backup og meta

Masalah Liang Pori Besar

Masalah Liang Pori Besar

Apakah punca pori terbuka ya?

Kewujudan pori di wajah adalah penting untuk kesihatan kulit, kerana ia akan mengekalkan minyak supaya kulit menjadi lembut dan terhidrasi.

Masalah liang pori besar bagi sesetengah individu mungkin lebih ketara bergantung kepada jenis kulit. Liang pori yang besar tidak mungkin akan dapat dihilangkan terus.

Berita baiknya artikel ini akan membantu anda untuk menjadinya kurang ketara, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Punca pori terbuka terjadi

Terdapat 2 jenis pori; satu pori mengeluarkan minyak semula jadi dari badan – dipanggil sebum, manakala lagi satu pori mengeluarkan peluh.

Kadang-kala pori yang mengeluarkan minyak akan tampak lebih besar.

punca pori terbuka

Menurut kajian, antara punca liang menjadi besar adalah;

  • Faktor genetik, memiliki kulit secara semula jadi tebal dan berminyak cenderung memiliki liang pori besar.
  • Peningkatan usia.
  • Sinaran matahari.
  • Sebum berlebihan mengakibatkan kelenjar sebaceous menghasilkan banyak minyak dan menyebabkan kulit jadi berminyak.
  • Keanjalan kulit di sekeliling liang semakin berkurang.
  • Peningkatan jumlah folikel rambut.
  • Minyak terkumpul di liang dan bercampur dengan kotoran, bakteria dan alat solekan, menyebabkan pori tersumbat. Jika terus tersumbat, jerawat boleh muncul.
  • Kulit menebal, menyebabkan sel-sel kecil berkumpul di sekeliling liang, menjadinya kelihatan lebih besar.
  • Bintik hitam.
  • Lelaki lebih cenderung memiliki liang pori besar kerana faktor genetik dan peningkatan pengeluaran minyak.

Tip membantu atasi punca pori terbuka

Antara cara kecilkan liang pori:

Membersihkan

Salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk mengecilkan pori adalah dengan melaksanakan rutin harian dengan menjaga kulit agar kekal bersih.

Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci yang bersesuaian dengan wajah anda.

Sekiranya kulit wajah anda jenis berminyak, pilih pencuci yang berasaskan gel.

Ini kerana pencuci berasaskan gel dapat membantu membersihkan minyak dari pori dan menjadikannya kurang ketara, berbanding pencuci yang mengandungi pelembab, ia akan meningkatkan kuantiti minyak.

punca pori terbuka

Pengelupasan bantu atasi punca pori terbuka

Individu yang memiliki kulit berminyak perlu mengelupaskan atau scrub (exfoliating) sekali atau 2 kali seminggu.

Proses ini dapat menyingkirkan sel kulit mati, kotoran, minyak berlebihan dari lapisan atas kulit serta mencerahkan tekstur kulit.

Walau bagaimanapun, elakkan untuk melakukan proses pengelupasan atau scrub lebih dari 2 kali seminggu kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Pilih produk berasaskan air

Untuk kulit berminyak, anda perlu memastikan bahawa anda memilih produk yang berasaskan air untuk mengelakkan lebihan minyak untuk masuk ke dalam pori.

Ini kerana jika anda menggunakan produk yang berasakan minyak, ia akan menjadikan kulit anda semakin berminyak dan liang pori akan semakin membesar.

Losyen pelembap

Idea untuk melembapkan kulit untuk kulit berminyak mungkin tampak agak janggal. Walau bagaimanapun, ia membantu mengurangkan pembesaran pori.

Memilih pencuci berasaskan minyak mungkin akan menyumbatkan pori, namun berbeza dengan losyen pelembap yang digunakan selepas mencuci mendatangkan manfaat.

Ini kerana pelembap menghidrat dan melembutkan kulit serta membantu sebum untuk dapat menembusi permukaan kulit dengan lebih dalam.

Baca juga:

Punca pori terbuka boleh diatasi dengan #Topeng tanah liat

Menggunakan topeng tanah liat untuk sekali atau 2 kali seminggu dapat membantu menghilangkan minyak dari liang-liang dan mengelakkannya dari menjadi lebih besar serta menjadikannya kurang ketara.

Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk tidak melakukannya pada hari sama anda exfoliating akan menyebabkan kulit menjadi kerengsaan dan boleh menngakibatkan pori semakin membesar dan jerawat akan muncul.

Rawatan

Penggunaan kaedah seperti retinoid, asid salisilat, asid alpha hydroxy atau benzoyl peroksida tidak akan hanya mengurangkan saiz liang tetapi juga akan membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan merawat kerosakan matahari.

Pengelupasan kimia

Merupakan satu proses yang perlu dijalankan di pusat rawatan yang akan menggunakan pelbagai jenis asid kekuatan-preskripsi termasuk salicylic, laktik, retinol, dan trikloroasetetik.

Ia berfungsi untuk menghilangkan lapisan luar kulit mati anda – memberikan kulit yang lebih segar, sihat dan lembut.

IPL Photofacial

Intense Pulsed Light (IPL) juga merupakan satu kaedah rawatan di pusat rawatan yang berfungsi untuk mengetatkan liang-liang dan memberikan kulit kecerahan sekata, dan menangani bintik merah yang tidak dikehendaki.

Solekan, boleh tutup punca pori terbuka

Pastinya perkara pertama yang anda akan lakukan apabila mengesan liang pori yang besar di wajah anda adalah ingin menutupnya dengan solekan.

Tetapi pastikan produk yang ingin anda gunakan adalah betul dan sesuai untuk mengatasi masalah liang pori anda, seperti produk tersebut harus merupakan produk formula bebas minyak yang dapat membantu mengatasi masalah pori anda.

Cuci solekan

punca pori terbuka

Seandainya anda gemar mengenakan alat solek di wajah, pastikan anda menanggalkan dan mencucinya sebelum anda tidur, kerana ia dapat mengelakkan pori anda dari tersumbat dan pengumpulan bakteria.

Pelindung matahari

Memakai pelindung matahari adalah amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran matahari.

Jika kulit terkena sinaran matahari, ia mungkin menyebabkan kulit akan kering. Jika kulit kering, liang pori akan lebih kelihatan besar.

Liang pori pada pipi, hidung, dan dahi anda akan kelihatan lebih jelas dan besar mengikut peningkatan usia, atau apabila liang tersumbat.

Memastikan kulit sentiasa bersih, mengelakkan sinaran matahari adalah dua cara yang terbaik untuk mengurangkan punca pori terbuka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. What can treat large facial pores? https://www.aad.org/public/skin-hair-nails/skin-care/pores/ Accessed on Dec 11, 2018.
  2. 7 Dermatologist Approved Tips to Shrink Your Pores. https://health.clevelandclinic.org/how-to-shrink-pores/. Accessed on Aug 18, 2023
  3. Enlarged pores. https://dermnetnz.org/topics/enlarged-pores. Accessed on Aug 18, 2023
  4. Facts and Myths About Pores. https://www.livderm.org/facts-and-myths-about-pores/. Accessed on Aug 18, 2023
  5. TERRIBLE LARGE PORES. https://www.acne.org/forums/70-general-acne-discussion/356132-terrible-large-pores. Accessed on Aug 18, 2023

 

Versi Terbaru

21/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkannya, Selamat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan