backup og meta

Pusat Perubatan Sunway Perkenal Pengimbas CT Pengiraan Foton Pertama Malaysia

Pusat Perubatan Sunway Perkenal Pengimbas CT Pengiraan Foton Pertama Malaysia

Anda tahu apa itu CT scan? Bagi anda yang tidak tahu CT scan untuk apa, ia adalah sejenis pengimejan yang menggunakan teknik X-ray untuk mencipta imej terperinci badan.

Dan kini, pengimbas CT pengiraan foton pertama di Malaysia diperkenalkan dan dijangka memberikan manfaat yang ketara untuk diagnosis, pencirian dan pementasan penyakit.

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencatat sejarah dalam bidang penjagaan kesihatan negara dengan memperkenalkan pengimbas CT pengiraan foton pertama di Malaysia pada 12 Disember 2025.

Teknologi generasi baharu ini menetapkan penanda aras baharu dalam pengimejan perubatan, menawarkan resolusi ultra tinggi untuk pelbagai fungsi klinikal — termasuk bagi kes-kes kardiologi, neurologi, onkologi, muskuloskeletal, pediatrik, dan pulmonologi — di samping mengurangkan pendedahan radiasi dan meningkatkan keyakinan diagnostik.

Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan SMC di barisan hadapan inovasi perubatan di Malaysia dan komitmennya untuk memberikan penjagaan kesihatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia melalui pelaburan berterusan dalam penyelesaian diagnostik berteknologi maju.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Meningkatkan ketepatan diagnostik dan keselamatan pesakit dengan CT scan

CT pengiraan foton membawa revolusi baharu dan kemajuan ketara dalam cara pakar perubatan memvisualisasikan dan memahami tubuh manusia. CT pengiraan foton mengesan dan mengukur setiap foton X-ray secara individu, menghasilkan imej yang lebih tajam, jelas dan terperinci.

Sistem CT scan yang terkini iaitu CT pengiraan foton membolehkan pakar klinikal mengesan variasi tisu halus, lesi kecil dan menilai struktur organ dengan ketepatan luar biasa, sambil mengurangkan dos radiasi yang diterima.

Hasilnya: Imbasan yang lebih selamat, cepat serta lebih selesa untuk semua pesakit, termasuk untuk kanak-kanak dan warga emas dan mereka yang memerlukan pemeriksaan berulang.

ct scan untuk apa
Yang Berhormat Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, merasmikan pelancaran dan mengiktiraf Malaysia dalam menerima pakai teknologi perubatan generasi akan datang untuk penjagaan dan keselamatan pesakit yang lebih baik.

Memperkasakan kualiti penjagaan melalui inovasi

Dato’ Lau Beng Long, Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG) berkongsi, “Di SHG, kami didorong oleh satu misi: untuk memberikan tahap penjagaan tertinggi melalui inovasi dan kecemerlangan. Dengan memperkenalkan CT pengiraan foton pertama di Malaysia, kami memperkasakan para klinikal kami dengan dengan alat diagnostik canggih yang meningkatkan ketepatan, menyokong keputusan klinikal yang yakin dan menambah keselesaan pesakit. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan dan menyediakan diagnostik bertaraf dunia kepada pesakit.”

ct scan untuk apa
Pemimpin daripada Kumpulan Sunway, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City (SMC), dan Siemens Healthineers, bersama-sama dengan Menteri Kesihatan Malaysia, memperingati pelancaran rasmi sistem CT pengiraan foton pertama di Malaysia, yang menekankan inovasi kolaboratif dan kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan.

Kolaborasi strategik meningkatkan piawaian global

Bagi menjawab persoalan CT scan untuk apa, sistem yang dibangunkan oleh Siemens Healthineers ini adalah hasil daripada komitmen penyelidikan beberapa dekad teknologi pengesan CT pengiraan foton, Ms Siow Ai Li, Pengarah Urusan Siemens Healthineers Malaysia berkata: “CT pengiraan foton ialah satu pendekatan baharu yang mengubah landskap pengimejan diagnostik global. Kami berbangga bekerjasama dengan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, untuk membawa teknologi ini ke Malaysia. Bersama-sama, kami membuka lembaran baharu dalam diagnostik tepat yang membantu pakar membuat keputusan rawatan dengan lebih cepat dan yakin.”

Dengan pengimejan spektrum canggih serta sokongan AI seperti myExam Companion dan GO Technologies, sistem ini menjamin hasil yang konsisten dan berkualiti tinggi bagi setiap imbasan.

Pakar Perunding Kanan Radiologi Intervensi SMC, Dr Adam Pany bin Abdullah menambah, “CT pengiraan foton secara asasnya mengubah apa yang kita dapat lihat dan cara kita merawat pesakit. Dengan resolusi ultra-tinggi, kami dapat mengesan lesi kecil dan perubahan halus dengan jelas. Imbasan yang cepat pada dos yang rendah bermakna pemeriksaan yang lebih selamat serta selesa, termasuk untuk kanak-kanak dan warga emas. Bagi doktor, ia meningkatkan aliran kerja dan keyakinan diagnostik.”

ct scan untuk apa
Pemimpin daripada Kumpulan Sunway, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City (SMC), dan Siemens Healthineers, bersama-sama dengan Menteri Kesihatan Malaysia, memperingati pelancaran rasmi sistem CT pengiraan foton pertama di Malaysia, yang menekankan inovasi kolaboratif dan kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan.

Meneruskan legasi kecemerlangan 

Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway diiktiraf sebagai hospital terbaik Malaysia dan membuat penampilan sulung dalam senarai 350 Hospital Pintar Terbaik Dunia 2026 oleh Newsweek. Ia juga telah diiktiraf sebagai Hospital No. 1 Malaysia pada tahun 2025 dan tersenarai antara 250 Hospital Terbaik Dunia pada tahun 2024 dan 2025 oleh Newsweek. Dengan memperkenalkan CT pengiraan foton, hospital ini mengukuhkan peranan kepimpinannya di rantau ini, menyediakan diagnostik bertaraf dunia yang lebih selamat kepada para pesakit dan pakar klinikal, serta penjagaan berfokus.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

CT scan. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/ct-scan/about/pac-20393675. Accessed 15 December 2025.

Photon-counting. CT https://www.siemens-healthineers.com/en-my/computed-tomography/ct-technologies-and-innovations/photon-counting-ct. Accessed 15 December 2025.

Greffier, J., Viry, A., Robert, A., Khorsi, M., & Si-Mohamed, S. (2024). Photon-counting CT systems: A technical review of current clinical possibilities. Diagnostic and Interventional Imaging, 106(2), 53–59. https://doi.org/10.1016/j.diii.2024.09.002. Accessed 15 December 2025.

 

Versi Terbaru

19/12/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Tak Sangka Sakit Belakang Pun Boleh Jadi Tanda Awal Kanser Prostat!

Tak Lagi Berjuang Sendiri - Novartis Lancar Aplikasi ICanCare Bantu Pesakit Kanser Payudara


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 3 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan