Baca juga:
Apa yang menyebabkan UTI pada wanita

Anda mungkin pernah mendengar bahawa wanita harus mengelap dari depan ke belakang. Pepatah lama ini sebenarnya merupakan cara untuk mencegah UTI. Ia lebih masuk akal apabila anda melihat anatomi uretra, faraj dan dubur.
Uretra, tiub yang membawa air kencing keluar dari tubuh, terletak berhampiran faraj dan dubur. Sebab itu, mengelap dari depan ke belakang boleh menghalang bakteria dan kuman dari faraj dan dubur menjangkiti uretra.
Dari uretra, jangkitan boleh bergerak ke pundi kencing dan menjangkiti organ dalaman. Uretra pada wanita jauh lebih pendek berbanding lelaki, oleh itu bakteria dan kuman boleh bergerak dengan lebih cepat.
Selain bakteria yang datang dari dubur, beberapa aktiviti lain dapat menyebabkan jangkitan saluran kencing wanita.
1. Seks
Ya, seks boleh menyebabkan UTI. Ini adalah kebenaran yang menyedihkan, tetapi pergerakan daripada seks boleh memindahkan bakteria dari faraj atau dubur ke uretra.
Tip yang baik untuk mengelakkan UTI daripada seks adalah membuang air kecil dalam masa 30 minit selepas hubungan seks juga menurunkan risiko ini dari terjadi.
2. Sembelit dan cirit-birit
Sembelit menyebabkan lebih sukar bagi pundi kencing anda untuk mengosongkan urin. Oleh itu, urin dan semua bakteria di dalamnya terperangkap dalam tubuh anda. Bakteria kemudian tumbuh dan menyebabkan jangkitan.
Diarrhea juga boleh meningkatkan risiko UTI. Cirit-birit mengakibatkan najis cair/longgar. Ini mewujudkan peluang bagi bakteria untuk membuat jalan masuk ke dalam uretra anda dengan mudah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen