Batu karang mempunyai saiz yang berbeza-beza, dari sebesar butir pasir hinggalah bersaiz 6 mm. Sebab itulah, ada yang mengalami tanda sakit batu karang buah pinggang.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Batu karang mempunyai saiz yang berbeza-beza, dari sebesar butir pasir hinggalah bersaiz 6 mm. Sebab itulah, ada yang mengalami tanda sakit batu karang buah pinggang.
Namun, ada juga yang tidak mengalami sebarang simptom hinggalah saat akhir.
Walaupun batu karang tersebut bersaiz kecil, ia masih boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Pada awalnya, mungkin anda tak rasa apa-apa. Tapi, 5 minit kemudian, anda mula rasa sakit pada kawasan perut hingga tiada tenaga untuk berdiri.
Menurut Dr. Steven Rosenberg dari The Iowa Clinic, pesakit batu karang akan mula merasai simptom apabila saluran urinari terhalang.
Tambah beliau lagi, ada orang yang mempunyai batu karang selama 20 tahun namun tidak pernah mengalami sebarang simptom.
Tetapi, apabila batu karang tersebut ingin keluar daripada buah pinggang, tanda atau simptom batu karang di dalam buah pinggang seperti rasa sakit, sukar kencing, kencing berdarah dan sebagainya akan mula berlaku.
Selalunya, rasa sakit disebabkan penyakit buah pinggang dapat dirasai di sisi dan juga di belakang badan.
Walau bagaimanapun, kesakitan ini mungkin berbeza mengikut individu. Malah, ada juga yang tidak mengalami apa-apa simptom hinggalah ke saat akhir.
Batu karang selalunya terbentuk di dalam salah satu buah pinggang. Oleh sebab itu, rasa sakit disebabkan batu karang selalunya dapat dirasai pada sebelah kanan atau sebelah kiri abdomen.
Selain itu, rasa sakit juga boleh dirasai di bahagian lipatan peha. Pesakit mungkin alami rasa sakit yang kuat tetapi bersifat sementara.
Sebab itulah ramai yang keliru antara sakit perut disebabkan batu karang dengan sakit perut biasa.
Menurut Dr. Rosenberg lagi, semua orang mempunyai daya tahan sakit yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, sukar untuk doktor memahami apa yang berlaku pada badan pesakit berdasarkan kesakitan sahaja.
Batu karang yang keluar tanpa sebarang masalah boleh menyebabkan rasa sakit dan juga ketidakselesaan. Namun, batu karang yang menghalang saluran urinari akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat.
Satu lagi ciri penyakit batu karang ialah kesakitannya yang bersifat sporadik.
Ini bermaksud, pesakit akan mengalami kesakitan yang diikuti dengan kelegaan buat beberapa ketika sebelum kesakitan tersebut kembali menyerang.
Bukan semua batu karang akan menyebabkan kesakitan. Ada juga individu yang hidup dengan batu karang dalam masa yang lama tanpa mengalami sebarang simptom.
Tetapi, apabila simptom mulai muncul, anda perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut secepat mungkin. Sebagai contoh, hati-hati dengan tanda sakit batu karang buah pinggang seperti:
Tanda sakit batu karang buah pinggang boleh membuatkan perut anda rasa tidak selesa. Namun, rasa sakitnya berbeza, tidak seperti apa yang anda rasa ketika sakit perut atau sembelit.
Malah, rasa sakitnya sangat menusuk hingga boleh membuatkan anda muntah dan rasa loya.
Ini merupakan tanda sakit batu karang buah pinggang yang paling jelas. Jika anda mengalami kondisi ini, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Darah di dalam air kencing bukan sahaja tanda batu karang, ia juga merupakan simptom kepada penyakit lain seperti kanser buah pinggang, kanser pundi kencing dan juga kanser prostat!
Batu karang lebih mudah terbentuk jika air kencing anda pekat. Oleh sebab itu, mereka yang menghidap penyakit batu karang selalunya mempunyai urin yang pekat, keruh dan berbau busuk.
Bau yang kuat ini seringkali disamakan dengan bau amonia. Walau bagaimanapun, besar kemungkinan bau ini terhasil disebabkan jangkitan pada saluran urinari pesakit.
Batu karang bukan sahaja akan menyebabkan kesakitan, ia juga akan menghasilkan pelbagai masalah ketika membuang air.
Apabila batu karang bergerak semakin dekat dengan pundi kencing, anda mungkin akan mengalami inkontinens atau kesukaran untuk menahan kencing.
Selain itu, anda juga mungkin akan rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
Ada juga pesakit batu karang yang mengalami simptom seakan-akan demam selesema. Jika anda mengalami simptom ini, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Demam mungkin petanda bahawa anda mempunyai jangkitan pada buah pinggang atau saluran urinari.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan merupakan sesuatu yang serius dan perlukan perhatian daripada pakar secepat mungkin.
Sakit disebabkan penyakit batu karang selalunya datang dan pergi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menunggu lama hinggalah batu tersebut keluar dengan sendirinya untuk mendapatkan bantuan pakar.
Selain itu, jika anda mengalami perubahan dari segi warna dan bau urin, diikuti dengan rasa mual dan muntah-muntah, anda haruslah bergerak ke klinik atau hospital secepat mungkin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen