
Ini juga merupakan antara cara untuk mengetahui keadaan telur yang masih segar dengan telur yang sudah mula rosak. Anda boleh cuba menghidu bau kulitnya.
Jika ia agak tengik atau busuk, berkemungkinan besar isi di dalamnya juga sudah hampir rosak.
Cara ini juga lebih sesuai digunakan di rumah setelah anda membeli telur tersebut.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan hidu. Telur yang rosak akan mengeluarkan bau busuk seperti telur tembelang berbanding telur yang masih elok.
Jika ia berbau busuk, buang telur dan cuci mangkuk anda dengan menggunakan sabun.
Ini untuk memastikan agar tiada sebarang bakteria daripada telur yang akan berpindah ke makanan bermasak nanti.
#4. Telur tenggelam dalam air
Ini merupakan antara cara yang paling popular dan paling banyak dilakukan.
Apabila anda membeli telur, anda boleh cuba memasukkannya ke dalam bekas berisi air untuk mengujinya.
Telur yang terapung menandakan banyaknya gas dalam telur dan ia sebenarnya sudah rosak.
Telur yang masih segar akan tenggelam ke dasar bekas.
Jika telur berada di tengah-tengah bekas, ini bermakna telur tersebut mungkin masih boleh dimakan tetapi sudah tidak segar lagi dan akan mula rosak.
#5. Telur tembelang, kuning telurnya cair, berbau

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut.
Telur yang masih segar akan mempunyai kuning telur yang bersaiz agak kecil dan berada di tengah-tengah putih telur. Ia juga agak sukar dipecahkan jika disentuh dengan jari.
Namun, jika kuning telur sudah agak pudar dan mudah pecah, ia tanda bahawa telur itu sudah tidak boleh dimakan lagi.
Kuning telur yang cair dan mudah bercampur dengan putih telur juga merupakan antara ciri telur yang rosak.
Kesimpulan
Sekarang anda telah tahu cara mengenali telur yang sudah busuk atau tidak elok.
Boleh cuba amalkan sewaktu membeli telur di kedai atau ketika memeriksa bekalan telur dalam peti ais rumah anda.
Selamat mencuba ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen