home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Setiap Hari Tonyoh Muka Dengan Skrub, Tahu Tak Ia Sebenarnya Boleh Merosakkan Kulit?

Setiap Hari Tonyoh Muka Dengan Skrub, Tahu Tak Ia Sebenarnya Boleh Merosakkan Kulit?

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka setiap selang sehari atau hanya sekali seminggu.

Pun begitu, penggunaan skrub muka berlebihan boleh menyebabkan micro tear kepada kulit anda dan mendedahkannya kepada pencemaran persekitaran dan radiasi berbahaya daripada matahari. Tanpa mengira berapa kerap anda menggunakan skrub muka, terdapat tanda-tanda penggunaan skrub muka berlebihan yang perlu anda ketahui.

Kemerahan dan kerengsaan

Kulit wajah anda mungkin sedikit merah sejurus selepas penggunaan skrub muka, tetapi jika wajah anda kekal merah berjam-jam bahkan sehingga keesokan harinya, ini mungkin bermakna anda perlu mengurangkan kekerapan penggunaan.

Jika kulit anda berasa gatal-gatal atau anda mengalami sensasi terbakar apabila menggunakan pengelupas kimia, ini menandakan bahawa lapisan penghadang kulit anda telah rosak disebabkan pengelupasan. Jika anda berasa sensasi kesemutan atau terbakar dengan produk penjagaan kulit yang lain, anda juga patut mengurangkan pengelupasan. Berasa sedikit pedih dengan asid adalah normal, tetapi jika anda berasa sakit, kurangkan penggunaan pengelupas.

Kulit kian kering dan mengelupas

Dengan jenis kulit kering, kombinasi dan kulit biasa, terlebih pengelupasan boleh menyebabkan kulit anda semakin kering dan bahkan mula mengelupas. Sekiranya anda mendapati bahawa anda mengalami tompok kering, sering menggunakan lebih banyak pelembap, atau mula mengalami kulit mengelupas di mana-mana bahagian muka anda, ini bererti anda perlu berehat daripada menggunakan produk pengelupasan. Dan jangan sesekali menggunakan skrub untuk menyingkirkan kulit mengelupas kerana anda akan memburukkan keadaan.

Peningkatan pengeluaran minyak

Bagi kulit berminyak dan kombinasi serta sesetengah kulit normal, perkara yang sebaliknya boleh berlaku. Kulit anda mungkin menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa. Ini adalah kerana pengelupasan mengeringkan dan melemahkan kulit anda, dan dengan itu kulit anda cuba mengimbanginya dengan menghasilkan minyak berlebihan untuk melindungi dan menghidratkannya semula.

Jerawat

Percaya atau tidak, terlebih pengelupasan sebenarnya merupakan antara sebab utama berlaku jerawat, atau mengapa jerawat sukar hilang. Walaupun pengelupasan secara sederhana adalah cara yang baik untuk mencegah jerawat melalui penyingkiran kotoran daripada liang roma, tetapi pengelupasan berlebihan boleh melemahkan lapisan penghadang kulit sehingga tidak lagi dapat melindunginya daripada bakteria dan jangkitan.

Kulit berkilat

Anda mungkin menganggap kulit berkilat sebagai tanda positif selepas pengelupasan. Sebaliknya, kulit yang kelihatan sihat berseri dan terhidrat tidak sama dengan kulit berkilat. Kulit berkilat selepas pengelupasan boleh bererti bahawa kulit anda dilucutkan tekstur semula jadinya. Tekstur kulit yang anjal dan kelihatan berseri sepatutnya hasil daripada penggunaan pelembap, esen dan bukannya kesan pengelupasan.

Sekiranya anda mula mendapati tanda-tanda tersebut, hentikan pengelupasan selama seminggu atau lebih untuk membiarkan kulit anda sembuh dan kekerapan penggunaan setelah kulit anda sembuh. Anda juga boleh menggunakan produk yang memberikan kelembapan kulit atau produk yang membantu menguatkan lapisan penghadang kulit. Selain itu, jangan lupa menggunakan penghadang matahari untuk megelakkan radiasi berbahaya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://theklog.co/how-often-should-you-exfoliate/

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 27/09/2018
x