Pernahkah anda merasa sukar untuk berfikir dengan jelas, mudah lupa, atau cepat letih walaupun tidak melakukan kerja berat? Jangan terkejut, ini mungkin tanda kurang air dalam badan!
Ramai yang tidak sedar bahawa dehidrasi bukan sekadar membuatkan kita dahaga, tetapi juga boleh ‘mengeringkan’ keupayaan otak kita untuk berfungsi dengan lebih baik.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan air dalam badan boleh mengganggu daya tumpuan, ingatan dan keputusan yang kita lakukan setiap hari.
Sempena Hari Air Sedunia, jom kita fahami kesan kurang air dalam badan terhadap fungsi otak serta cara mengatasinya agar minda kekal cerdas dan tubuh sentiasa bertenaga!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Kaitan antara air dan fungsi kognitif
Otak manusia terdiri daripada kira-kira 75% air, menjadikannya sangat bergantung kepada keseimbangan cecair dalam badan untuk berfungsi dengan baik.
Apabila tubuh mengalami dehidrasi, kandungan air dalam otak akan berkurangan.
Ini boleh menyebabkan pelbagai kesan kurang air dalam badan dan menganggu fungsi kognitif seperti:
- Penurunan daya tumpuan – Kajian menunjukkan bahawa kehilangan cecair sebanyak 1-2% dari berat badan boleh menyebabkan gangguan tumpuan dan keupayaan untuk memproses maklumat dengan lebih cekap
- Kemerosotan daya ingatan – Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan ingatan jangka pendek terganggu, menjadikan seseorang lebih pelupa dan sukar untuk mengingat maklumat baharu
- Kesukaran membuat keputusan – Dehidrasi memberi kesan kepada kejelasan pemikiran, menjadikan individu lebih cenderung untuk membuat keputusan yang kurang tepat atau lambat dalam bertindak
- Mood dan emosi terganggu – Dehidrasi juga dikaitkan dengan perubahan mood, seperti mudah marah, cemas dan kemurungan ringan
Tanda kurang air dalam badan yang perlu diperhatikan

Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami dehidrasi kerana mereka tidak merasa dahaga.
Oleh itu, penting untuk mengenali tanda-tanda kurang air dalam badan, antaranya adalah:
- Mulut dan bibir kering
- Rasa pening atau sakit kepala
- Keletihan yang berpanjangan
- Air kencing berwarna kuning pekat
- Denyutan jantung yang lebih laju
- Kulit kering
Jika anda mengalami mana-mana tanda-tanda dehidrasi pada dewasa ini, segera minum air bagi mengembalikan keseimbangan cecair dalam badan.
Bagaimana dehidrasi berlaku?

Tanda kurang air dalam badan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, termasuk:
- Pengambilan air yang tidak mencukupi – Ramai yang tidak mengambil air secukupnya setiap hari, terutama mereka yang sibuk dengan kerja atau tidak suka minum air kosong.
- Cuaca panas dan aktiviti fizikal – Suhu yang tinggi dan aktiviti fizikal yang berlebihan menyebabkan badan kehilangan lebih banyak cecair melalui peluh.
- Kesan penyakit atau ubat-ubatan – Demam, cirit-birit, muntah dan pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan kehilangan air yang tinggi dalam badan.
- Pengambilan kafein atau alkohol berlebihan – Minuman seperti kopi dan alkohol bersifat diuretik, yang meningkatkan kekerapan membuang air kecil dan boleh mempercepatkan tanda kurang air dalam badan.
Keperluan air setiap individu bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, berat badan, tahap aktiviti fizikal dan keadaan cuaca.
Namun, secara umum, garis panduan berikut boleh dijadikan rujukan:
- Dewasa: Sekurang-kurangnya 8 gelas air (2 liter) sehari
- Kanak-kanak: 4-6 gelas air sehari bergantung pada umur
- Individu yang aktif: Mungkin memerlukan 3 liter atau lebih, bergantung kepada tahap aktiviti dan kadar peluh
- Wanita hamil atau menyusukan anak: Disarankan minum sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari untuk menampung keperluan tambahan badan
Jika ia berwarna kuning pekat, itu tanda bahawa anda perlu minum lebih banyak air.

Bagaimana pula cara mengatasi kurang air dalam badan?
Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan fungsi otak berada pada tahap optimum, anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Minum air secukupnya – Disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau lebih jika anda berada dalam cuaca panas atau melakukan aktiviti berat
- Makan makanan yang kaya dengan air – Buah-buahan seperti tembikai, oren dan strawberi serta sayuran seperti timun dan saderi boleh mencegah tanda kurang air dalam badan
- Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol – Hadkan jumlah kopi dan minuman beralkohol bagi mengelakkan kesan kurang air dalam badan
- Gunakan aplikasi pemantauan air – Jika sukar untuk mengingat minum air, gunakan aplikasi khas yang dapat mengingatkan anda untuk minum pada selang masa tertentu
- Peka kepada tanda-tanda dehidrasi pada dewasa dan kanak-kanak – Latih diri untuk mengenali tanda kurang air dalam badan supaya anda boleh mengambil tindakan segera sebelum ia memberi kesan serius
Kesimpulan
Air bukan sekadar keperluan asas untuk menghilangkan dahaga, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan otak berfungsi dengan lebih baik.
Dehidrasi boleh menyebabkan kesan kurang air dalam badan seperti masalah daya tumpuan, ingatan yang lemah serta menganggu kesejahteraan emosi kita.
Sempena Hari Air Sedunia, marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan tubuh sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.
Ingat, otak yang cerdas bermula dengan tubuh yang terhidrat!
[embed-health-tool-bmi]