Sakit batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal.
Anda pasti?
Sakit batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal.
Ia biasanya berasal dari buah pinggang anda. Bagaimana pun, ia boleh berkembang di mana-mana sepanjang saluran kencing.
Antara bahagian sakit batu karang terbentuk:
Batu karang juga salah satu keadaan kesihatan yang paling menyakitkan dan ianya berbaza mengikut jenis batu.
Terdapat lima jenis batu karang yang berbeza jenis dan penting untuk mengetahuinya.
Sakit batu karang jenis ini adalah paling biasa dialami kebanyakan orang dan ia merangkumi 75 peratus batu karang yang selalu terbentuk.
Batu kalsium ini cenderung terbentuk apabila air kencing berasid iaitu mempunyai nilai pH yang rendah.
Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan kurang garam adalah bagus bagi pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.
Walaupun batu karang ini terbentuk daripada kalsium, terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkannya daripada terbentuk.
Ini kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca batu karang.
Penggabungan dua kompaun ini tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.
Oxalate diet adalah molekul organik yang terdapat di banyak sayur-sayuran, buah-buahan, dan kacang-kacangan.
Selain itu, kalsium dari tulang juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan batu karang.
Batu karang jenis ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
Ia merangkumi 15 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk.
Pembentukannya adalah disebabkan oleh bakteria Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.
Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran untuk kencing.
Oleh itu, merawat jangkitan boleh menghalang perkembangan batu struvite.
Batu karang jenis ini kebiasaannya berlaku pada lelaki berbanding wanita.
Malah, boleh juga berlaku pada orang yang menhidap gout atau orang yang menjalani kimoterapi.
Pembentukannya merangkumi 6 peratus daripada batu karang yang selalu terbentuk.
Pembentukannya mempunyai kaitan dengan pH air kencing iaitu kurang daripada 5.5, pengambilan diet yang tinggi kandungan purine (organ dalaman, ikan bilis, makanan laut) atau pesakit yang mempunyai kanser.
Diet yang kaya purine adalah bahan yang tidak berwarna dalam protein haiwan seperti ikan, kerang dan daging.
Bagi pesakit gout, kandungan darah mereka mengandungi asid urik yang tinggi menyebabkannya terkumpul dalam saluran air kencing dan membentuk batu.
Batu karang jenis ini paling jarang berlaku yang mana ia hanya melibatkan 2 peratus penyebab batu karang terbentuk.
Ia terhasil akibat daripada gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi dalam badan yang menyebabkan sista asid amino iaitu kebocoran salah satu blok protein dari buah pinggang ke dalam air kencing untuk membentuk batu karang.
Dengan mengetahui jenis batu yang dihidapi seseorang, perubahan pola pemakanan boleh disesuaikan bagi mengelakkannya lebih parah.
Sebagai contoh, mengehadkan oxalate dalam diet boleh membantu mengelakkan batu kalsium oxalate.
Selain itu, minum air yang cukup membantu menghalang semua jenis batu karang.
Sebanyak 80 hingga 85 peratus sakit batu karang akan pecah dan keluar dengan sendirinya.
Namun, 20 peratus daripada pesakit memerlukan bantuan perubatan kerana kesakitan yang teruk atau jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen