backup og meta

Nak Kelihatan Cantik Sampai Sanggup Cucuk Vitamin C? Stop, Bahaya Untuk Kesihatan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    Nak Kelihatan Cantik Sampai Sanggup Cucuk Vitamin C? Stop, Bahaya Untuk Kesihatan!

    Lumrah bagi wanita untuk obses terhadap kecantikan lantas golongan Hawa sanggup berhabis ribuan ringgit dalam usaha mencantikkan diri dan ini termasuklah trend hangat masa kini iaitu suntikan vitamin C.

    Kemunculan pelbagai produk kecantikan di negara ini bak cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pengguna memandang remeh soal kandungan bahan sesuatu produk.

    Apa yang penting bagi kebanyakan mereka ialah hasil pantas terhadap kulit wajah tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan mengambil kira kandungan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

    Lebih menakutkan apabila melihat trend wanita yang begitu taksub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, yang mana membuatkan suntikan vitamin C cukup popular!

    Kenali apa itu vitamin C!

    suntikan vitamin c

    Vitamin C adalah nutrien penting dalam makanan kita. Ia mempunyai banyak peranan dan fungsi penting untuk sistem imun tubuh badan, termasuklah:

    • Proses penyembuhan luka
    • Mencegah kerosakan sel
    • Membina kolagen
    • Menghasilkan bahan kimia yang disebut neurotransmitter

    Vitamin C juga oleh didapati dalam banyak makanan, terutamanya:

    • Buah sitrus dan jus
    • Lada merah dan hijau
    • Brokoli
    • Strawberi
    • Brussels

    Anda juga boleh mendapatkan vitamin C dari makanan tambahan seperti suplemen. Makanan tambahan vitamin C boleh didapati dalam pelbagai bentuk:

    • Tablet oral
    • Tablet kunyah

    Suntikan vitamin C juga boleh didapati dengan bentuk suntikan. Vitamin C yang disuntik akan dimasukkan ke dalam vena (intravena), ke otot (intramuskular), atau di bawah kulit (subkutan).

    Kesan jika anda terlebih suntik

    Suntikan vitamin C adalah salah satu kaedah yang dianggap cukup berkesan sehingga keperluan nutrisi dan vitamin harian anda dapat dipenuhi.

    Lebih-lebih lagi, dalam keadaan tertentu, seperti sakit, luka mulut, atau menjalani proses pemulihan, suntikan vitamin ini ternyata sangat membantu.

    Sebenarnya, kaedah ini cukup berkesan kerana tidak perlu melalui proses pencernaan dan diserap secara langsung oleh darah anda.

    Walau bagaimanapun, jangan menolak bahawa adanya kesan sampingan daripada risiko menyuntik vitamin C.

    Jika anda menggunakan vitamin C lebih daripada dos yang selamat, tentu akan ada kesan sampingan daripada pengambilan berlebihan pada vitamin C.

    suntikan vitamin c

    Prehypertension adalah keadaan ketika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi masih dalam jumlah normal.

    Di samping itu, terdapat beberapa kesan sampingan lain yang boleh berlaku sekiranya berlebihan vitamin C, seperti:

    • Muntah
    • Loya
    • Pedih ulu hati
    • Sakit kepala
    • Kekejangan perut
    • Insomnia

    Risiko daripada suntikan vitamin C

    Bagi anda yang ingin menyuntik vitamin C dalam dos yang tertentu, anda harus berjumpa doktor terlebih dahulu.

    Ini supaya anda mengetahui risiko apa yang mungkin berlaku semasa pengambilan suntikan vitamin ini.

    Selain itu, vitamin C juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan yang anda makan.

    Sekiranya vitamin C yang anda gunakan terlalu tinggi, badan anda akan menyerap terlalu banyak zat besi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

    Tambahan lagi, jika anda mempunyai anemia, suntikan vitamin ini dalam dos yang tinggi dapat menimbulkan risiko hemolisis.

    Ini terbukti melalui sebuah kajian daripada Case Reports in Medicine yang menunjukkan bahawa menyuntik vitamin C dalam keadaan ini dapat meningkatkan risiko hemolisis.

    Interaksi antara vitamin C dan ubat lain

    Vitamin C boleh berinteraksi dengan beberapa ubat lain dan ini juga menjadikan air kencing anda lebih berasid.

    Dalam beberapa kes, ini dapat mengubah cara tubuh anda menyingkirkan ubat-ubatan tertentu  yang diambil.

    Ini dapat mengubah kesan beberapa ubat dalam tubuh anda dan mengakibatkan penurunan keberkesanan atau peningkatan kesan sampingan.

    suntikan vitamin c

    Antara ubat-ubatan yang berpotensi untuk terganggu oleh kehadiran vitamin C:

    • Fluphenazin (Prolixin)
    • Magnesium salisilat (Novasal)
    • Mexiletine (Mexitil)
    • Salsalate

    Dos yang selamat untuk anda ambil

    Setelah menyedari akan kesan sampingan dan risiko yang boleh disebabkan oleh suntikan vitamin C, ada baiknya untuk anda tahu berapakah dos vitamin ini yang selamat.

    Kebiasaannya, dos suntikan vitamin ini untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin ini adalah 200 mg sekali sehari selama seminggu.

    Sekiranya anda menggunakannya untuk menyembuhkan luka, dos penggunaannya adalah 1 gram sekali sehari selama 5 hingga 21 hari rawatan.

    Sekiranya anda mempunyai keraguan, tanyalah doktor anda untuk mendapat penjelasan yang lebih baik mengenai dos suntikan vitamin C yang bersesuaian untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan