backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Musim Banjir, Ikut 7 Tip Penting Ini Sebelum Makan Dan Minum

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2022

Musim Banjir, Ikut 7 Tip Penting Ini Sebelum Makan Dan Minum

Setiap hujung tahun pasti akan muncul berita banjir ekoran musim tengkujuh yang melanda negara, terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun, lebih mengejutkan lagi kesan banjir yang melanda baru-baru ini di sekitar Lembah Klang. 

Banjir yang diakibatkan oleh penurunan jumlah hujan yang tinggi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada penduduk yang terjejas.

Kemungkinan berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Pada ketika ini juga, akses kepada makanan akan menjadi terhad. Bekalan-bekalan makanan akan mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke penempatan penduduk yang terjejas akibat kesan banjir. 

Tip keselamatan makanan semasa musim banjir

Pun begitu, bagi mereka yang masih mempunyai bekalan makanan sama ada di rumah atau di pusat penempatan banjir, ikuti tip ini untuk pastikan keselamatan makanan yang anda ambil.

Mengapa? Ini kerana pada musim banjir, sumber makanan akan lebih mudah tercemar kepada agen pencemaran seperti penyakit bawaan air atau vektor seperti nyamuk, lalat atau tikus. 

#1. Jangan sesekali memakan makanan yang telah bersentuhan dengan air kesan banjir

kesan banjir

Anda tidak tahu sekiranya air banjir tersebut telah tercemar dengan najis daripada sisa kumbahan yang keluar. Air banjir jelas sekali tidak bersih disebabkan oleh pelbagai agen pencemar yang berada di dalamnya. 

#2. Elakkan pengambilan makanan yang tidak berada dalam bekas yang tertutup rapat

Ada kemungkinan makanan anda telah disentuh oleh haiwan-haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas.

Kesan banjir #3. Jangan makan makanan dalam tin yang telah rosak

Tin yang sudah kemek, bocor, berlubang, berkarat atau menggelembung adalah contoh petunjuk yang baik bahawa keadaan makanan di dalamnya mungkin telah berubah. 

#4. Basuh semua peralatan makanan sebelum anda menggunakannya

kesan banjir

Basuh pinggan, cawan, sudu, garpu atau pembuka tin dengan menggunakan sabun dan air bersih.

Anda juga boleh membasuhnya dengan siraman air panas setelah itu atau merendamnya sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam air panas.

#5. Basuh tempat penyediaan makanan, elak kesan banjir

 Jangan sesekali tidak menghiraukan kebersihan meja penyediaan makanan anda. Gunakan sabun dan air bersih untuk membersihkannya.

Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur klorin yang telah dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk tujuan cucian. 

#6. Hanya minum air bersih

kesan banjir

Sekiranya ada, minumlah minuman yang telah dibotolkan sahaja kerana kebersihannya adalah lebih terjamin.

Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan air paip, tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu. Jangan sesekali meminum air mentah.

#7. Periksa makanan sejuk beku

Sekiranya peti ais anda terputus bekalan elektrik semasa banjir, cuba kurangkan untuk membuka peti ais dengan kerap. Ini untuk memastikan bahawa suhu dalam peti ais kekal sejuk agar makanan sejuk beku anda tidak rosak. 

Sekiranya bekalan elektrik telah pulih, periksa setiap pek makanan anda. Pastikan suhu setiap pek makanan berada pada paras bawah daripada 4 darjah Celsius.

Makanan juga masih selamat untuk dimasak dan dimakan sekiranya masih terdapat kristal ais padanya. 

Kesimpulan

Jangan sesekali mengambil sebarang makanan atau minuman yang telah terdedah kepada persekitaran. Bagi ibu bapa pula, setiap masakan anda perlulah seeloknya ditutup rapi di dalam bekas makanan atau di bawah tudung saji.

Letakkan pemberat di atas tudung saji anda untuk mengelakkannya daripada mudah terbuka atau dimasuki serangga.

Bagi mereka yang terlalu risaukan soal kebersihan pula, tidak perlulah bersifat paranoid berkenaan kebersihan makanan di pusat penempatan banjir sehingga tidak mahu makan.

Selagi mana ia mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang bersih dan selamat, tiada masalah untuk anda memakannya. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan