Setiap Kali Sebelum Haid Mesti Rasa Pening Kepala? Ini Puncanya, #8 SANGAT Mengejutkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/02/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Sebelum haid, ramai wanita akan mengalami kerengsaan kerana perubahan hormon yang mendadak berlaku dalam badan. Kerap kali, pening kepala merupakan aduan yang utama dalam kalangan wanita.

Namun begitu, tidak semua pening kepala berkait rapat dengan haid anda!

Anda perlu tahu bahawa banyak lagi keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kepala pening seperti mengandung, tekanan darah rendah, dehidrasi dan anemia.

Artikel ini akan menyenaraikan 10 punca pening kepala sebelum haid, dan mungkin salah satunya dialami oleh anda sendiri!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Punca pening kepala sebelum haid

Punca pening #1: Sindrom prahaid (PMS)

PMS ialah gabungan tanda-tanda fizikal, emosi dan psikologi yang berhubung kait dengan kitaran haid wanita yang dipengaruhi oleh perubahan hormon.

Rata-rata sebanyak 3 daripada 4 wanita akan mengalami sindrom prahaid. Ia bermula 14 hari sehingga sehari sebelum haid.

Kajian mendedahkan simptom pening kepala semasa PMS adalah biasa kerana perubahan tahap estrogen yang mendadak dalam tubuh.

Punca pening #2: Premenstrual dysphoric disorder (PMDD)

Sebelum Haid

Premenstrual dysphoric disorder (PMDD) atau penyakit kemurungan ialah masalah kesihatan mental yang berkait dengan kitaran haid.

Ia merupakan spektrum yang lebih serius berbanding dengan PMS dan mengganggu kehidupan seharian wanita.

Tanda-tanda PMDD ialah:

  • Kemurungan
  • Gemuruh
  • Keresahan dan ketegangan
  • Mudah tertekan
  • Mood senang berubah mendadak
  • Hilang minat untuk aktiviti biasa
  • Mudah penat dan lesu
  • Perubahan selera makan dan tidur
  • Sakit otot, sendi atau buah dada

Perubahan vaskular sebelum haid mengakibatkan sakit kepala, dan boleh menjadi lebih teruk jikalau anda ada PMDD.

Selalunya, wanita yang mengalami PMDD memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.

Punca pening #3: Senggugut

Senggugut ialah kesakitan di bahagian pelvis atau bawah perut sebelum atau semasa haid.

Kajian menunjukkan senggugut mempengaruhi lebih 60% daripada wanita, dan 1 dalam 10 wanita perlu mendapatkan rawatan kerana senggugut teruk.

Selain itu, sebuah kajian dijalankan di Universiti Cairo mendedahkan 48% responden mengakui mereka mengalami pening kepala ketika senggugut.

Punca pening #4: Mengandung

Perubahan hormon estrogen dan progesterone yang mendadak menyebabkan saluran darah lebih kendur dan terbuka. Justeru, isipadu darah akan berubah dan menjadi rendah.

Isipadu darah yang rendah mengakibatkan tekanan darah rendah terjadi, lantas membuatkan anda pening kepala.

Namun, ingatlah bahawa pening kepala bukanlah satu-satunya tanda awal mengandung. Selalunya seorang wanita akan mengalami tanda-tanda lain seperti loya dan muntah di awal pagi.

Punca pening #5: Anemia

Anemia merupakan satu keadaan di mana bilangan sel darah merah tidak mencukupi untuk membekalkan oksigen bagi keperluan sel-sel dalam tubuh.

Selalunya, anemia kekurangan zat besi acapkali terjadi semasa kedatangan haid lebat. Anda akan merasa pening kerana kekurangan bekalan oksigen untuk keperluan fisiologi tubuh anda.

Punca #6: Tekanan darah rendah

Tekanan Darah

Tahap estrogen yang tinggi mampu menyebabkan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening.

Tahap estrogen selalunya memuncak seminggu sebelum kedatangan haid, jadi rasa pening ialah normal.

Punca #7: Hipoglisemia

Hipoglisemia ialah keadaan di mana kadar glukosa dalam darah adalah lebih rendah daripada paras normal. Salah satu simptom hipoglisemia ialah pening.

Ini adalah kerana estrogen juga mampu mengawal kadar glukosa dalam darah anda.

Punca #8: Menstrual migraine

Perubahan hormon sebelum kedatangan haid menyebabkan sesetengah wanita mengalami migrain. Keadaan ini dikenali sebagai menstrual migraine.

Terdapat banyak punca haid migrain namun kajian mendedahkan ia boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seperti serotonin.

Punca #9: Ubat-ubatan

Pening kepala

Banyak ubat yang ada pening kepala sebagai kesan sampingan seperti antibiotik, ubat lawas kencing, ubat bius dan sebagainya.

Namun tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan, rata-rata hanya 20-30% individu yang mengalami pening kepala.

Oleh itu, pekalah tentang kesan sampingan ubat terhadap diri anda untuk mengurangkan pening sebelum haid.

Punca #10: Masalah kesihatan lain

Terdapat banyak masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan pening kepala, tetapi tidak berkait rapat dengan haid anda. Sebagai contoh:

  • Migrain kronik
  • Infeksi dalam telinga (labyrinthitis)
  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
  • Meniere’s disease

Konklusinya, banyak punca pening kepala sebelum haid merupakan perubahan fisiologi badan. Ia berlaku seketika sahaja dan selalunya tidak memudaratkan kesihatan.

Jika anda khuatir atau simptom menjadi lebih teruk, sila dapatkan khidmat rawatan perubatan daripada doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

Ramai wanita mengalami perut kembung terutamanya ketika haid. Namun, berita baik bagi kaum Hawa kerana simptom ini sebenarnya dapat dikurangkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Fibroid Rahim, Kesihatan Wanita 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Rasa Kejang Atau Sakit Setiap Kali Haid? Jangan Risau, Cuba Buat 11 Cara Ini!

Rasa kejang atau sakit ketika haid adalah perkara biasa ketika datang bulan. Jika terlalu teruk, boleh cuba 11 cara ini untuk mengurangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Haid, Kesihatan Wanita 01/04/2019 . 3 minit bacaan

PMS Menjejaskan Produktiviti Kerja, Bagaimana Menguruskannya?

Sindrom Prahaid (PMS) ditakrifkan sebagai pengulangan kitaran simptom fizikal, psikologi, atau tingkah laku yang muncul selepas ovulasi dan diselesaikan dengan permulaan haid. Simptom-simptom ini cukup teruk untuk ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 14/03/2019 . 2 minit bacaan

Normal Ke Kalau Perut Kembung Ketika Haid? Cuba 7 Cara Atasinya Ini Di Rumah!

Masalah perut kembung ketika haid atau senggugut sering menghantui wanita di seluruh dunia. Kami kongsikan punca senggugut ketika haid dan 7 cara atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita, Kesihatan Wanita Lain 22/01/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rasa gelisah

Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
pening kepala

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
tanda-tanda kehamilan atau PMS

Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan