Gejala lain yang boleh berlaku, termasuklah:

Gejala dan simptom yang dialami sama ada bagi kanak-kanak atau individu dewasa adalah sama.
Individu dewasa lebih cenderung untuk memuntahkan makanan yang kembali ke mulut daripada tekak. Manakala kanak-kanak pula akan cenderung mengunyah dan menelan kembali makanan tersebut.
Memahami punca anak muntah selepas makan
Faktor yang menjadi penyebab kepada gangguan penyakit ganjil ini masih tidak diketahui. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada perkembangannya, seperti:
- Penyakit fizikal atau tekanan yang teruk boleh mencetuskan tingkah laku tersebut
- Pengabaian atau hubungan yang tidak normal antara anak dengan ibu atau penjaga menyebabkan si kecil mengalami masalah berkaitan aspek keselesaan diri. Bagi sesetengah kanak-kanak mengunyah boleh memberikan ketenangan
- Ia mungkin cara untuk kanak-kanak mendapat perhatian
- Ia dipercayai sebagai manifestasi penyakit mental seperti kemurungan atau kegelisahan
Mengenal pasti gangguan ruminasi
Oleh sebab keadaan yang berlaku seakan muntah, penyakit ganjil ini selalu disalah diagnosis sebagai gangguan muntah, gangguan gastrik atau penyakit refluks gastroesofagus.
Untuk mendiagnosis gangguan ini, doktor mungkin akan bertanyakan keadaan seperti:
- Apakah rupa dan rasa makanan yang di ruminasi? Adakah keadaan ia masih kelihatan sama dan terasa seperti sebelumnya?
- Tempoh anak muntah selepas makan atau berlakunya regurgitate?
- Adakah gangguan penyakit ganjil itu membangunkan anak daripada tidur?
- Adakah anak mengambil ubat merawat refluks dan keberkesanannya?
Walau bagaimanapun, beberapa ujian darah dan pengimejan boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyebab lain simptom muntah dan menilai tahap dehidrasi dan kekurangan zat makanan.
Merawat masalah anak muntah selepas makan
Untuk mengatasi masalah penyakit ganjil ini akan tertumpu kepada perubahan tingkah laku anak.
Beberapa pendekatan boleh digunakan seperti:
- Mengubah postur anak semasa dan selepas makan
- Menggalakkan lebih banyak interaksi antara anak dan ibu semasa makan, memberikan lebih perhatian kepada si kecil
- Mengurangkan gangguan semasa menyusu
- Menjadikan waktu makan lebih santai dan menggembirakan
- Mengubah fokus anak ketika dia mula mengalami ruminasi
- Memberikan sesuatu yang masam atau pahit di lidah ketika dia mula muntah

Menjalani psikoterapi bagi ibu dan/ atau keluarga mungkin dapat membantu meningkatkan komunikasi dan menangani rasa negatif disebabkan tingkah laku dan penyakit ganjil tersebut.
Tidak terdapat sebarang ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi gangguan ruminasi ini.
Tidak menjejaskan keadaan fizikal
Berita baiknya, gangguan ruminasi ini tidak mendatangkan masalah yang besar kepada keadaan fizikal individu.
Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan masalah pada esofagus. Bagi sesetengah remaja dengan sindrom ini, ia boleh menyebabkan penurunan kecil berat badan.
Anda disarankan untuk melakukan rundingan dengan doktor untuk mengenal pasti gejala dan psikologi tingkah laku bagi menghentikan gangguan ruminasi daripada berulang.