Anda boleh tahu tanda penyakit melalui kuku? Ya, kuku mungkin kelihatan seperti tiada sebarang fungsi, tapi anda boleh mengetahui masalah kesihatan melaluinya! Di sini kami ulas 7 masalah kesihatan yang boleh dikesan melalui kondisi kuku anda.
Fakta Disemak oleh Ayu Idris
Anda boleh tahu tanda penyakit melalui kuku? Ya, kuku mungkin kelihatan seperti tiada sebarang fungsi, tapi anda boleh mengetahui masalah kesihatan melaluinya! Di sini kami ulas 7 masalah kesihatan yang boleh dikesan melalui kondisi kuku anda.
Sama seperti rambut mahupun kulit wajah, kuku merupakan salah satu kebersihan diri yang wajar dijaga untuk membuatkan diri anda lebih yakin dan bersemangat setiap hari! Sebab itu penting untuk anda mengetahui jika ada sebarang penyakit melalui kuku yang mungkin anda alami.
Mungkin anda sudah biasa dengan doktor pakar yang memeriksa tekanan darah, nadi, atau ritma jantung bagi mengetahui masalah kesihatan yang anda alami. Tapi tahukah anda, doktor juga boleh memeriksa tanda penyakit melalui kuku? 1
Sebarang perubahan yang dilalui kuku boleh memberi “klu” tentang apa yang sedang terjadi pada kesihatan 1. Namun jangan panik, bukan semua perubahan kuku bermaksud ia tidak boleh dirawat! Jika anda mengalami sebarang kondisi yang dinyatakan di bawah, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk melalui pemeriksaan yang lebih menyeluruh.
Kuku yang kekuningan bukannya disebabkan pewarna kuku ataupun penggunaan kunyit sahaja! Ia juga salah satu simptom awal jangkitan kulat kuku 6, atau lebih dikenali sebagai onychomycosis. Namun, jangan keliru dengan jangkitan ini dan masalah kaki makan air (athlete’s foot).
Jika anda pernah mengalami kaki makan air, besar kemungkinan anda berisiko dijangkiti kulat kuku. Risiko juga lebih tinggi jika anda memiliki sistem imun badan yang lemah, kerap berpeluh, suka berkaki ayam (atau “kaki kebun”), menghidap psoriasis 4, diabetes dan sudah berusia.
Jika anda syak kuku kekuningan anda itu adalah jangkitan, sila lihat simptom-simptom lain seperti kuku berbentuk abnormal, rosak dan rapuh, bergerigi, malah juga berbau busuk 3. Berita baiknya, ia boleh dirawat dengan rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang boleh dibeli di farmasi!
Sapukan ubat ini sekali sehari, dan lihat keberkesanannya seawal tempoh satu minggu. Pilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol. Semua bahan ini disahkan selamat dan mempunyai status GRAS (Generally Regarded As Safe) 9. Malah, bahan GRAS juga bukan toksik dan tidak akan membahayakan kesihatan pengguna.
Ini menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama untuk digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi. Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 9.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang disebut di atas itu juga dapat membantu kuku baharu untuk tumbuh, tanpa kehadiran sebarang kulat. Selain itu, kandungan urea dan asid laktik boleh membantu melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.
Kuku yang berwarna putih di kawasan hujung adalah perkara normal, namun tidak jika ia kepucatan! Itu mungkin tanda penyakit seperti 6:
Selain itu, jika kuku anda berwarna putih, namun dengan bahagian luar yang gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan hati seperti hepatitis.
Kuku yang berwarna kebiruan atau dalam bahasa saintifiknya “cyanosis” adalah disebabkan kekurangan oksigen yang mengalir ke saluran darah kecil di hujung kaki, lalu mengakibatkan pengumpulan “deoxyhemoglobin” 6.
Dalam kebanyakan kes, kuku kebiruan bermaksud masalah jantung kongenital, dikaitkan dengan masalah paru-paru seperti emfisema, jangkitan bakteria pada kawasan kuku dan juga penyakit Wilson.
Kuku yang sentiasa kering didatangi dengan tanda-tanda pecah, rapuh atau terpisah mungkin menandakan beberapa penyakit ini:
Namun, kuku yang rosak, pecah, rapuh atau terpisah, didatangi dengan warna kekuningan di kawasan retakan juga adalah salah satu simptom awal yang disebabkan oleh jangkitan kulat kuku seperti yang diterangkan di atas 3.
Jangkitan kulat kuku perlu dirawat secepat mungkin. Jika tidak, ia akan menjadi semakin teruk dan sukar untuk disembuhkan. Oleh sebab itu, pastikan anda mengenal pasti apakah tanda-tandanya.
Rawatan topikal jangkitan kulat kuku boleh didapati di farmasi berdekatan. Ia bukan sahaja efektif, sebarang perubahan positif juga dapat dilihat dalam masa 1 minggu.
Jika lipatan kulit di sekitar kuku anda kelihatan berwarna merah dan bengkak, ia mungkin disebabkan oleh keradangan. Keradangan ini dipicu oleh jangkitan kulit daripada bakteria, virus, atau yis.
Namun, ia juga mungkin berlaku kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain 7.
Satu lagi masalah yang boleh menyebabkan kuku anda bengkak adalah kerana masalah yang dikenali sebagai “beau’s lines” 6 yang memperlihatkan kuku seakan bergerak dari kiri ke kanan, lalu kelihatan membengkak.
Ia berlaku kerana beberapa sebab, antaranya seperti terdedah kepada suhu sejuk yang melampau, demam, serangan jantung, stres, dan pemakanan yang tidak sihat.
Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda segera berjumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan oleh melanoma, sejenis kanser kulit paling berbahaya. Namun, garis hitam bawah kuku juga boleh berlaku disebabkan perkara lain seperti trauma, tahi lalat dan juga perubahan ubat-ubatan.
Jangan terkejut, tetapi sebenarnya penyakit kuku ini juga lazim berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap 1.
Tabiat menggigit kuku mungkin dianggap satu tabiat yang biasa dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, ia merupakan simptom kebimbangan berterusan yang mungkin memerlukan rawatan 5.
Namun, jika anda tidak mempunyai tabiat ini dan masih mengalami masalah kuku yang rapuh dan mudah pecah, ini merupakan salah satu tanda jangkitan kulat kuku. Jangan ingat kuku yang rosak merupakan perkara yang biasa dan boleh pulih tanpa sebarang rawatan!
Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor 5.
Dalam kebanyakan kes berkaitan tanda penyakit melalui kuku, ia tidaklah mendatangkan bahaya yang besar. Ini bermaksud bukan semua individu yang memiliki kuku berwarna putih dan kepucatan menghidap penyakit hepatitis.
Akan tetapi, jangan pandang enteng jika timbul kebimbangan apabila melihat sebarang perubahan pada kuku anda yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat kuku. Ini kerana masalah jangkitan tersebut boleh berulang dan kebergantungan terhadap remedi di rumah sahaja tidak mencukupi!
Rawatan topikal jangkitan kulat kuku tidak memerlukan preskripsi doktor, dan hasil keberkesanannya boleh dilihat seawal tempoh satu minggu! Sebagai panduan, ikuti tip di bawah ketika memilih rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang terbaik untuk anda:
Bagi kes jangkitan yang parah, doktor mungkin akan menyarankan anda menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kuku yang terjejas itu sepenuhnya! 8
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang masalah kuku rapuh, kekuningan, cepat patah dan rosak, dapatkan pandangan doktor bertauliah. Dalam menjaga kesihatan kuku pula, jangan sesekali mengabaikan sebarang simptom awal.
Tidak dilupai, jangan bertindak melulu cuba merawat masalah kuku dengan remedi di rumah, sebaliknya dapatkan rawatan topikal jangkitan kulat kuku di farmasi berdekatan, atau berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Ayu Idris
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen