backup og meta

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

Tahukah anda, apakah cara mengatasi kencing kotor dan hilangkan simptom disebabkan oleh penyakit ini?

Jangkitan saluran kencing atau UTI merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan penghidapnya.

Tanda kencing kotor seperti kencing tidak lawas, berbau busuk dan kadangkala sakit ketika membuang air boleh buat sesiapa sahaja jadi tidak keruan.

UTI merupakan sejenis jangkitan yang amat lazim berlaku terutamanya dalam kalangan wanita. Disebabkan perkara ini melibatkan alat sulit, ramai yang rasa sukar untuk bercakap mengenainya di hadapan doktor.

Jika anda kerap mengalami UTI yang berulang, anda mungkin perlu lakukan beberapa perubahan dari segi kebersihan diri dan gaya hidup.

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan sebagai cara mengatasi penyakit kencing kotor. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang petua hilangkan sakit ketika kencing, mari baca tip berkenaan cara pencegahan yang kami berikan di bawah. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Jangkitan Saluran kencing, sila dapatkannya di sini.

Cara mengatasi kencing kotor

cara mengatasi kencing kotor
Petua mengatasi masalah kencing kotor.

Penyakit kencing kotor kadangkala tidak dapat diatasi walau apa pun yang anda lakukan kerana sukar dielakkan. Jika anda kerap mengalami jangkitan saluran kencing, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Namun, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi kencing kotor.

Di bawah, kami kongsikan 6 petua hilangkan sakit ketika kencing khas untuk anda.

1. Cara mengatasi kencing kotor: Minum air dengan cukup

Minum banyak air adalah salah satu petua hilangkan sakit ketika kencing yang paling berkesan. Amalan ini dapat membuatkan anda membuang air lebih kerap dan membantu mengeluarkan bakteria dari saluran kencing.

Walaupun anda boleh minum apa sahaja air yang disukai, namun air kosong merupakan pilihan terbaik untuk elak UTI. Minum sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari sudah memadai untuk memenuhi keperluan air badan sepanjang hari.

Jika anda mempunyai masalah untuk minum air kosong, cuba tambahkan makanan untuk kencing kotor seperti oren atau limau ke dalam air minuman. 

Selain itu, anda juga boleh sediakan sesuatu yang sihat seperti:

  • jus
  • smoothie buah-buahan
  • teh herba
  • susu

Tetapi, jangan ambil minuman yang mengandungi kafein atau alkohol terlalu banyak! Kedua-dua minuman ini merupakan sejenis diuretik yang boleh mengakibatkan iritasi pada pundi kencing.

2. Minum jus kranberi, antara petua hilangkan sakit ketika kencing

cara mengatasi kencing kotor
Jus kranberi merawat jangkitan saluran kencing.

Salah satu petua hilangkan kencing pedih perempuan paling popular adalah dengan mengamalkan pengambilan jus kranberi. Walau bagaimanapun, sejauh mana pengambilan jus ini dapat elakkan UTI, ia masih lagi tidak dapat disahkan.

Kranberi mengandungi sejenis bahan aktif yang dikenali sebagai A-type proanthocyanidins yang dapat menghalang pelekatan bakteria pada permukaan pundi kencing, lebih-lebih lagi bakteria E. coli.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dijalankan mendapati jus kranberi dan juga suplemen tidak mengandungi bahan aktif ini secukupnya. 

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Juthani-Mehta, Van Ness dan Bianco selama 1 tahun, mereka mendapati pengambilan kapsul kranberi dalam kalangan wanita berusia di rumah orang-orang tua tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi kewujudan bacteriuria plus pyuria.

Walau bagaimanapun, risiko pengambilan jus kranberi untuk menangani punca kencing kotor adalah sangat kecil.

Malah, jika anda ingin mengamalkan jus kranberi sebagai diet anda, ada banyak lagi kebaikan lain yang boleh diperoleh selain cara mengatasi kencing kotor. 

Cara mengatasi kencing kotor 3: Lap kemaluan dari depan ke belakang

Disebabkan bakteria E. coli banyak terdapat di kawasan dubur, penting untuk kita mengamalkan cara betul mengelap kemaluan lebih-lagi bagi kaum Hawa yang mempunyai uretra lebih pendek berbanding lelaki.

Sama juga ketika anda datang bulan. Pastikan tuala wanita sentiasa ditukar untuk mengelakkan jangkitan. Selain itu, jangan sesekali gunakan sebarang penyembur atau deodoran pada kawasan intim.

Pastikan anda sentiasa mengelap kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Amalan ini akan mengurangkan risiko untuk E. coli daripada rektum untuk memasuki saluran kencing dan menyebabkan jangkitan.

Jika mengalami cirit-birit, pastikan anda cuci kawasan kemaluan dengan rapi.

Kesukaran untuk mengawal pergerakan usus ketika mengalami cirit birit boleh meningkatkan risiko anda untuk menyebarkan E. coli ke dalam saluran uretra.

4. Cara mengatasi kencing kotor: buang air selepas melakukan hubungan seks

Amalan membuang air selepas melakukan hubungan seks dapat membantu mengurangkan risiko UTI.

Membuang air selepas melakukan hubungan seks dapat mengeluarkan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing.  

Selain itu, anda juga boleh membasuh kemaluan sebelum dan selepas melakukan seks.

Dengan menjaga kebersihan kemaluan anda, bakteria yang boleh menyebabkan UTI lebih sukar untuk memasuki saluran uretra.

Sebelum melakukan seks, minum segelas air terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuang air.

5. Petua hilangkan sakit ketika kencing: elakkan memakai produk punca iritasi

cara mengatasi kencing kotor
Punca iritasi berlaku pada alat sulit.

Antara cara mengatasi kencing kotor adalah dengan mengelakkan memakai produk yang boleh menyebabkan iritasi pada alat sulit.

Sebagai contoh, tuala wanita atau tampon yang berbau wangi, bedak dan penyembur deodoran yang boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria pada kawasan vagina.

Tinggalkan juga amalan meruang. Amalan ini bukan sahaja tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Pemakaian produk yang tidak sesuai dan amalan meruang boleh merubah pH semula jadi pada kawasan kemaluan. Ini juga merupakan jangkitan saluran UTI berlaku, bacterial vaginosis dan jangkitan yis.

Vagina merupakan tempat tinggal bagi 50 spesis microorganisma yang berbeza. Microorganisma ini bertanggungjawab mengekalkan kesihatan alat sulit dan memastikan pH sentiasa berada dalam keadaan seimbang.

Oleh sebab itu, hati-hati jika anda ingin menggunakan sebarang produk.

Sekiranya boleh menyebabkan iritasi, elakkan menggunakan produk tersebut di masa hadapan sebagai petua hilangkan sakit ketika kencing.

6. Tukar alat pencegah kehamilan sebagai petua hilangkan sakit ketika kencing

Tukar alat pencegah kehamilan juga boleh menjadi cara mengatasi kencing kotor. Ada beberapa jenis alat pencegah kehamilan yang boleh meningkatkan risiko untuk menghidap UTI.

Tip

Antaranya ialah penggunaan alat seperti diafragma atau spermicide yang dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, gunakan pelincir berasaskan air jika anda alami masalah vagina kering semasa melakukan hubungan seks. Pelincir jenis ini tidak akan ganggu pH alat sulit atau menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Kini anda telah tahu cara mengatasi kencing kotor. Moga membantu!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Ways You Can Prevent Urinary Tract Infections. https://www.aurorahealthcare.org/patients-visitors/blog/10-things-you-can-do-to-prevent-urinary-tract-infections. Accessed December 23, 2020.
  2. Can Cranberry Stop Your UTIs? https://health.clevelandclinic.org/can-cranberry-juice-stop-uti/. Accessed December 23, 2020.
  3. Juthani-Mehta, Manisha, Peter H. Van Ness, and Luann Bianco. 2016. “Effect of Cranberry Capsules on Bacteriuria Plus Pyuria Among Older Women in Nursing Homes.” JAMA 1879–1887.
  4. Urinary tract infection (UTI). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-tract-infection/symptoms-causes/syc-20353447. Accessed December 23, 2020.
  5. Cranberry Juice Can Cure My UTI and Four Other Myths Debunked. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2018/july/can-cranberry-juice-cure-my-urinary-tract-infection. Accessed December 23, 2020.
  6. Urinary tract infections (UTIs). https://www.nhs.uk/conditions/urinary-tract-infections-utis/. Accessed September 7, 2022.

Versi Terbaru

12/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Sebab Sebenar Di Sebalik Masalah Kencing Malam, Paling Tak Sangka Punca Yang Terakhir!

Sakit Ketika Buang Air Kecil? Jaga-Jaga, Ini Mungkin Tanda Penyakit Kencing Kotor!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan