Antara simptom-simptom mania adalah berlakunya peningkatan tenaga, menjadi agresif, tidak berasa letih, banyak melakukan aktiviti lain, berfikir yang bukan-bukan bahkan menjadi mudah marah.
#3. Faktor risiko yang berbeza
Sesiapa sahaja boleh mengalami kemurungan.
Namun, risiko tersebut akan semakin meningkat jika anda mengalami sebarang kesakitan yang serius atau mempunyai sejarah kemurungan dalam kalangan ahli keluarga yang lain.
Selain itu, risiko juga meningkat daripada faktor psikologi atau persekitaran.
Manakala bagi penghidap gangguan bipolar, punca utama ia berlaku adalah tidak diketahui.
Simptom-simptom bipolar juga mungkin lebih disedari ketika waktu remaja atau awal dewasa.
Selain itu, mereka yang mempunyai bipolar juga berkemungkinan untuk mengalami perkara yang lain seperti fobia sosial, gangguan keresahan, dan juga gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).
#4. Mengesan kemurungan dan penyakit bipolar
Bagi mereka yang mempunyai gangguan bipolar, pengesanan atau diagnosis mungkin agak sukar untuk dilakukan disebabkan oleh kesukaran menentukan sebarang faktor mania dalam diri anda.
Sekiranya doktor tidak menyedari sebarang simptom-simptom mania yang wujud, doktor mungkin menganggap bahawa anda sedang mengalami kemurungan dan bukannya bipolar.
Untuk memastikan agar diagnosis dilakukan dengan tepat, anda perlu menceritakan segala sejarah perubatan dan ubatan yang sedang atau pernah anda ambil sebelum ini.
Nyatakan juga sekiranya anda pernah terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah atau sebagainya.
Dengan cara ini, doktor akan dapat menentukan dengan lebih tepat apakah sebenarnya yang sedang anda alami.
#5. Cara merawat kemurungan atau gangguan bipolar

Bagi mereka yang menghidap kemurungan, ubat antikemurungan biasa digunakan sebagai pilihan rawatan utama.
Selain itu, terapi perbualan juga merupakan salah satu daripada pilihan rawatan yang tersedia. Ada juga jenis kemurungan yang mungkin memerlukan gabungan rawatan antara ubat-ubatan dan juga psikoterapi.
Manakala bagi penghidap bipolar, doktor akan menggunakan ubatan penstabil mood untuk merawat gangguan tersebut.
Ubat antikemurungan tidak digunakan untuk merawat masalah bipolar kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Selain itu ubat penstabil mood juga mungkin digunakan untuk merawat gangguan lain seperti PTSD dan gangguan keresahan.
Kesimpulan
Namun begitu, terdapat satu persamaan antara kedua-dua gangguan ini iaitu keduanya tidak dapat dielakkan.
Namun, anda boleh belajar untuk mengetahui tanda awal atau simptom bagi gangguan bipolar mahupun kemurungan.
Berbincang dengan doktor agar episod yang berlaku tidak menjadi bertambah buruk dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan kualiti hidup anda.