Setiap ubat-ubatan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Namun, kesan sampingan ini hanya berlaku pada peratusan yang kecil dan biasanya hanya bersifat sementara.
Untuk ubat kencing tak lawas ini, ia mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti kekeringan mulut, mual, muntah-muntah dan masalah sembelit.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan kekaburan pada penglihatan dan juga rasa mengantuk.
Bagi melegakan masalah kekeringan mulut, anda boleh mencuba menghisap ais atau gula-gula.
Langkah berjaga-jaga ketika mengambil ubat kerap kencing di farmasi

Sekiranya anda ada menghidap penyakit lain seperti glaukoma, penyakit berkaitan jantung dan juga keradangan usus (kolitis), anda perlu menyatakannya kepada doktor yang merawat atau ahli farmasi di farmasi tersebut.
Selain itu, anda juga perlu memaklumkan sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat-ubatan, vitamin atau suplemen lain.
Begitu juga dengan masalah alahan atau alergi, anda juga perlu memaklumkannya kepada doktor dan ahli farmasi bagi mengelakkan komplikasi alahan kesan daripada ubat-ubatan tertentu.
Sekiranya anda memandu, anda perlu berhati-hati kerana ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk selain penglihatan yang kabur.
Wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak juga perlu memberitahu doktor mengenai keadaan mereka sebelum mengambil ubat kencing tak lawas ini.
Cara penyimpanan ubat kerap kencing di farmasi
Bagi mengelakkan anda terlupa dos atau aturan penggunaan ubat, pastikan anda menyimpan semula ubat-ubatan anda ini di dalam botol atau kotak ubat yang asal.
Botol ubat juga perlu ditutup rapat dan diletakkan di tempat yang kering selain jauh daripada cahaya matahari.
Ini untuk memastikan agar kualiti ubat tidak terganggu atau terkesan dengan perubahan suhu dan kelembapan.
Untuk ubat yang telah tamat tarikh luput, anda perlu mengembalikannya semula ke farmasi agar pihak farmasi boleh melupuskannya dengan cara yang betul.
Selain itu, pastikan ubat-ubatan anda jauh daripada capaian bayi atau kanak-kanak.
Kesimpulan
Bagi mereka yang menghidap masalah kencing tak lawas, ubat boleh didapati di farmasi tetapi ia hanya boleh dibeli dengan menggunakan preskripsi doktor sahaja.
Selain itu, pastikan anda tidak mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Jika simptom alahan berlaku, anda perlu menghentikan pengambilan ubat dengan segera dan terus berjumpa dengan doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen