backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/04/2021

Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

Daripada kecil sehingga dewasa, tubuh badan kita akan mengalami perubahan fizikal yang boleh dilihat. Namun, pernahkah anda fikir bagaimana struktur otak mengalami perubahan apabila kita semakin berusia? Apakah perubahan otak yang boleh berlaku?

Bagaimana struktur otak berubah seiring usia?

Neuron, iaitu sel dalam otak, adalah antara sel yang paling lama hidup di dalam badan kita. Namun, ini tidak bermaksud bahawa mereka tidak terdedah kepada kerosakan seiring peredaran masa.

Seiring peningkatan usia, beberapa sel otak akan mati, dan ada juga sel otak yang terkesan atau terjejas akibat penyakit yang berlaku.

Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi bagaimana otak kita berfungsi dan boleh menjadi faktor penting bagaimana otak kita berubah seiring bertambahnya usia.

Sebelum ini, ramai yang berfikiran bahawa, setelah seseorang dilahirkan, sel-sel otak baharu tidak lagi dihasilkan.

Namun, beberapa kajian yang dijalankan terhadap otak orang dewasa mendapati bahawa terdapat beberapa daripadanya mengandungi sel-sel otak baharu.

Ini menunjukkan bahawa neurogenesis, atau pertumbuhan sel otak baharu, tidak semestinya akan berhenti ketika seseorang dilahirkan.

Walau bagaimanapun, para saintis masih tidak yakin sekiranya sel-sel otak baharu ini cukup signifikan untuk menyumbang kepada peningkatan fungsi otak.

Perubahan fizikal struktur otak 

perubahan otak

Sebenarnya, terdapat pelbagai perubahan struktur otak secara fizikal yang boleh berlaku. Kajian mendapati bahawa otak akan kehilangan sekitar 5% beratnya setiap dekad setelah berusia 40 tahun.

Ini bererti apabila kita semakin tua, otak kita akan menjadi semakin kecil. Sebab mengapa hal ini boleh berlaku masih tidak begitu jelas.

Namun, ia dipercayai berlaku disebabkan oleh gabungan faktor, seperti neuron yang mati, atau keadaan kesihatan lain yang menjejaskan berat otak.

Terdapat beberapa jenis penyakit yang sering dikaitkan dengan pengecutan otak. Penyakit-penyakit tersebut ialah:

Selain itu, pengecutan ini tidak berlaku secara seragam di seluruh otak.

Imbasan otak menunjukkan bahawa korteks prefrontal atau bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap keperibadian, tingkah laku, dan membuat keputusan akan menyusut lebih banyak berbanding bahagian otak yang lain.

Sebaliknya, korteks oksipital, atau bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap penglihatan kita, hanya akan menyusut dengan kadar paling sedikit.

Penemuan ini bertepatan dengan perubahan kognitif dan juga perubahan tingkah laku yang kerap berlaku dalam kalangan warga emas.

Perubahan otak dari segi kognitif

Perubahan kognitif merujuk kepada perubahan yang berlaku pada cara individu tersebut belajar, membaca, berfikir, mengingat, dan memberi perhatian.

Apabila kita bercakap mengenai perubahan otak seiring dengan usia, perubahan kognitif mungkin adalah yang paling ketara.

Semasa kanak-kanak kecil meningkat dewasa, kemampuan mereka untuk mengingat dan mempelajari perkara baru mula meningkat.

Bukanlah sesuatu perkara yang pelik jika kanak-kanak dapat mengingat banyak perkara, kerana otak mereka masih berkembang dan menyerap sebanyak mungkin maklumat yang ada di sekitar mereka.

Namun, apabila seseorang itu semakin berusia, fungsi kognitif otak akan mula merosot. 

Sesetengah individu mungkin akan lupa tarikh hari lahir, nombor telefon, atau bahkan nama individu lain. Tetapi, ingatan prosedural, atau ingatan kita tentang bagaimana melakukan sesuatu, sebahagian besarnya akan kekal wujud.

kesihatan otak

Salah satu contoh adalah apabila kita tidak lupa cara menunggang basikal atau cara mengikat kasut.

Walaupun mengalami penurunan ini, usia yang semakin tua tidak semestinya adalah perkara yang buruk bagi otak.

Sebenarnya, kajian tertentu mendapati bahawa individu yang lebih dewasa atau tua cenderung mempunyai prestasi yang lebih baik dalam beberapa perkara.

Antaranya ialah kemampuan verbal, penaakulan spasial, matematik, dan penaakulan abstrak.

Salah satu salah faham yang paling umum mengenai bagaimana otak anda berubah seiring dengan usia adalah sukar bagi orang tua untuk mempelajari perkara baharu.

Sebenarnya, otak kita tetap kekal aktif sepanjang hayat kita.

Ini bermaksud bahawa individu yang lebih tua sama-sama mampu mempelajari perkara baharu dan mengekalkan pengetahuan itu dalam otak mereka.

Ini kerana otak kita dapat mengubah hubungan antara neuron untuk menyesuaikan diri setiap kali kita belajar sesuatu yang baharu.

Bolehkah kita memperlahankan perubahan otak akibat penuaan?

struktur otak

Boleh! Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk memperlahankan penuaan dan perubahan otak selain mengekalkan fungsinya:

  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Memiliki badan yang sihat akan menyebabkan minda yang sihat. Oleh itu, pastikan untuk tetap cergas dan sihat
  • Makan makanan yang betul. Fokus pada makanan yang sihat dan kaya dengan vitamin dan mineral
  • Cuba untuk makan kekacang, beri, dan ikan berlemak seperti tuna atau salmon. Makanan ini mengandungi lemak sihat yang diperlukan oleh otak anda
  • Pastikan otak anda kekal aktif. Baca buku, buat teka-teki, dan jangan takut untuk belajar perkara baharu
  • Jaga tahap kolesterol dan tekanan darah anda daripada meningkat
  • Vitamin D dapat membantu mencegah gangguan kognitif

Dengan mengikuti petua mudah ini, anda pastinya dapat mengekalkan fungsi otak anda dan melambatkan kesan penuaan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/04/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan