backup og meta

Rasa Sakit Masa Bersetubuh? Atasinya Dengan 4 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Rasa Sakit Masa Bersetubuh? Atasinya Dengan 4 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Pasangan kerap mengadu sakit semasa bersama? Adakah terdapat cara memasukkan agar tidak sakit yang boleh dicuba?

Hubungan seks selalunya digambarkan sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi ada kalanya ia boleh menyebabkan rasa sakit yang tidak tertanggung. Berita baik, terdapat tip yang boleh diamalkan bagi mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Hubungan seks menyakitkan?

Kesakitan yang terjadi semasa atau selepas bersetubuh boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti:

Jika mengalami kesakitan semasa atau selepas hubungan seks, badan mungkin cuba memberitahu anda ada sesuatu yang tidak kena, jadi jangan abaikannya. Lakukan pemeriksaan dengan doktor.

Walaupun anda mungkin berasa malu untuk bercakap perkara berkaitan seks dengan doktor, tetapi ingatlah bahawa mereka memang dilatih untuk menangani masalah seperti ini.

cara memasukkan agar tidak sakit

Cara memasukkan agar tidak sakit #Punca kesakitan pada wanita

Wanita boleh mengalami kesakitan semasa atau selepas hubungan intim, sama ada di dalam faraj atau pada bahagian lebih dalam di pelvis.

Sakit pada faraj boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan  – seriawan atau jangkitan seksual (STD), seperti klamidia, gonorea atau herpes kemaluan
  • Menopaus – perubahan tahap hormon boleh membuat faraj kering
  • Kekurangan rangsangan seksual pada setiap peringkat usia
  • Vaginismus – keadaan di mana otot di dalam atau di sekeliling faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
  • Kerengsaan alat kelamin atau alahan yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu

Manakala kesakitan yang dirasai di dalam pelvis boleh disebabkan oleh keadaan seperti:

Punca kesakitan pada lelaki

Antara faktor menyebabkan wujud simptom selepas bersetubuh yang menyakitkan pada lelaki seperti:

  • Jangkitan seperti seriawan – punca rasa pedih dan gatal-gatal, beberapa jenis STD, seperti herpes
  • Kulup, kulit pada hujung kemaluan lelaki yang ketat – membuat penembusan menyakitkan, kerana kulup ditolak ke belakang
  • Luka pada kulup yang tidak dapat dilihat tetapi menyebabkan pedih dan sensasi sakit menyucuk serta menyengat
  • Keradangan kelenjar prostat (prostatitis)
  • Testis sakit dan bengkak yang disebabkan oleh rangsangan seksual tetapi tiada ejakulasi. Ia juga boleh menjadi tanda jangkitan, seperti klamidia

Pemeriksaan doktor

Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar mengenai cara memasukkan agar tidak sakit jika anda atau pasangan mengalami ketidakselesaan semasa atau selepas bersetubuh.

Mereka akan cuba mencari punca masalah dan dapat memberitahu sama ada kalian memerlukan sebarang rawatan.

cara memasukkan agar tidak sakit

Sebagai contoh:

  • Kalau anda mengalami kesakitan, keluar cecair luar biasa, kegatalan atau pedih di sekitar alat kelamin, mereka mungkin mengesyorkan rawatan untuk seriawan atau ujian STD
  • Jika faraj kering, anda mungkin dinasihatkan untuk mencuba menggunakan pelincir
  • Sekiranya anda mempunyai alahan atau kerengsaan di sekitar alat kelamin, doktor mungkin menasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan produk yang boleh mencetuskannya
  • Seandainya ada sebab emosi atau kebimbangan yang menyebabkan masalah, kaunselor atau ahli terapi seks mungkin boleh membantu

4 cara memasukkan agar tidak sakit

Di bawah dikongsikan beberapa petua yang dapat membantu menjadikan seks sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyakitkan, seperti:

1. Gunakan pelincir

Salah satu sebab mengapa seks menyakitkan bagi kebanyakan wanita adalah kekeringan faraj. Apabila faraj kering, anda akan berasa amat sakit apabila penetrasi berlaku. 

Kebiasaannya, faraj akan merembeskan pelincir semula jadi apabila terangsang. 

Jika anda tidak benar-benar terangsang atau terdapat masalah lain yang menghalang faraj daripada merembeskan pelincir semula jadinya, kalian mungkin memerlukan pelincir luaran sebagai cara memasukkan agar tidak sakit.

Baca juga:

Menggunakan pelincir berasaskan air adalah pilihan bijak untuk membantu menjadikan seks lebih memuaskan. 

Ini kerana pelincir dengan bahan yang satu ini tidak merosakkan kondom, sekali gus menjadikan ia seks yang selamat jika kalian tidak merancang kehamilan

Manakala pelincir berasaskan minyak selain merosakkan kondom juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan faraj.

Cara memasukkan agar tidak sakit #2. Atasi punca masalah 

Sakit semasa hubungan seks bukan sahaja disebabkan oleh kaedah yang tidak sesuai tetapi juga boleh berpunca daripada faktor psikologi dan fizikal bermasalah. Oleh itu, anda perlu mengetahui lebih awal tentang puncanya.

Jika masalah psikologi seperti tekanan atau kemurungan, anda boleh meminta nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul. Sekiranya masalah itu melibatkan keadaan fizikal, maka cari rawatan yang paling sesuai.

Apa pun masalah yang dialami, cari rawatan yang terbaik agar kualiti seks bersama pasangan anda juga bertambah baik.

cara memasukkan agar tidak sakit

Cara memasukkan agar tidak sakit #3. Cuba posisi lain

Seks bukan sahaja soal penembusan melalui posisi missionary, anda masih boleh melakukan aktiviti seksual lain.

Apabila seks melibatkan zakar-faraj menyakitkan, cuba aktiviti lain seperti seks oral, merangsang bersama, mengurut dan menyentuh antara satu sama lain, berciuman atau posisi seks lain.

4. Mencegah kesakitan sebelum hubungan seks

Jika sudah tahu punca rasa sakit dan telah menemui rawatannya, pastikan anda mengikuti rawatan dengan sebaiknya.

Anda juga boleh melakukan pelbagai ritual yang boleh membantu melegakan kesakitan dan merehatkan badan, seperti mandi air suam dan mengosongkan pundi kencing. 

Semoga bermanfaat!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Painful intercourse (dyspareunia). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/painful-intercourse/symptoms-causes/syc-20375967, Accessed on Nov 15, 2022
  2. Dyspareunia (Painful Intercourse). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12325-dyspareunia-painful-intercourse#, Accessed on Nov 15, 2022
  3. When Sex Is Painful. https://www.acog.org/womens-health/faqs/when-sex-is-painful, Accessed on Nov 15, 2022
  4. Why does sex hurt? https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/why-does-sex-hurt/, Accessed on Nov 15, 2022
  5. What Causes Painful Sex? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/what-causes-painful-sex,  Accessed on Nov 15, 2022

Versi Terbaru

19/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan