Selalu rasa sakit setiap kali membuang air kecil? Disebabkan itu, mungkin ada yang akan fikir ia adalah antara tanda tanda batu karang!
Ya, anda mungkin tidak silap kerana ketidakselesaan ini merupakan antara petanda sakit batu karang yang wajar diperhatikan untuk penyakit ini.
Selain itu juga, sebenarnya wujud beberapa lagi simptom sakit batu karang yang lain seperti yang kami akan nyatakan di bawah.
Jadi jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Apa itu penyakit batu karang?
Untuk pengetahuan anda, penyakit batu karang atau turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing anda.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang ini adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.
Terdapat 4 jenis batu karang yang berbeza boleh berlaku pada sekitar organ urologi anda termasuklah:
- Batu kalsium
- Batu struvite
- Batu cystine
- Batu asid urik
Walau apapun jenisnya, ia tetap akan mengakibatkan rasa sakit yang keterlaluan terutamanya ketika sedang membuang air kecil.
Pun begitu, bukan itu sahaja simptomnya kerana wujud lagi beberapa tanda tanda batu karang lain yang wajar diperhatikan.
Apa tanda penyakit batu karang?
Sekiranya anda menghidap keadaan kesihatan ini, sudah tentu gejalanya juga akan melibatkan organ-organ urologi penderita.
Berikut adalah tanda tanda sakit batu karang yang mungkin akan berlaku pada anda:
#1. Kesakitan pada sekitar alat sulit
Kesakitan yang dinamakan sebagai renal kolik ini adalah rasa sakit yang keterlaluan dan kerap dibandingkan dengan proses kelahiran bayi.
Ia akan berlaku pada kawasan di mana batu karang itu terbentuk termasuklah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter atau uretra.
Ia disebabkan oleh pergerakan batu ini yang akan mula memasuki kawasan sempit lantas mengakibatkan penyumbatan pengaliran air kencing.
Kesakitan ini juga dikatakan turut akan melibatkan pelbagai kawasan sekitar yang lain termasuklah pada ari-ari, perut, pinggang dan punggung.
#2. Kesakitan semasa membuang air kecil
Merupakan gejala yang paling umum dan biasa, penderita mungkin akan mengalami rasa sakit yang keterlaluan ketika sedang kencing.
Turut dikenali dengan nama disuria, ada pelbagai sebab yang menyebabkannya termasuklah pembentukan batu karang pada organ urologi tertentu.
Sekiranya anda tidak tahu bahawa wujud batu dalam organ urologi, maka anda mungkin akan menyangka ia adalah jangkitan salur air kencing.
Disebabkan itu, kalian juga perlu lihat sama ada wujud atau tidak tanda tanda batu karang yang lain berlaku pada diri anda.