Kemaluan wanita sakit ketika kencing? Apakah faktor yang mendalangi keadaan itu dan adakah terdapat cara untuk menanganinya? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kemaluan wanita sakit ketika kencing? Apakah faktor yang mendalangi keadaan itu dan adakah terdapat cara untuk menanganinya? Baca selanjutnya untuk jawapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Air kencing biasanya berasid. Maka jika terdapat sebarang kerengsaan berhampiran pintu masuk saluran faraj dan air kencing melalui uretra atau kawasan sekitar alat kelamin (perineum) – anda mungkin akan mengalami ketidakselesaan seperti sensasi terbakar.
Rasa sakit pada bahagian dalam faraj – apabila kencing – boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Keadaan ini umumnya dikenali sebagai dysuria dan lebih cenderung terjadi kepada wanita berbanding lelaki.
Berikut antara punca kencing yang menyakitkan:
Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah satu punca utama kesakitan ini. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran kencing, seperti:
UTI paling kerap terjadi disebabkan bakteria yang masuk ke dalam saluran kencing melalui uretra.
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko UTI termasuklah:
Selain sakit semasa kencing, gejala UTI lain seperti:
Ada kalanya, kencing yang menyakitkan ini boleh dikaitkan dengan jangkitan faraj seperti jangkitan yis. Keadaan tersebut turut boleh mengakibatkan perubahan pada keputihan dan baunya.
Jangkitan seksual juga boleh menyebabkan kesakitan semasa kencing, antaranya:
Kemaluan sakit ketika kencing disebabkan jangkitan seksual turut boleh mengakibatkan gejala seperti:
Baca juga:
Pelbagai masalah boleh mengakibatkan keradangan atau kerengsaan saluran kencing atau bahagian kemaluan – yang menyebabkan simptom kencing yang menyakitkan.
Selain jangkitan, faktor lain yang mungkin penyebab kerengsaan atau keradangan:
Jangan abaikan kesakitan yang dialami semasa membuang air kecil. Doktor pastinya boleh membantu mengenal pasti rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan.
Menentukan punca kesakitan menjadi langkah pertama sebelum rawatan kencing sakit dapat dijalankan.
Doktor mungkin memberikan antibiotik untuk merawat kencing yang menyakitkan. Antibiotik boleh merawat UTI, beberapa jangkitan bakteria dan beberapa jangkitan seksual. Ubat untuk menenangkan pundi kencing yang merengsa juga boleh diberikan doktor.
Kesakitan yang berkaitan dengan keadaan seperti interstitial cystitis mungkin lebih mencabar untuk dirawat. Anda mungkin perlu mengambil ubat sehingga 4 bulan untuk dapat melihat keberkesanannya.
Terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan bagi melegakan gejala anda:
Kemaluan wanita sakit ketika kencing adalah gejala biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor.
Sebaiknya, jika mengalami kesakitan pada bahagian alat sulit, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera sebelum gejala bertambah teruk.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen