Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Keinginan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba atau kerap dan ketidakupayaan mengawal pundi kencing merupakan masalah berkaitan inkontinen urin.

Umumnya, situasi ini boleh dialami sesiapa sahaja. 

Ia bukanlah satu masalah serius. Namun, sudah tentu lebih baik jika anda boleh mengenal pasti jenis, punca dan cara untuk merawatnya. 

Pencetus inkontinen urin

Masalah ini biasanya berlaku apabila otot dan saraf – berperanan membantu pundi kencing menahan dan membuang air kecil – menjadi lemah atau tidak berfungsi sebaiknya.

Selain itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mencetuskan inkontinen urin ini seperti:

pundi kencing

6 keadaan pundi kencing punca inkontinen urin

Keadaan melibatkan pundi kencing ini boleh dikategorikan kepada 6 jenis yang bergantung kepada gejala dan tahap keterukannya: 

1. Inkontinen stres

Ia merujuk pada tekanan ke atas pundi kencing, yang menyebabkan kebocoran saluran kencing.

Kebocoran mungkin berlaku akibat batuk, bersin atau ketawa. Pergerakan mendadak seperti membongkok, mencangkung, dan mengangkat barang juga boleh menyebabkan kebocoran saluran kencing.

Keadaan ini turut berlaku kerana penuaan – wanita menopaus, lelaki yang menjalani pembedahan dan pada individu dengan keadaan paru-paru teruk.

2. Pundi kencing terlalu aktif 

Keadaan di mana wujud keinginan dan kekerapan kencing walaupun pundi kencing tidak penuh. 

Ia berlaku kerana pengecutan otot pundi kencing (detrusor) yang tidak terkawal dan individu yang mengalami keadaan ini kebocoran air kencing.

3. Retensi dan kencing melimpah

Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing secukupnya. 

Ia mungkin kerana halangan aliran keluar air kencing yang biasanya disebabkan oleh tumor, batu karang pundi kencing, dan tisu parut.

4. Inkontinen Fungsi

inkontinen urin

Kesukaran untuk sampai dan menggunakan tandas akibat daripada masalah pergerakan fizikal, kekeliruan, masalah komunikasi dan kemurungan.

5. Inkontinen refleks

Pengaliran air kencing yang tidak dijangka kesan penguncupan otot-otot detrusor pundi kencing.

Individu dengan masalah ini mungkin akan mengeluarkan air kencing lebih banyak berbanding mereka dengan pundi kencing terlalu aktif.

6. Kombinasi inkontinen

Merujuk kepada seseorang yang mengalami dua gejala yang berbeza daripada dua jenis inkontinen urin.

Langkah pencegahan

Berikut adalah beberapa tip mengenai cara mengurangkan dan mencegah inkontinen urin untuk kesejahteraan hidup anda:

masalah pundi kencing

Pilihan rawatan inkontinen urin

Doktor anda boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai dengan masalah dan keperluan anda, seperti:

1. Terapi tingkah laku

Ini dapat membantu mengehadkan perkara yang selalu anda lakukan sehingga mengakibatkan masalah inkontinen.

Ahli terapi mungkin akan mengajar cara mengawal pundi kencing sehingga anda dapat membuang air kecil tanpa mengakibatkan kebocoran.

2. Senaman pelvis

Turut dikenali sebagai senaman Kegel. Ia dapat membantu meningkatkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan masalah pundi kencing aktif.

3. Masukkan ke dalam faraj (pessary)

Pessary menyokong uretra untuk mengelakkan kebocoran. Ini disarankan kepada wanita yang mengalami masalah inkontinen stres.

senaman kegel

4. Suntikan

Sejumlah bahan sintetik akan disuntikkan ke dalam uretra untuk menebalkan dindingnya dan mengetatkannya untuk mengurangkan kebocoran.

5. Botox

Botulinum toxin type A atau botox dapat melonggarkan otot pundi kencing bagi penghidap pundi kencing yang terlalu aktif. 

Botox membantu mengurangkan kekerapan keinginan untuk membuang air kecil.

6. Perangsang saraf

Sekiranya inkontinen urin terjadi akibat kerosakan saraf, jadi perangsang saraf dapat membantu mengurangkan keinginan kencing anda yang kerap.

Peranti ditanam di bawah kulit pinggul atau punggung anda dan akan menghantar impuls elektrik ke saraf untuk mengawal otot pundi kencing dan mengurangkan rasa ingin terkencing.

7. Prosedur sling

Pembedahan yang dapat membantu mengurangkan inkontinen stres adalah prosedur sling.

Doktor melakukan prosedur dengan membuat sling menggunakan bahan semula jadi atau sintetik di sekitar uretra untuk memberi sokongan.

Kesimpulan

Pencegahan segera bagi mengelakkan masalah inkontinen urin anda semakin teruk adalah dengan cara mengetahui punca penyebabnya. 

Sekiranya berjaya mengetahui dan menentukan penyebabnya, maka lebih mudah bagi anda dan doktor untuk mencari jalan untuk memperbaiki masalah yang dialami. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

Kopi panas sememangnya sejenis minuman yang popular di seluruh dunia. Minuman kopi ini juga dikatakan boleh menurunkan risiko kanser, betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Kolorektal 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri sudah diketahui. Tetapi benarkah susu badan kurangkan risiko obesiti pada si manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

Obesiti boleh dikategorikan sebagai penyakit kronik yang kini didiagnosis dalam kalangan 650 juta orang dewasa di seluruh dunia. Ini kesannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Obesiti, Pemakanan Sihat 30/12/2020 . 4 minit bacaan

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Anda kerap membuang air kecil tapi tidak tahu sebab kerap kencing bagi lelaki? Jom klik artikel ini untuk tahu punca dan cara selesaikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
tanda sepsis

Maut Disebabkan Terkena Jangkitan Saluran Kencing? Tak Mustahil Terjadi Jika Alami Keadaan Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan berkafein

Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
minum kopi

Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan