brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Dah Rajin Cuci Muka, Tapi Kulit Masih Bermasalah? Mungkin Ini Sebabnya

Memilih sabun cuci muka yang sesuai penting untuk memastikan kulit wajah bersih tanpa menyebabkan kekeringan atau iritasi. Namun, dengan pelbagai jenis pencuci muka di pasaran, bagaimana nak tahu produk mana yang sesuai?

Dah Rajin Cuci Muka, Tapi Kulit Masih Bermasalah? Mungkin Ini Sebabnya

Selain membersihkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa solekan, pencuci muka yang baik juga perlu membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

Jom ketahui cara memilih pencuci muka mengikut jenis kulit serta kesilapan yang perlu dielakkan ketika mencuci wajah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenal pasti jenis kulit sebelum memilih sabun cuci muka

Sebelum membeli pencuci muka, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu.

Secara umum, terdapat lima jenis kulit muka:

  • Kulit normal: Tidak terlalu berminyak atau kering dan biasanya terasa selesa.
  • Kulit berminyak: Wajah mudah berkilat akibat penghasilan minyak berlebihan.
  • Kulit kering: Kulit terasa tegang, kasar atau bersisik, terutama selepas mencuci muka.
  • Kulit sensitif: Mudah mengalami kemerahan, kegatalan atau iritasi akibat produk tertentu.
  • Kulit kombinasi: Bahagian zon T, iaitu dahi, hidung dan dagu, lebih berminyak berbanding kawasan pipi.

Memahami keadaan kulit membantu anda memilih produk yang membersihkan wajah tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit.

Jenis pencuci muka yang biasa terdapat di pasaran

Terdapat pelbagai jenis sabun cuci muka dengan tekstur dan fungsi berbeza. Antaranya:

1. Pencuci muka gel

Pencuci muka gel biasanya mempunyai tekstur ringan dan sesuai untuk menanggalkan minyak berlebihan serta kotoran.

Ia boleh menjadi pilihan bagi kulit berminyak atau kombinasi, bergantung pada formulasi produk.

2. Pencuci muka krim

Pencuci muka jenis krim mempunyai tekstur lebih lembut dan biasanya mengandungi bahan pelembap.

Ia sesuai dipertimbangkan oleh individu dengan kulit kering atau sensitif kerana membantu membersihkan wajah tanpa menyebabkan kulit terasa terlalu tegang.

3. Pencuci muka berbuih

Pencuci muka berbuih membantu membersihkan kotoran dan minyak pada wajah.

Walaupun sering digunakan untuk kulit berminyak, pilih formulasi yang lembut supaya kulit tidak terasa kering selepas mencuci.

sabun cuci muka
Pastikan pilih formulasi yang lembut dan sesuai untuk kulit.

4. Pencuci muka minyak dan micellar

Pencuci muka berasaskan minyak membantu menanggalkan solekan, termasuk solekan kalis air.

Sementara itu, air micellar menggunakan molekul pembersih untuk menarik kotoran, minyak dan sisa solekan.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut keperluan kulit dan rutin penjagaan harian.

Tip memilih sabun pencuci muka yang bagus

Sabun pencuci muka yang bagus bukan semestinya produk yang mahal atau menghasilkan banyak buih.

Sebaliknya, pertimbangkan beberapa perkara berikut:

  • Pilih mengikut jenis kulit: Kulit kering mungkin lebih sesuai dengan pencuci berkrim, manakala kulit berminyak boleh mencuba pencuci gel yang lembut.
  • Perhatikan kandungan produk: Jika kulit sensitif, pertimbangkan produk tanpa pewangi dan elakkan bahan yang menyebabkan iritasi.
  • Utamakan kelembapan kulit: Pilih pencuci yang tidak menyebabkan wajah terasa terlalu tegang selepas digunakan.
  • Perhatikan tindak balas kulit: Hentikan penggunaan jika produk menyebabkan rasa pedih, kemerahan atau iritasi yang berterusan.

Jika anda mencari sabun cuci muka untuk jeragat, perlu diingat bahawa pencuci muka sahaja biasanya tidak mencukupi untuk mengurangkan pigmentasi. Penggunaan pelindung matahari dan rawatan yang sesuai juga penting.

5 kesilapan yang sering dilakukan ketika mencuci muka

Walaupun mencuci muka nampak mudah, beberapa tabiat boleh menyebabkan kulit menjadi kering atau mengalami iritasi.

Antaranya:

  1. Mencuci muka terlalu kerap: Pembersihan berlebihan boleh menyingkirkan minyak semula jadi kulit.
  2. Menggunakan air terlalu panas: Air panas boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan tidak selesa.
  3. Menggosok wajah terlalu kuat: Penggunaan skrub atau kain kasar boleh menyebabkan iritasi.
  4. Tidak membersihkan solekan dengan sempurna: Sisa solekan dan kotoran mungkin masih tertinggal pada wajah.
  5. Menggunakan sabun badan pada muka: Sesetengah sabun badan mempunyai formulasi yang terlalu kuat untuk kulit wajah.

Secara umum, mencuci muka sehingga dua kali sehari dan selepas berpeluh banyak boleh membantu menjaga kebersihan kulit. Namun, kekerapan boleh disesuaikan mengikut keadaan kulit.

Memilih pencuci wajah terbaik

Mencari pencuci wajah terbaik yang sesuai untuk anda mungkin mengambil sedikit masa. Anda mungkin perlu mencuba beberapa produk sebelum menemui pencuci yang serasi dengan kulit wajah anda.

Salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah rangkaian produk Facerinna, yang menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit mengikut keperluan kulit anda.

Sesetengah produknya mengandungi bahan seperti Vitamin B5, ceramide dan niacinamide untuk membantu mengekalkan kelembapan serta menyokong lapisan pelindung kulit.

Rangkaian produk Facerinna untuk penjagaan kulit anda.

Pastikan anda memerhatikan tindak balas kulit terhadap setiap produk yang digunakan bagi memastikan kesesuaiannya. Ringkasnya, pencuci wajah yang baik haruslah membersihkan kulit dengan berkesan sambil mengekalkan kelembapannya.

Nak cuba produk Facerinna? Dapatkan produk pilihan anda melalui Shopee atau TikTok Shop.

Masih tidak pasti produk yang sesuai untuk kulit anda? Klik di sini untuk dapatkan konsultasi bersama doktor bagi memahami masalah kulit anda dan nasihat penjagaan kulit yang bersesuaian.

Kesimpulan

Memilih sabun cuci muka yang sesuai bukan sekadar memastikan wajah bersih, tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan dan keselesaan kulit.

Kenali jenis kulit, pilih formulasi yang lembut dan elakkan tabiat mencuci muka secara berlebihan.

medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 2 hari lalu