda ketika sedang hamil.

      1. Pakaian dalam tidak sesuai

      Pakaian dalam seperti seluar dalam atau bra haruslah mengikut saiz betul tidak kira sama ada anda sedang hamil atau tidak.

      Malahan pemilihan pakaian dalam yang betul ketika hamil boleh membantu anda untuk berasa lebih selesa.

      Pakaian dalam yang ketat boleh mewujudkan risiko kepada kandungan dan rasa tidak selesa.

      Manakala seluar dalam yang terlalu longgar pula pastinya membuatkan anda berasa tidak yakin untuk tampil menarik. 

      1. Baju dan seluar pendek

      Yes! Anda mungkin berasa selesa dengan cara pemakaian seperti ini. Tetapi ia bukanlah fesyen ibu mengandung yang sesuai untuk anda. 

      Seluar yang pendek dan kecil serta baju-T bersama perut yang sedang membesar, hanya akan membuatkan anda tampak kelakar. Jadi elakkannya, okay?

      1. Kasut tumit tinggi
      2. fesyen-ibu-mengandung-yang-perlu-elakkan

        Memakai kasut tumit tinggi mungkin dapat memberikan anda rasa keyakinan diri.

        Namun untuk tempoh 9 bulan ini, apa kata ketepikan dahulu kasut kegemaran anda ini? Kenapa?

        Pemakaian kasut yang bertumit tinggi bukan sahaja menyebabkan anda berasa tidak selesa, malahan boleh mendatangkan bahaya.

        Anda terdedah dengan risiko untuk tersadung dan sekali gus boleh mencederakan anda dan kandungan.

        5 tip untuk ibu hamil tampil selesa sepanjang 9 bulan

        Keselesaan cara pemakaian adalah sangat penting ketika anda sedang berbadan dua.

        Berikut 5 tip untuk tampil selesa ketika sedang hamil:

        1. Material kapas

        Pakaian yang diperbuat daripada material kapas adalah sangat sesuai untuk wanita yang sedang hamil.

        Ini kerana material ini dapat menyerap peluh dan membantu kulit untuk bernafas.

        Semasa hamil, akan berlaku perubahan hormon dan ia akan meningkatkan tahap kepekaan kulit.

        Pakaian daripada material kapas juga dapat mengurangkan reaksi alahan ketika hamil.

        1. Pakaian dalam yang bersesuaian

        Semasa mengandung, pinggang serta payudara anda pastinya akan mengalami perubahan saiz dan sudah tentu ia semakin membesar. 

        Maka anda mungkin perlu mendapatkan beberapa pakaian dalam baru.

        Bra dan seluar dalam yang ketat adalah tidak selamat kerana ia boleh menghalang aliran darah dan boleh menyebabkan ketulan.

        1. Masih boleh memakai jeans

        Jika anda adalah penggemar seluar jeans, pastinya anda tidak boleh membayangkan untuk tidak memakainya selama 9 bulan, bukan?

        Bertenang. Anda boleh membeli seluar jeans khas untuk ibu mengandung.

        Ia direka khas untuk memberikan keselesaan kepada perut yang sedang membesar. Ini antara fesyen ibu mengandung yang harus ada!

        cara pemakaian

        1. Legging

        Anda mungkin perlu untuk mendapatkan diri anda beberapa helai legging. Kenapa? Sudah tentu kerana ia dapat memberikan anda keselesaan. 

        Sama seperti memakai jeans, anda boleh memakainya dengan apa sahaja baju seperti blaus atau baju-T.

        Paling penting, pastikan legging anda tidak terlalu ketat atau ia boleh menjejaskan aliran darah.

        1. Gaun maxi

        Gaun maxi atau maxi dress adalah antara fesyen yang selalu dikenakan oleh ibu mengandung.

        Ini kerana ianya memberikan keselesaan dan membolehkan perut anda bernafas. 

        Ia hadir dalam pelbagai pilihan; berbunga, lengan panjang atau tidak berlengan, bergantung kepada citarasa anda.

        Cara pemakaian ini membuatkan ibu hamil tampil ringkas tetapi masih cantik dan bergaya.

        Berhenti membandingkan diri

        Anda mungkin melihat wanita mengandung lain tampak cantik walau memakai apa juga jenis pakaian.

        Tetapi adakah ia perkara penting atau anda patut lebih mengutamakan tentang keselesaan diri?

        Usah membuat sebarang perbandingan atau ia hanya mengakibatkan anda berasa hilang keyakinan diri.

        Sentiasa hargai setiap masa dan perubahan yang dilalui diri anda ketika berbadan dua kerana itu yang paling utama.

        Penafian

        Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



        Disemak secara perubatan oleh

        Dr. Gabriel Tang Pei Yung

        Dokter Umum · Hello Health Group


        Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2020

        ad iconIklan

        Adakah artikel ini bermanfaat?

        ad iconIklan
        ad iconIklan