home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sekatan saluran keluar pundi kencing

Definisi|Simptom-simptom|Punca|Faktor-faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan|Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Definisi

Apa itu Sekatan saluran keluar pundi kencing?

Sekatan saluran pundi kencing (BOO) adalah sekatan pada bahagian bawah pundi kencing. Ia mengurangkan dan menghalang aliran air kencing ke dalam uretra – tiub yang membawa keluar air kencing daripada badan.

Apakah kebarangkalian Sekatan saluran keluar pundi kencing?

Keadaan ini sering berlaku pada lelaki yang telah berusia. Ia selalunya disebabkan oleh BPH. Batu karang pundi kencing dan kanser pundi kencing juga antara yang sering dilihat berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sekatan saluran keluar pundi kencing?

Simpom-simptom biasa bagi sekatan keluar pundi kencing adalah:

  • Sakit abdomen.
  • Sentiasa rasa pundi kencing penuh.
  • Kerap kencing.
  • Sukar untuk kencing (penahanan urinari akut).
  • Sakit ketika kencing (disuria).
  • Masalah ketika mahu mula untuk kencing (teragak-agak; urinary hesitancy).
  • Aliran air kencing perlahan.
  • Jangkitan saluran urinari.
  • Aliran air kencing yang mula dan berhenti (keterputus-putusan urinari) .
  • Bangun pada waktu malam untuk kencing (nokturia).
  • Mual, letih, dan penahanan cecair jika kegagalan buah pinggang berlaku.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sekatan saluran keluar pundi kencing?

Punca-punca biasa bagi sekatan saluran keluar pundi kencing (BOO) termasuk:

  • Hiperplasia kelenjar prostat benigna (BPH), atau kelenjar prostat membesar.
  • Batu karang pundi kencing.
  • Ketumbuhan pundi kencing (kanser).
  • Ketumbuhan pelvik (servik, prostat, uterus, rektum).
  • Striktur uretra.

Punca-punca yang kurang berlaku termasuk:

  • Sistosele (apabila pundi kencing masuk ke dalam vagina).
  • Objek bendasing.
  • Ijap uretral posterior (kecacatan sejak lahir bagi lelaki).
  • Kekejangan uretra.
  • Diverticula uretra.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sekatan saluran keluar pundi kencing?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sekatan keluar pundi kencing, seperti:

Umur: Semakin lanjut usia seseorang lelaki, semakin tinggi peluang untuknya mengalami penyakit ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sekatan saluran keluar pundi kencing didiagnosis?

BOO boleh disyaki sekiranya terdapat ketumbuhan abnormal pada abdomen atau pundi kencing menjadi lebih besar daripada biasa. Selain itu, lelaki yang mempunyai kelenjar prostat yang membesar atau wanita yang mempunyai sistosele (pundi kencing prolaps) boleh didiagnosis dengan BOO.

Ujian-ujian yang dilakukan termasuk:

  • Ujian darah bagi memeriksa kerosakan buah pinggang.
  • Mengkultur urin bagi ujian untuk jangkitan.
  • Ultrasound buah pinggang dan pundi kencing bagi mencari di mana sekatan urin berlaku.
  • Ujian urin bagi mencari darah di dalam urin.
  • X-ray bagi mencari saluran uretra yang mengecil.

Bagaimana pesakit Sekatan saluran keluar pundi kencing dirawat?

Rawatan bagi sekatan saluran pundi kencing bergantung kepada punca masalah. Bagi kebanyakan kes, tiub yang dipanggil kateter dimasukkan melalui uretra ke dalam pundi kencing. Kateter akan melegakan sekatan ini.

Kadang kala kateter suprapubis (tiub yang dimasukkan melalui kawasan perut ke dalam pundi kencing) diperlukan bagi mengalir keluar pundi kencing.

Pembedahan selalunya diperlukan bagi rawatan jangka panjang sekatan saluran keluar pundi kencing. Walau bagaimanapun, banyak penyakit yang menyebabkan masalah ini boleh dirawat dengan ubat. Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda mengenai rawatan-rawatan yang boleh dilakukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sekatan saluran keluar pundi kencing ?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Bladder Outlet Obstruction

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/bladder-outlet-obstruction  Accessed October 30, 2017

Bladder outlet obstruction

https://medlineplus.gov/ency/article/002238.htm Accessed October 30, 2017

Bladder Outlet Obstruction

http://www.nytimes.com/health/guides/disease/bladder-outlet-obstruction/overview.html  Accessed October 30, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fariha Zakaria Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x