backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkan Jeragat, Selamat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/09/2023

Banyak Jeragat Di Muka? Ayuh Cuba 5 Cara Tradisional Untuk Hilangkan Jeragat, Selamat!

Runsing dengan masalah jeragat? Jangan risau, sebenarnya ada cara hilangkan jeragat secara tradisional, terutamanya yang berada di kawasan muka dan bahu.

Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai cara hilangkan jeragat secara tradisional, mari kenali terlebih dahulu apakah maksud jeragat dan bagaimana ia terbentuk pada kulit wajah.

Apakah maksud jeragat?

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. 

Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

Menurut Dr. Kiran Sethi dari New Delhi, jeragat berbeza dengan tahi lalat. 

Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah. 

Malah, masalah jeragat hanyalah secara kosmetik semata-mata dan bukanlah tanda penyakit.

Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari. 

Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat.

Sebab itulah, jeragat selalunya muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti di muka, bahu dan juga tangan.

Malah, bintik gelap yang terjadi akibat jeragat juga boleh meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jerawat. 

Tidak hairanlah, ramai yang ingin mencari jalan untuk mengurangkan jeragat muka.

Sebenarnya, ada beberapa tip dari dapur yang mungkin berkesan untuk menghilangkan jeragat di muka. 

Cara ini bukan sahaja senang, bahan-bahannya juga boleh didapati dengan mudah di pasar raya berdekatan!

Cara hilangkan jeragat secara tradisional

Sama seperti jerawat, jeragat juga boleh menimbulkan masalah keyakinan diri dalam kalangan penghidapnya. 

Tambah lagi, kedegilannya juga membuatkan masalah ini sukar untuk ditangani.

Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini boleh membuatkan kita rasa resah dan gelisah.

Tetapi, jangan risau, di bawah, kami sediakan beberapa cara hilangkan jeragat di muka secara tradisional. Jom cuba!

1. Gunakan perahan jus lemon untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

cara hilangkan jeragat secara tradisional

Jus lemon sudah lama digunakan sebagai cara hilangkan jeragat secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.

2. Sapukan aloe vera untuk hilangkan jeragat

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!

Anda boleh membeli gel aloe vera di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun.

Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.

Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

3. Gunakan serbuk kunyit

cara hilangkan jeragat secara tradisional

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.

Amalkan tip ini seminggu sekali.

4. Cara hilangkan jeragat secara tradisional guna teh hijau 

Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah!

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air!

5. Skrub menggunakan serbuk oat untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

cara hilangkan jeragat secara tradisional

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.

Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.

Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

Pastikan jeragat bukan kanser!

Antara tanda jeragat atau tahi lalat pada kulit merupakan sejenis kanser:
  • Asimetri: Kebanyakan tahi lalat yang bersifat kanser tidak simetri. Ini bermakna, saiz atau rupa bagi kedua-dua belah tahi lalat (jika anda membahagikannya kepada dua) kelihatan tidak serupa
  • Sempadan: Sempadan bagi jeragat atau tahi lalat yang sihat kebiasaannya rata manakala bagi kanser pula, ia boleh rasa kasar atau sempadannya naik menyebabkan permukaan tidak rata
  • Perubahan warna: Warna tahi lalat atau jeragat tidak sama dengan yang sihat. Perubahan ini boleh berlaku akibat proses patologi kanser
  • Diameter: Bagi tahi lalat atau jeragat yang berukuran 6 milimeter atau lebih, ia mungkin bersifat kanser

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/09/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan