Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Motilium ubat apa? Motilium ialah nama jenama bagi domperidone, iaitu ubat yang digunakan untuk melegakan masalah berkaitan penghadaman seperti loya, muntah, kembung perut dan rasa tidak selesa selepas makan. Ia juga membantu melancarkan pergerakan makanan dalam saluran penghadaman.
Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang Ubat, klik di sini.
Kegunaan
Motilium ubat apa?
Motilium® biasanya digunakan untuk merawat keadaan berikut bagi orang dewasa:
Mual dan muntah
Ketakselesaan disebabkan oleh pergerakan perut yang perlahan dikenali sebagai gastroparesis. Simptom-simptom termasuk tidak dapat menghabiskan makanan, rasa “terlalu kenyang” atau kembung selepas makan, hilang selera makan, rasa sakit atau mungkin muntah, atau sendawa tanpa henti.
Apakah fungsi ubat motilium?
Jangan ambil ubat yang meneutralkan asid perut atau ubat yang mengurangkan penghasilan asid perut dalam masa 2 jam selepas mengambil Motilium®. Ini kerana asid perut yang mencukupi diperlukan bagi memastikan Motilium® dapat diserap dengan baik oleh badan.
Motilium® bagus diambil 15 hingga 30 minit sebelum makan, dan jika perlu sebelum tidur.
Jika anda tidak memahami arahan yang disediakan sekali dengan ubat ini, tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimana saya menyimpan Motilium?
Motilium® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Motilium® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Motilium® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Kegunaan ubat motilium:Ini yang perlu anda tahu
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:
Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
Jangan ambil ubat ini tanpa saranan doktor jika sedang hamil atau menyusu badan.
Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Motilium® atau ubat-ubatan lain.
Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
Anda tidak boleh hadam laktosa yang mana merupakan gula yang boleh dijumpai di dalam susu dan produk susu.
Adakah selamat untuk mengambil Motilium semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan Sampingan
Motilium ubat apa: Fahami kesan sampingannya ?
Beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:
Hilang nafsu seks boleh terjadi tanpa mengira jantina kesan pengambilan ubat ini.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Kegunaan ubat motilium: Ketahui tindak balasnya
Motilium® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius.
Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi.
Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
Ubat untuk merawat jangkitan fungi, seperti ketoconazole, fluconazole, itraconazole dan voriconazole
Ubat antikolinergik (digunakan bagi mencegah mabuk kenderaan)
Agonis dopaminergik (digunakan untuk merawatpenyakit Parkinson atau gangguan penghadaman)
Antibiotik, seperti clarithromycin, telithromycin dan erythromycin
Ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan HIV, seperti amprenavir, atazanavir, fosamprenavir, indinavir, nelfinavir, ritonavir dan saquinavir
Ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sakit dada, seperti diltiazem dan verapamil
Amiodarone digunakan untuk merawat kadar jantung yang laju
Aprepitant digunakan untuk merawat mual dan muntah
Antidepressan yang dipanggil nefazodone
Ubat yang meneutralkan atau mengurangkan jumlah asid perut, seperti antasid.
Motilium ubat apa: Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Motilium?
Motilium® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius.
Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Motilium?
Motilium® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Motilium ubat apa: Motilium cara makan
Pastikan anda faham cara pengambilannya.
Dos biasa bagi orang dewasa ialah satu tablet tiga kali sehari.
Bagi mual dan muntah, ubat ini biasanya digunakan selama maksimum 1 minggu.
Tempoh awal rawatan bagi keadaan lain adalah sehingga maksimum 4 minggu.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Motilium® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
Tablet
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Motilium®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Motilium®. http://www.mims.com/malaysia/drug/info/Motilium. Accessed Feb 26, 2017
Motilium®. http://www.news-medical.net/drugs/Motilium.aspx. Accessed Feb 26, 2017.
MOTILIUM®. https://www.medsafe.govt.nz/profs/datasheet/m/motiliumtab.pdf. Accessed on June 30, 2025.
Domperidone. https://www.nhs.uk/medicines/domperidone/. Accessed on June 30, 2025.
Motilium 10mg Tablets. https://www.news-medical.net/drugs/Motilium-10mg-Tablets.aspx. Accessed on June 30, 2025.
Versi Terbaru
30/06/2025
Ditulis oleh Fariha Zakaria
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor