Jika seseorang individu itu pernah mengalami penyakit batu karang, kebarangkalian untuk penyakit tersebut menyerang semula adalah besar.
Anda pasti?
Jika seseorang individu itu pernah mengalami penyakit batu karang, kebarangkalian untuk penyakit tersebut menyerang semula adalah besar.
Sebagai pesakit, pasti masih segar lagi dalam ingatan mengenai kesakitan yang pernah dialami dahulu.
Malah, ramai yang mengakui sakit perut yang disebabkan batu karang bukan biasa-biasa. Ada yang kata sakitnya mungkin lebih teruk daripada melahirkan anak.
Oleh sebab itu, pesakit perlulah mengamalkan beberapa langkah pencegahan untuk menurunkan risiko penyakit ini pada masa hadapan.
Sudah pasti langkah pertama yang pesakit perlu lakukan ialah minum air dengan secukupnya. Namun, ada banyak lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mencegah batu karang seperti mengurangkan garam dalam makanan, elakkan tahan kencing dan mengambil ubat-ubatan mengikut jadual.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Batu Karang, sila dapatkannya di sini.
Antara langkah yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk mencegah batu karang ialah:
Kebanyakan pesakit yang pernah ada batu karang berisiko untuk mengalaminya semula pada masa hadapan. Langkah yang terbaik untuk elakkan penyakit ini berulang ialah dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Selain itu, perhatikan juga cuaca dan kadar aktiviti yang dilakukan setiap hari. Jika cuaca panas di kala sedang kerap bersenam, anda mungkin perlu minum lebih banyak air untuk menggantikan peluh yang keluar daripada badan.
Air kencing pekat mempunyai lebih banyak kalsium, oksalat dan fosfat yang boleh menyebabkan individu jatuh sakit akibat pembentukan batu karang di dalam saluran urinari.
Oleh sebab itu, dengan minum lebih banyak air, konsentrasi air kencing dapat dikurangkan dan batu karang sukar untuk bergabung serta membentuk kristal.
Sukar untuk minum air dengan mencukupi? Jangan risau, anda tidak berseorangan. Malah, ramai yang menganggap minum air sebanyak 3 liter sehari sebagai satu cabaran. Untuk memudahkan anda, cuba tip berikut:
Garam merupakan salah satu punca utama pembentukan batu karang. Malah ia terkandung dalam banyak makanan. Contohnya, makanan segera dan makanan bergoreng. Sebab itulah, rakyat Malaysia mengambil jumlah garam yang banyak setiap hari.
Orang dewasa perlu makan kurang daripada 2300 mg garam setiap hari. Sebagai perbandingan, satu sudu teh garam mempunyai 2325 mg garam.
Pesakit yang mempunyai batu karang daripada jenis oksalat atau kalsium fosfat perlu mengurangkan pengambilan garam walaupun anda mengambil ubat untuk merawat penyakit yang dialami.
Antara amalan yang anda boleh lakukan ialah:
Menurut Dr. Penniston, seorang ahli dietetik daripada University of Wisconsin-Madison, ramai orang yang tidak tahu terdapat banyak garam yang ‘tersorok’ di dalam makanan setiap hari.
Oleh sebab itu, Dr. Penniston amat menggalakkan agar pesakit diajar tentang cara yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan garam mereka.
Walaupun masak makanan sendiri, anda mungkin secara tidak sedar telah meletakkan terlalu banyak garam di dalam lauk setiap hari!
Protein daripada haiwan boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Oleh sebab itu, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan daging seperti:
Namun, jika anda mengurangkan pengambilan protein daripada haiwan, anda mungkin perlu menambah makanan seperti kekacang ke dalam diet setiap hari.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Rotily, et al. pada tahun 2000, mereka mendapati diet yang rendah protein daripada haiwan dapat mengurangkan tahap pengkumuhan kalsium di dalam saluran air kencing individu yang menderita dengan sakit batu karang.
Oleh sebab itu, mereka berpendapat bahawa diet ini amat membantu untuk pesakit batu karang. Jika boleh, cuba berbincang dengan doktor mengenai jumlah protein yang boleh diambil daripada sumber haiwan. Kalau anda mampu kurangkannya dengan nasihat doktor, mungkin ia dapat membantu anda untuk lebih selesa.
Selain itu, pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik mungkin perlu menurunkan berat badan sekiranya ingin mengurangkan risiko batu karang.
Pesakit yang mempunyai batu karang jenis oksalat mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi oksalat. Dengan cara ini, risiko penyakit batu karang dapat dikurangkan.
Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah dengar langsung mengenai oksalat. Oksalat ialah bahan semula jadi yang terkandung di dalam pelbagai makanan seperti:
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud pesakit perlu elakkan makan sebarang makanan yang mengandungi oksalat ataupun kalsium. Untuk pengetahuan anda, makanan yang tinggi oksalat juga mempunyai kadar serat, magnesium, dan potasium yang tinggi.
Tidak sihat jika anda terus berhenti mengambil makanan yang mempunyai oksalat. Malah, mengurangkannya juga mungkin akan menyebabkan pesakit alami kondisi lain seperti sembelit.
Satu tip yang anda boleh amalkan untuk kekal mengambil makanan yang mengandungi oksalat dan kalsium ialah dengan ambil minuman berkalsium bersama makanan yang tinggi oksalat.
Dengan cara ini, kalsium akan bergabung dengan oksalat di dalam perut dan usus sebelum mencecah buah pinggang.
Ramai orang yang percaya akan khasiat jus kranberi sebagai penawar untuk penyakit batu karang. Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang bukti saintifik yang dapat menyokong kenyataan ini.
Selain batu karang, jus kranberi juga dikatakan boleh mengelakkan sakit seperti jangkitan saluran kencing (UTI). Malah, minum jus kranberi juga mungkin tidak akan membawa sebarang mudarat kepada kesihatan.
Pasti ramai yang mengaitkan kalsium dengan batu karang jenis kalsium oksalat. Walau bagaimanapun, kenyataan ini adalah tidak benar!
Menurut Dr. Allan Jhagroo dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health, ramai pesakitnya yang mengadu masih lagi mengalami masalah batu karang walaupun telah mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kalsium.
Sebenarnya, diet yang rendah kalsium mempunyai lebih potensi untuk membuatkan anda mengalami penyakit batu karang. Malah, beliau menasihatkan agar mengurangkan pengambilan garam dan bukannya kalsium.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda ingin mengambil sebarang suplemen kalsium. Untuk mengelakkan penyakit ini daripada berulang, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen tambahan.
Akhir sekali, dapatkan rawatan yang sewajarnya untuk merawat penyakit yang anda alami.
Pesakit yang mengambil ubat-ubatan yang betul dapat menjalani hidup yang lebih selesa tanpa dibelenggu rasa sakit disebabkan batu karang.
Ubat-ubatan yang diberi oleh doktor boleh mengurangkan sakit dan mengawal jumlah garam serta mineral di dalam air kencing pesakit. Oleh sebab itu, mereka dapat mengurangkan risiko penyakit ini bergantung kepada jenis batu karang yang anda alami.
Sejenis ubat yang dikenali sebagai alpha blocker dapat membantu kurangkan rasa sakit dengan cara mengendurkan otot ureter supaya batu karang dapat dikeluarkan daripada saluran air kencing dengan mudah dan selamat.
Anda ingin tahu cara yang terbaik untuk mencegah penyakit batu karang? Mudah sahaja. Pemakanan yang sihat dan kekal hidrat adalah dua kunci utama untuk mengelakkan penyakit batu karang.
Oleh sebab itu, pastikan anda minum lebih daripada 3 liter air sehari dan belajar menguruskan pemakanan dengan lebih baik.
Jika anda ingin mengambil sebarang suplemen atau ubat berasaskan herba, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi jika ubat tersebut mendakwa boleh memecahkan batu karang yang kebanyakannya tidak mempunyai sebarang kajian bagi mengesahkan keberkesanannya.
Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan diri. Jika mempunyai sebarang persoalan mengenai penyakit yang anda alami, jangan segan untuk bertanya doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen